Mengapa aku perlu persoalkan apa itu cinta | Adu

26 0 0
                                    


Mengapa aku perlu persoalkan,
Apa itu cinta,
Cinta tidak ada jawapan,
Walau macam mana pun dijumpa.

Engkau jumpa teori,
Dan bukan kesimpulan,
Betapa banyak mana pon kau simpul,
Tiada ikatan yang ketat,
Betapa banyak kau ikat,
Tiada ikatan yang kuat.

Macam mana kau usaha,
Akhirnya ajal menjemput,
Macam mana kau cari cara,
Akhirnya setan yang mencaras.

Cincin di jari hanya sekadar simbolik cinta,
Tanda setuju zahir batin dengan tutur bicara,
Lagi lama bersama lagi keluar taringnya,
Lagi lama gigitan lagi sakit hasilnya.

Mengapa aku perlu persoalkan,
Apa itu cinta,
Kerana manusia buta,
Akan cinta manusia.

POETRY Where stories live. Discover now