✧.*
awak baca SBT sampai sini dah?
waaaa gembira yeon (♥‿♥)•
•
•
[Dania POV]
"Tak siap lagi ke assignment kau?". Aku melabuhkan punggung di birai katil milik Ayu sebelum merebahkan diri. Tilam Ayu lagi empuk berbanding aku punya.
Ini tidak adil.
"Alhamdulillah dah siap!". Ayu balas selamba. Komputer ribanya tutup lalu disimpan ke dalam beg.
"Wau.. aku baru je tanya. Dah siap?". Aku bertanya tepat pada masanya!
"Cuti semester kau habis bila? Hm tinggal nanti aku sorang sorang lagi kat rumah. Takde kawan nak bercerita"
Sayu je bunyi. Biasanya zaman persekolahan dulu, Ayu lah tempat aku luahkan segalanya. Pasal crush, kena buli, menggila k-pop dan sebagainya.
Berlainan sekolah tak menghalang kami untuk eratkan silaturahim. Adik-beradik biasalah kadang-kadang bergaduh tapi tak lama pun.
Tak sangka semua tu tinggal kenangan. Abang dan kakak aku dah sambung belajar. Insha-Allah lepas ni aku pula.
"Minggu depan habis. Alahai.. ayah, ibu, Khal, Ayuni kan ada. Keseorangan konon". Jawab Ayu menyindir.
"Kalau kau rindu aku.. video call jelah". Tambah Ayu. Badan dia sandarkan pada kerusi bersebelahan meja belajar sambil menghadap aku.
"Siapa rindu kau". Aku sengaja tunjuk belang ego. Ayu berdecit. Takpe. Dia dah lali dengan perangai aku.
"Kak. Kau perasan tak ada sorang budak tahfiz rupa Justin Seagull haritu?". Aku memecahkan suasana tegang. Kerusi yang Ayu duduki habis dia pusing-pusingkan. Gemar betul dia bermain dengan kerusi belajar itu.
"Aku dah agak kau mesti akan tanya soalan ni. Well aku kan masih ARMY walaupun sekarang tak berapa aktif jadi confirm lah aku perasan dia". Mendabik dada pula dia. Nyampah.
"Asal? Hati kau cair dah?". Soal Ayu sebelum menyengetkan sebelah mulutnya. Smirk. Macam tahu tahu je muahahahahah.
"Boleh lah.. cair sikit". Itu baru jumpa buat kali pertama. Tak tahulah kalau bertemu buat kali yang seterusnya dan seterusnya dan seterusnya.
"Takpe. Nanti kau jumpa dia lagi"
"Eh jangan doakan weh! Alangkah jumpa sekali haritu pun aku susah nak buang muka dia daripada ingatan aku—"
Klerk!
"Laaa kat sini rupanya korang berdua.. penat ibu cari. Hah siap cepat! Sekejap lagi dah nak masuk Maghrib. Lepas Maghrib nanti kita pergi pusat tahfiz". Pesan ibu tatkala sebelah tangannya masih di atas tombol pintu.
YOU ARE READING
Suamiku Budak Tahfiz: Jeon Jungkook
Fanfiction"Abang akan cuba bimbing sayang untuk ke Jannah sama-sama" ― Isyraf Aiman // Jungkook ――― M A L A Y F A N F I C T I O N ₍ᐢ. ̫.ᐢ₎ ♡ officially written by - @jyeons