36

73.6K 2.5K 115
                                    

DINDA terkaku saat pintu rumahnya dibuka, bukan suaminya sahaja yang balik namun ada insan lain yang turut ikut sekali.

"Haiden.." perlahan nama itu meniti di bibir Dinda, dia terkesima.

Benar kata suaminya, walaupun Haiden masih kelihatan tampan seperti dahulu tetapi wajahnya masih jelas cengkung dan tidak bermaya.

Terbit rasa kasihan di hatinya, mengapa dia keras hati dulu untuk menemukan Ariana dan Haiden semula?

Ya Allah, aku rasa berdosa. Bisik hatinya perlahan.

"Sayang..Awak dah kenapa statik dekat depan pintu ni? Awak tak mahu bagi abang masuk ke dengan tetamu kita?" Tegur Fikri dengan tawa kecil, Haiden turut tersenyum pendek.

"Sayang...Awak ni kenapa?" Dinda tersedar dari dunianya, lantas kepalanya yang dilitupi dengan tudung sarung digaru janggal.

Hatinya dipalu rasa apabila ditegur sebegitu.

"Awak dah tak mahu jemput tetamu kita ke?" Soal Fikri sambil membuka kasut hitamnya serta menanggalkan stokin hitamnya pula.

Dinda kelu, dia tidak tahu sama ada hendak mengajak masuk atau tidak kerana Ariana ada di dalam rumah.

"Fikri, siapa dat.." Ariana yang baru nak menjenguk siapa yang datang terus ikut terkedu sekali di hadapan mereka, anak matanya dan suaminya bertentangan antara satu sama lain.

Haiden tersenyum manis sambil melambaikan tangannya ibarat tiada apa-apa masalah.

"Dah awak pun sama, Ariana? Ya Allah, aku rasa tetamu aku kali ini hebat sangat...Sampai dengan bini aku sekali dengan kawan bini aku pun diam..Aku syak kau tampan sangat ni, Haiden. Haiden, kau jangan nak menggatal dengan bini aku tau..Nanti siapa pula nak jaga aku lagi lepasni.." seloroh Fikri.

"Aku nak dia saja..Aku tetap akan sayangkan isteri aku sampai bila-bila..Jangan risau, aku takkan rampas bini kau, Fikri." Ujar Haiden pula tapi penuh bermakna, tidak lama kemudian mereka tergelak sama. Entah apa yang lawak, biasalah lelaki!

"Such a sweet talker! Dah jom masuk...Kalau duduk dekat pintu ni sahaja, nampak gayanya kita tak bergeraklah." Ajak Fikri, kedua-dua lelaki tersebut menapak memasuki rumah.

Mengabaikan Dinda dan Ariana yang sudah kaku di situ.

Danial sudah merengek-rengek di atas sofa ke arah abahnya, Fikri menghampiri anak sulungnya lalu dibawa ke dalam dukungannya.

Haiden tersenyum kecil, alangkah seronoknya jikalau dia turut disambut begitu setiap kali dia pulang ke rumah. Terasa sebak di dadanya.

"Abah.." seterusnya tiba pula Aira dan Adelia dari arah bilik tidur mereka dan segera mendapatkan Fikri, Fikri menyambut keduanya dengan hati gembira.

Haiden terkaku saat anak matanya terpaku kepada dua orang gadis kecil yang sedang memeluk erat tubuh Fikri.

"Fik, sejak bila kau ada anak lain ni? Bukan anak kau Daniel seorang sahaja ke?" Fikri terdiam, Ariana dan Dinda sudah mati kutu.

Apa pula hendak mereka jawab ini, dari wajah Aira dan Adelia, orang sudah dapat mengagak umur mereka berapa.

"Aku.."

"Ariana, anak kita mana?" Soalan maut sudah keluar, Ariana meneguk air liur kesat.

Haiden berharap jawapan keluar dari salah seorang antara mereka malangnya tiada seorang pun dari mereka berani untuk membuka mulut. Haiden rasa tak adil, kenapa dia dapat merasakan bahawa semua orang sedang berahsia dengan dirinya.

"Abah Fik, Pak cik itu siapa?" Soal Adelia polos sambil jarinya ditunjukkan tepat ke arah Haiden, Haiden memandang ke arah Adelia.

Wajah gadis kecil itu hampir mirip dengan wajahnya, apa ini anaknya? Tetapi takkan kembar? Ariana tak cakap pun anak mereka kembar, Fikri pun sama.

"Ariana..Tolong bagitahu aku, mana anak aku? Budak dua orang ni siapa?" Suara Haiden meninggi sehingga membuatkan Aira dan Adelia berlari ke arah Ariana dan menangis ketakutan.

