BAB 4

512 36 0
                                    

SUDUT PANDANG YUNA

"How are you feeling?" soalku kepada Sejeong yang memegang tanganku dengan erat.

"A bit nervous,"jawab Sejeong sambil tersenyum nipis. Aku tergelak kecil.

"Mummy, Bahasa Korea Sejeong okey tak?" soalnya. Yang ni memang buat aku tergelak.

"Superb, honey," balasku. Otot bibir Sejeong mula nampak relaks.

"Sejeong!!!" laung seseorang.

"Aunty Yewon!!" balas Sejeong dan berlari laju ke arahnya. Aku hanya membiarkannya sahaja. Sejeong memang kenal dengan Yewon sebab Yewon ada beberapa kali pulang ke US sepanjang lapan tahun kami di sana. Dia dah terbiasa bermanja dengan Yewon.

"Yewon," panggilku lalu kami berpelukan. Sejeong dipinggirkan seketika dan kami mengambil masa yang singkat untuk melepaskan rindu.

************************************

"Nervous?" soal Yewon.

Aku mengangguk lalu memandang ke luar tingkap, ke rumah banglo yang tersergam indah. Takut apa penerimaan ibu bapaku terhadap aku yang menghilang hampir lapan tahun dan status anak yang akan aku palsukan nanti.

"Good luck. Aku yakin mak ayah kau akan terima kau. Mak bapa mana tak sayang anak?" Yewon memberi kata-kata semangat kepada aku. Walaupun menambahkan lagi debaran di dada, tetapi aku tetap berterima kasih di atas usahanya.

"Sejeong, jom," ajakku.

Aku memang dah bagitahu dia, rumah siapa kami akan pergi tapi aku belum bagitahu dia rancangan jahat aku untuk lindungi dia daripada Jungkook. Sejeong nampak excited lepas aku cakap yang aku akan bawa dia jumpa nenek dan datuknya tapi kini keterujaannya itu seakan-akan hilang. Mungkin sebab dia tahu aku tengah tak sedap hati.

Kami turun dari kereta Yewon. Yewon tak jadi masuk sebab nak bagi aku ruang untuk jelaskan dekat ibu bapa aku. Kami keluarkan bagasi dari bonet dan aku serta Sejeong menarik beg kami masuk ke dalam kawasan rumah.

Ayah dan mak aku jenis yang low profile. Walaupun rumah kami besar, mereka tak upah pengawal keselamatan persendirian. Kerja kebun dan kerja rumah pun dilakukan sendiri oleh mak aku, jadi kami tak ada orang gaji untuk uruskan rumah ini. Kata eomma dia akan cepat bosan kalau tak ada apa-apa yang nak dibuat jadi, kebanyakan masanya dihabiskan untuk mencuci rumah. Cuma, kalau eomma malas nak berkemas, mereka akan panggil oran gaji yang diupah mengikut jam untuk membersihkan rumah itu.

Aku menekan loceng yang terletak di luar pagar.

"Ya?" sapa suara di hujung.

"Eomma," panggilku sepatah.

"Yuna?!" eomma memanggil namaku.

"Ya," balasku pendek.

"Omo! Anak aku!"

Terus pagar tersebut dibuka dari dalam. Aku melangkah masuk, diekori Sejeong. Aku memimpin tangan kecilnya dengan tangan kananku dan kami masuk bersama-sama ke arah pintu. Tak sampai ke muka pintu lagi, pintu tersebut dah dibuka dari dalam. Muka eomma terpacul, begitu juga tubuhnya.

"Anak jahat! Kamu menghilang ke mana selama ni?!" tanya eomma dengan air mata sambil menampar-nampar belakangku perlahan.

Aku turut menangis. Bukan sebab sakit tapi sebab dah lama tak pandang wajah ini. Tubuh eomma semakin kurus sejak kali terakhir aku melihat dia. Tingginya juga sudah mula berkurangan, tanda dirinya sudah dimamah usia.

"Eomma," panggilku sekali lagi. Eomma berhenti memukulku dan kami saling berpelukan.

"Yuna rindu eomma," ujarku dan eomma membalas dengan mengatakan bahawa dia juga merindukanku.

Selepas melepaskan rindu dendam kami, baru aku perasan yang aku belum kenalkan anakku lagi. Kalau bukan sebab Sejeong menarik hujung bajuku, mungkin aku akan terlupa pasal dia.

"Eomma, kenalkan. Anak Yuna, Choi Sejeong," aku menyebut nama penuh anakku.

