5

88.1K 2.2K 57
                                    

FAHMI membuka pintu kereta Mercedes Benznya sebelum melabuhkan punggung di sebelah Ariana, bibirnya masih tersenyum manis seperti selalu.

Fahmi seorang yang sentiasa mengukirkan senyuman manis, dia memang bukan seorang yang kedekut senyuman malah dia tersangat pemurah dengan senyuman.

Ariana tidak kisah malah, dia sukakan sikap lelaki itu. Namun itu yang membuatkan selalu Ariana cemburu dalam diam. Kerana sikap itulah membuatkan Fahmi diminati oleh ramai gadis di sekelilingnya dan kadang membuatkan Ariana terasa kerdil.

Fahmi berkelulusan Sarjana Master untuk bussiness manakala dia pula hanyalah seorang gadis kampung yang cuma belajar sehingga tahap SPM sahaja, Ariana seorang yang bijak cuma keadaan ekonomi mereka sekeluarga yang tidak baik membuatkan dia melupakan hasrat untuk menyambung pelajaran sehingga ke menara gading.

"Sayang termenung apa tu? Termenungkan Fahmi kacak kan? Tahu dah tak payah nak cakap, Fahmi tahu." Tegur Fahmi sambil menghulurkan satu plastik makanan.

Ariana mengerutkan dahi pelik. Rasanya tiada pula dia suruh lelaki ini untuk membungkus makanan buatnya tadi.

"Fahmi bungkuskan nasi goreng ayam buat sayang sebab tadi kita tak sempat nak makan kan? Sementara menunggu sayang pergi tandas tadi, Fahmi terus order. Fahmi kekasih yang baik kan?" Ujarnya sambil menjongketkan kening kanannya beberapa kali.

Ariana tersenyum sebelum menjelirkan lidahnya panjang namun tangannya masih mengapai huluran Fahmi memandangkan itu ialah makanan kegemarannya serta dia memang sedang lapar sekarang ini.

Kalau bukan disebabkan Haiden yang menganggu date serta makan tengahari mereka pasti dia dan Fahmi dapat menikmati makan tenghari dengan tenang hari ini.

"Yela kekasih yang baik." Ejek Ariana namun matanya tidak dapat dialihkan daripada bungkusan plastik tersebut, dengan aroma bau nasi goreng ayam yang mulai memenuhi ruangan satu kereta membuatkan Ariana lagi tidak sabar untuk sampai ke tempat kerjanya semula dan melahap makanan tersebut sepuas hatinya.

Fahmi menggeleng kepalanya kecil sebelum tangan naik dan mengosok rambut Ariana lembut.

"Teman wanita yang baik makan jelah, nanti sejuk dah tak sedap. Teman lelaki yang baik kesian melihatnya, air liur teman wanita yang baik dah nampak meleleh dah." Usik Fahmi, Ariana terus mencebik bibirnya. Wajahnya masam mencuka.

Tangan Fahmi yang tidak berhenti mengosok rambutnya dicubit kuat sehingga lelaki itu mengerut dahi menahan kesakitan. Ariana tersenyum puas, itu padahnya kalau kerja nak mengusik orang sahaja!

"Usik lagi! Ini teman wanita awak sendiri tau, apa punya teman lelakilah! Kekasih sendiri pun nak diusik! Merajuk kang cari teman lelaki baru yang lagi hensem, ada teman lelaki sendiri pun nak mengejek kita je.." balas Ariana selamba sambil membuka bungkusan polisterin dan memakannya tanpa mempedulikan riak wajah Fahmi yang dah berubah.

Ariana yang sedang enak mengunyah terus terkejut apabila tangan kekar Fahmi naik mencubit pipinya kuat, hampir tersembur keluar nasi goreng yang terdapat dalam mulutnya. Fahmi menahan gelak.

Ariana terus memberikan pandangan helang ke arah Fahmi.

"Apa ni! Orang tengah makan, cubit-cubit! Cubalah hormat orang sikit.. Haish!" Bentaknya sedikit geram, sekali lagi menjemput cubitan di pipi kanannya.

