▪
▪
▪
▪
"Jangan tinggal daku.. oh Ayu.. oh juwita"
Nak tersembur saliva dari mulut Ayu. Ya hari ini adalah harinya. Hari Ayu balik semula ke kandang universitinya. Cuti semestanya sudah sampai ke penghujung.
"Jangan tinggal solat. Ingat pesan ayah ni. Jaga diri. Jangan berkawan dengan orang tak betul. Cari kawan yang baik baik faham?". Encik Fakhrul gigih mengingatkan anak perempuannya.
"Baik ayah". Ayu mengiyakan saja. Ini dah masuk sem ketiga namun pesanan bapanya tetap sama seperti dulu.
Tanda sayangkan anak.
"Kalau jumpa jodoh wassap aku tau". Lain pula yang disebut Dania. Dia mengata Khal hmph dia pun dua kali lima— menyakat soal jodoh. Hampeh.
"Aku nak capai cita cita dululah.. tak kuasa nak benakkan kepala otak pasal lelaki lah suami lah apa lah..". Bidas Ayu. Ada benar juga kata-kata Ayu. Impian harus dijadikan kenyataan terlebih dahulu.
"Hah betul cakap kakak kamu. Capaikan cita cita dulu lepastu baru sibuk fikir kahwin.. ke adik nak langkah bendul?". Membesar mata Dania dengan gurauan Encik Fakhrul. Takutlah tu—
"Kalau nak boleh je.. calon pun dah ada- aduh!". Terbantut nak sambung ayat. Puan Mas tepuk perlahan lengan suaminya.
"Abang ni.. dia baru habis SPM tapi.. kalau adik nak kahwin juga. Ibu tak kisah". Seloroh Puan Mas. Dania menepuk dahi. Suami isteri sama saja.
"Dah habis dah? Oh haaa Ayu nak masuk dah lah. Bye bye wahai kakakku". Badan Ayu habis Dania tolak tolak. Sengaja mahu tukar topik.
Memandangkan sudah ramai pelajar melangkah masuk ke ruang perhimpunan. Ayu menyambar tangan kedua ibu bapanya untuk disalam. Tak lupa juga Afieq dan Dania.
Sayu sahaja sekeluarga tersebut memerhati Ayu yang semakin lama semakin jauh. Meningkat dewasa itulah yang harus dikorbankan— demi mencapai cita-cita.
"Sekarang kita nak pergi mana? Nak singgah restoran? Perut dah berkeriuk". Cadang Afieq sambil menggosok perutnya yang tidak terlalu buncit dan tidak terlalu berketak six packs. Sedang-sedang saja.
"Rasanya kita singgah beli tapau jelah. Kesian Isyraf kat rumah tinggal sorang sorang. Lagipun takkan lah kita nak kenyangkan perut kita je. Balik nanti kita jamu sama sama". Ujar Puan Mas.
"Betul juga tu". Dania menyelit.
"Amboi.. risau nampak". Hah sudah— Afieq dah papar muka nak minta penampar guna tapak kasut.
"Apa? Betul lah apa yang ibu cakap tadi. Kau dah kenapa pandang aku macam tu? Kalau hensem takpelah juga.. ini–". Kata Dania seolah menyampah.
"Ehh aku memang hensem lagikan macho kalah mamat arnab pujaan hati kau tu"
"Dah dah jom kita gerak. Nak gaduh ke apa sambung kat rumah". Tegur Encik Fakhrul manakala dua beradik itu sudah jeling menjeling buat memek muka mengejek bagai.
———
[Jungkook POV]
"Sadaqallahul azhim.."
Al-Quran kecil beserta terjemahan aku tutup lalu aku cium. Kesan air mata mengalir di pipi dikesat. Oleh kerana terkesan membaca ayat-ayat suci tadi.
Tubuh aku sandarkan pada sofa. Aku membaca al-Quran di ruang tamu. Selesai sahaja solat sunat Dhuha aku memang berniat nak duduk rehat di ruang tamu— mahu tengok TV.
YOU ARE READING
Suamiku Budak Tahfiz: Jeon Jungkook
Fanfiction"Abang akan cuba bimbing sayang untuk ke Jannah sama-sama" ― Isyraf Aiman // Jungkook ――― M A L A Y F A N F I C T I O N ₍ᐢ. ̫.ᐢ₎ ♡ officially written by - @jyeons