"Choi?" soal eomma dan aku mengangguk.

************************************

"Omo! Jadi, Sejeong lahir tanpa ayahlah?" tanya eomma. Sejeong aku dah arahkan masuk ke bilikku, bilik sementara untuknya.

Aku mengangguk.

"Kesian anak aku," eomma menangis lagi. Aku rasa bersalah tapi, biarlah. Kalau aku cakap dia adalah anak Jungkook, mesti eomma akan paksa aku untuk balik kepadanya. Dan dia akan jadikan Sejeong sebagai alasan untuk memaksa aku kembali kepada Jungkook. Jadi, aku terpaksa menipu.

"Tapi, eomma kena janji yang eomma takkan naikkan isu ni depan Sejeong, boleh?" pintaku.

"Mestilah! Takkan eomma nak biarkan anak Yuna tahu yang ayahnya adalah perogol?" balas eomma. Aku hanya mampu berterima kasih.

"Yuna nak pergi company appa kejap lagi. Yuna tinggalkan Sejeong dengan eomma sekejap, boleh?" tanyaku.

"Mestilah! Tapi, Yuna yakin nak pergi hari ni?" tanya eomma. Aku mengangguk. Bagi aku, lagi cepat aku selesaikan hal ni lagi bagus.

************************************

"PUAN YUNA!!" terkejut aku disapa begitu! Bukan sapa, menjerit! Nasib aku tak ada lemah jantung ke apa.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam syarikat, orang baru dah bekerja di bahagian kaunter informasi. Memandangkan aku dah tahu bilik appa, menonong jelah aku masuk ke dalam lif. Kemudian, aku tekan tingkat atas sekali. Sampai je di aras yang menempatkan ruangan appa, aku terus melangkah keluar dari situ dan mengatur langkah ke ruang pejabat appa. Masa tulah, Nayoung, manager department kewangan menjerit memanggil namaku. Aku hanya berhenti dan membongkok.

Dia menghampiriku lalu memelukku.

"Mana puan pergi selama ni? Syukurlah, puan balik tepat pada masanya!"

"Ada je dekat-dekat sini. Appa ada?" tanyaku.

"Ada. Tu, baru lega pening kepala tengok fail kewangan syarikat," lapornya. Ni tak lain tak bukan Nayoung pun baru keluar dari pejabat appa untuk bincangkan strategi-strategi kewangan mereka.

"Settle dah masalah tu?" tanyaku. Manalah tahu, appa tak perlukan bantuanku.

"Mana nak selesai selagi tuan tak beli saham, artis kita tak dapat job, dan tuan tak nak minta tolong dari syarikat JJ," terang Nayoung.

"Lama dah ke syarikat kita alami kerugian?" tanyaku. Sebab stok appa sepatutnya ada banyak. Takkan habis dalam sekelip mata?

"Sejak puan menghilang lagi syarikat dah ada masalah. Pelakon kita syarikat lain dah sambar. Lepas tu, projek dengan syarikat JJ hari tu pun dibatalkan," terang Nayoung. Maknanya, kewangan syarikat ni ada masalah sejak lapan tahun lagilah.

"Kenapa batal?" tanyaku. Disebabkan projek besar dengan syarikat keluarga Jeon itulah aku dipaksa berkahwin dengan teruna mereka! Dan sebab tu juga...

"CEO sana marah pasal kes puan tinggalkan Tuan Jeon. Lepas tu, tak tahulah apa jadi. Balik je dari meeting, tuan cakap projek tu dibatalkan. Habis segala ganti rugi persiapan kita kena tanggung," cerita Nayoung dengan rancak.

Aku mengangguk-angguk tanda faham.

"Pelakon teater kita bersedia tak lagi untuk buat show?" tanyaku dan Nayoung hanya menggeleng.

"Okey, tak apa. Saya bincang dengan tuan dulu dan apa-apa keputusan kita buat lepas ni," balasku yang dah siap merancang dalam kepala otak ni. Nayoung hanya mengangguk dan aku mengatur langkah ke dalam ruangan pejabat appa.

Aku mengetuk pintu sebanyak tiga kali dan terus membukanya tanpa izin. Aku lihat appa sedang memicit batang hidung di tengah-tengah matanya sambil menunduk.

"Appa," panggilku dan appa mendongak.

Pandangannya sukar untuk aku tafsirkan.

Peluang Kedua [YuKook Story] Where stories live. Discover now