Mungkin kerana jerkahan Haiden, Ariana lantas memeluk mereka berdua. Haiden terduduk, kepalanya yang sakit diurut perlahan, apa lagi yang dia tidak tahu tentang isterinya selama ini?

"Mama, Pak cik tu menakutkan..Aira dengan Adel takut. Mama suruh abah Fikri bawa Pak cik itu pergi." Ujar Aira sambil ketakutan, Haiden tersentak mendengar gelaran yang diberikan kembar tersebut pada Ariana. Mama?

"Aira dengan Adelia jangan menangis, Okay? Pak cik itu tak menakutkanlah..Pak cik itu tengah sakit kepala je." Tipu Ariana, terus Aira mengangkat pandangannya memandang ke arah Ariana.

"Pak cik itu sakit kepala? Kesian dia, mama, Adel jom teman Aira pergi ambil ubat kejap." Ajak Aira, tiba-tiba rasa takutnya hilang terhadap lelaki dewasa yang tak dikenalinya itu.

"Adik takutlah, Aira..Kalau dia pukul kita macam mana? Nanti kita sakit..Mama juga susah?" bisik Adelia perlahan, Aria menggeleng.

"Tak, mama kata Pak cik itu sakit! Bukan sebab dia marah..Jomlah, Adel tak kesian dengan Pak cik tu ke?" Adelia mengangguk kepalanya dengan berpimpinan tangan mereka berlari ke arah dapur dan kemudian mendapatkan Haiden yang sedang mengurut pelipis.

Ariana terkejut dengan apa yang anak-anak dia sedang lakukan.

"Pak cik.." panggil Aira lembut. Haiden megangkat pandangan, melihat wajah takut Aira membuatkan Haiden tersenyum. Dia dapat rasakan ini dua gadis kecil ini anak yang dirinduinya walaupun Ariana masih tidak memberitahu dia kebenaran.

"Mama kata Pak cik sakit..Jadi, Aira dengan Adel bagi ubat ni. Pak cik jangan sakit lagi tau, kalau Pak cik sakit nanti Pak cik marah-marah macam tadi. Jangan marah-marah, Aira dengan Adel takut." Petah sungguh Aira berkata-kata, Haiden tergelak kecil.

Benarkah ini anak dia?

"Terima kasih..Tapi Pak cik nak tanya, Aira dengan Adel ada papa tak?" Soal Haiden, dia hendak  tahu siapa bapa kandung kepada kembar ini.

"Mama cakap nanti mama nak bawa kami pergi jumpa papa..Semua orang ada papa tapi kami berdua dari kecil lagi tiada papa. Adel, kita tak lama lagi nak jumpa papa kan?" balas Aria laju, Ariana terus menarik Aria dan Adelia menjauhi Haiden. Kalau dibiarkan anaknya ini bercakap, memang akan terbongkar semuanya.

"Betul ke Ariana? Ariana, aku tanya kau sekarang. Siapa diorang ini pada aku?" Soal Haiden, matanya tajam memandang Ariana.

Aira dan Adelia hanya berdiam diri, mereka tidak faham situasi sebenar.

"Mama...Pak cik itu sakit lagi ke sebab tu marah lagi?" Soal Adelia polos.

Ariana menggeleng perlahan sebelum air matanya menitik membasahi kedua belah pipinya, dia mencangkung di hadapan Aira dan Adelia lalu memandang mereka berdua silih berganti lama.

"Mama dah pernah janji nak bawa Aira dengan Adelia pergi jumpa papa kan?" Laju Aira dan Adelia mengangguk.

Memang mereka berdua tidak sabar jumpa hendak bertemu dengan papa kandung mereka.

"Sebenarnya.." lama Ariana terjeda sebelum menyambung kata-katanya, dia memerlukan banyak kekuatan untuk jujur.

Dia rasa telah tiba masanya untuk Haiden serta anak kembarnya mengetahui perkara yang sebenar.

"Pak cik itu papa korang berdua! Ayah kandung korang!"

Aira dan Adelia memandang wajah mamanya tidak berkelip, Haiden turut terkesima. Jadi, anaknya selama ini bukan seorang tapi kembar? Kenapa dia tak tahu? Firasatnya tadi yang mengatakan dua gadis kecil ini ialah anaknya adalah benar?

"Papa?"

c o n t i n u e

y e s | n o

Peringatan mesra kepada pembaca; saya harap lepasni kalau nak tegur kesalahan saya. Boleh dm saya. Terima kasih.

MRS HAIDEN RIYAZ©Where stories live. Discover now