23

1.3K 145 26
                                    

yeon minta maaf sangat sebab terlalu lama menghilangkan diri huwaaa (╥﹏╥)

happy reading! <3

Sebatang pena di atas meja dicapai Tuan Jeon lalu dimasukkan ia di dalam kocek baju kemeja yang dipakainya segak.

Kertas yang berselerak menyakitkan sepasang matanya. Bukannya dia gemar melihat perkara yang tidak disusun rapi.

Seusai sahaja mengemaskan meja kerja. Dia terasa gegaran di dalam kocek seluarnya. Terpapar nama rakan karibnya di skrin telefon pintarnya. Pantas dia menjawab.

"Assalamualaikum Jeon. Kau busy tak sekarang?"

"Waalaikumusalam. Aku baru saja habis kerja untuk hari ni. Kenapa Syam? Bunyi macam urgent saja". Tuan Jeon membalas pertanyaan kawan baiknya, Tuan Hisyam.

"Boleh tak aku jumpa kau di kafe yang kita satu batch meeting dua hari lepas?"

"Apa masalahnya. Tunggu aku kat sana. Lagi 5 minit aku sampai"

"Sampai bila kau nak stay Perancis? Takkan lah kau tak ada rasa nak balik jumpa anak bini kau?". Tanya Tuan Hisyam serius.

"Aku ada masalah besar, Jeon"

"Masalah apa? Cakap je dengan aku. Kalau aku mampu aku tolong". Pelawa Tuan Jeon kepada rakan setugasnya, Amin.

"Aku baru dapat tahu yang adik aku main benda syirik semata mata nak ajar isteri dia! Kau rasa apa aku patut buat sekarang? Aku buntu. Kalau ikutkan hati nak saja aku terajang dia". Terang Amin dengan hati yang panas.

"Hah.. kenapa.. adik kau buat isteri dia macam tu? Mesti ada sebab". Ujar Tuan Jeon.

"Itu aku tak pasti apa tapi kenapa perlu dia syirikkan Allah sedangkan ada banyak cara lain nak ajar bini dia! Aku menyirap betul. Nasib baik aku outstation.. kalau aku ada dekat Malaysia dah lama aku ajar dia cukup cukup! Tak ada iman ke apa!?"

"Sabar Min.. aku faham situasi kau. Sekarang ni kau cuba hubungi mana mana ustaz yang boleh ubatkan adik ipar kau". Cadang Tuan Jeon.

"Okay aku akan cuba usahakan dan sekarang ni aku tak tau nak ajar adik aku dengan cara apa. Dia buat isteri dia sampai coma!". Ayat terakhir Amin mengejutkan Tuan Jeon serta merta.

"Coma..?"

"Ya! Adik ipar aku merana, bertarung nyawa dengan segala benda yang adik aku hantar dekat dia. Ya Allah.. tak sampai hati aku nak tengok lagi gambar yang mak aku sent tadi. Lemah betul keadaan dia"

"Jeon?"

Panggilan Tuan Hisyam menyedarkan Tuan Jeon dari terus mengelamun. Sejak perkara itu terjadi. Berulang ulang memori tersebut hadir dalam mindanya. Membuatkan dia rasa makin takut dan risau.

"Hah? K-kau tanya apa tadi?".
Gagap Tuan Jeon menyoal.

"Kau tak ada rasa nak balik Malaysia ke?". Ulang Tuan Hisyam lagi sekali.

"Oh.. soal tu aku tak pasti lagi. Nanti nanti lah aku balik. Lagipun sekarang ni aku busy dengan semua tugas aku". Tuan Hisyam menggeleng saja mendengar alasan sama Tuan Jeon.

———

"Sayanggggg— aduh!"

"Abang! Nia tak sengajaaaaa sorryyy"

Habis perut Jungkook disiku isterinya. Mana tidaknya. Dania sedang fokus membasuh pinggan tiba-tiba sahaja pinggangnya dipeluk dari belakang.

Cepat cepat Dania mengelap tangannya yang basah dengan tuala sedia tergantung berhampiran sinki. Kemudian segera dia mendapatkan Jungkook yang sudah membongkok kesakitan.

Suamiku Budak Tahfiz: Jeon JungkookWhere stories live. Discover now