"Awak tak tahu hormat pula bakal suami awak ni? Saya ni bakal suami awak tau, ada ke patut dia pergi cakap nak cari teman lelaki lain? Habis saya dekat depan awak ni siapa, cik Arianaku sayang?" Soal Fahmi sambil sekali sekala kepalanya berpusing memandang ke arah Ariana.

Ariana tidak membuat sebarang reaksi wajah.

"Kahwinlah dengan Cik Kahdeeja awak tu, kan dia tu suka layan awak. Atau tak pun, kahwin dengan monyet. Sesuailah dengan muka kacak awak tu, Encik Fahmi Zikri.." balas Ariana selamba, Fahmi tersenyum.

Geram betul melihat perangai Ariana yang suka menjawab ini, kalau bukan kerana memikirkan batas antara mereka sudah pasti lama dia mengomol dan mengigit pipi bulat milik Ariana.

"Kalau macam itu, saya kahwin dengan awak. Lepastu, saya kahwin dengan kahdeeja pula. Nampak macam awak bagi lampu hijau dekat saya je ni? Untungnya saya!" Malang tidak berbau, apabila kata-kata tersebut mengundang cubitan maut dari Ariana.

Berkerut-kerut dahi Fahmi menahan sakit, kalau dapat cubitan semut padi dari Ariana memang memedihkan.

Malang betul suami dia nanti? Macam cakap dekat dia sendiri je?

"Ha buatlah..Kalau awak rasa nak kena kejar dengan penyapu satu Kuala Lumpur ni tau. Lagi kita layan, lagi dia melebih. Kalau Fahmi nak kahwin dengan Kahdeeja, Fahmi tinggalkan Ana, Ana tak suka bermadu!" bungkusan makanan ditutup, pandangannya terus dihalakan ke luar tingkap.

Fahmi terkelu lidahnya, dia sedar bahawa dia sudah melebihi tahap gurauan gadis itu.

Tangan Ariana terus diraih lalu dikucup lembut belakang telapak tangan gadis itu, Ariana langsung tidak menoleh. Merajuk mungkin.

"Sayang..Pandang Fahmi!"

Sepi.

"Sayang tahu Fahmi cuma bergurau je kan? Fahmi tak suka Kahdeeja..Fahmi cuma suka dan cintakan Ariana Binti Adam Lee sahaja. Sayang pandang Fahmi kejap sayang.." lama Ariana membatukan dirinya, selepas beberapa saat baru dia memusingkan kepalanya.

Anak matanya sudah merah, rupanya dia menangis. Fahmi tersenyum pendek, gadis ini masih sama.

Sensitif.

Mudah menangis.

Ini buatkan Fahmi bertambah rasa bersalah.

"Fahmi minta maaf..Sayang tahu yang Fahmi tak maksudkannya, bukan? Cuma sayang sahaja yang perempuan yang dapat memiliki hati Fahmi selepas arwah mama." Ariana tersenyum seusai mendengar begitu, dia memang sensitif betul kalau berkaitan begini.

Dahulu, ayahnya menyakiti ibunya dengan menggantungkan ibunya tidak bertali lalu melarikan dirinya bersama wanita lain. Disebabkan itu, dia tidak gemar apabila isu bermadu naik ke cuping telinganya.

Itu akan menyakitkan hatinya dan mengingatkannya kembali bagaimana terluka dan terseksnya ibunya pada saat itu.

Fahmi memberhentikan keretanya di bahu jalan, lalu bahu Ariana ditarik supaya menghadapnya.

"Fahmi sayangkan sayang sangat-sangat dan Fahmi takkan tinggalkan sayang walau atas sebab apa sekali pun! Sayang pegang janji Fahmi okay?" Bibir merahnya dilabuhkan ke dahi gadis itu lama.

Ariana menarik tubuh tegap Fahmi ke dalam pelukannya, Fahmi menghulurkan jari kelingking miliknya seusai pelukan dilepaskan.

"Fahmi janji dengan sayang?"

Jari kelingking mereka bertaut.

"Janji..Fahmi takkan tinggalkan sayang selama-selamanya."

c o n t i n u e

y e s | n o

MRS HAIDEN RIYAZ©Where stories live. Discover now