17

78.8K 2.3K 109
                                    

"KEMAS barang kau semua, esok pindah rumah aku!" Dingin sahaja nadanya, langsung matanya tidak mahu berkalih pada Ariana.

Ariana hanya mengangguk pelan, masih terkejut dengan apa yang baru terjadi.

Tidak sangka hari ini dia akan bernikah dengan Haiden. Lelaki itu pula sejak akad nikah dijalankan, mukanya langsung tidak ada secalit senyuman pun. Hanya tegang dan dingin sahaja, malah muka jelas kelihatan bahawa dia tidak rela dengan perkahwinan ini.

"Tapi macam mana ibu saya?" Perlahan sahaja nadanya, takut dengan amarah Haiden. Mahu lelaki itu tiba-tiba memakinya, sia-sia sahaja hidupnya.

"Aku tahu nak uruskan, esok pagi kau tunggu depan rumah dengan beg kain. Kau dah jadi tanggungjawab aku sekarang!" Ujar Haiden tegas tanpa menoleh ke arah Ariana, fokusnya jatuh pada pemanduannya sahaja.

Ariana mengangguk akur, dia mengeluh lemah. Semuanya kerana kejadian mereka ditangkap basah tadi, pada awalnya Haiden menolak untuk bernikah dengan dirinya namun demi menutup malu dan berita yang akan mewujudkan kekecohan, Haiden terima untuk menikahinya dan sejak itu Haiden berubah dingin dan beku.

Hilang segala perangai miangnya itu.

Ariana, kenapa nasib hidup kau tak pernah mudah? Sekarang dia dah jadi suami kau? Lagi banyak dia akan mempengaruhi kehidupan kau. Bicara Ariana di dalam hati.

Dalam diam, dia sudah takut akan reaksi ibunya nanti.

Macam mana caranya Ariana hendak memberitahu pada ibunya ini? Dia buntu.

ARIANA mahu menapak masuk ke bilik, membiarkan ibunya berbual-bual bersama Haiden. Namun hatinya berkeras mahu mendengar perbualan mereka, dan dia juga tertanya-tanya apa reaksi ibunya nanti mendengar cerita ini. Dia berharap tiada kejadian buruk berlaku kerana hatinya sekarang sedang resah.

Puas dia menarik nafas dan kemudian menghembus perlahan namun hasilnya tetap sama, jiwanya ssakan tidak tenteram. Ariana cuba menenangkan diri yang rasa serba-serbi tidak kena.

"Mak cik, saya datang malam ni nak bagitahu sesuatu tentang saya dan Ariana..." Puan Aryana cuma mengangguk dan diam, dia tidak mahu memotong percakapan anak muda yang telah membantunya keluarganya ini. Lagi pula, dia juga tertanya-tanya mengapa anak perempuan boleh bersama lelaki di hadapannya ini.

"Sebenarnya..."

"Sebenarnya kami kena tangkap khalwat tadi dan demi menutup malu anak mak cik dan saya...Kami terus bernikah. Jadi, saya hara..." Puan Aryana terus bangun dan ingin berlalu pergi.

Dia tak sanggup mendengarnya lagi, anaknya bukan berperangai seperti perempuan yang tiada maruah.

"Kamu baliklah...Mak cik tak mahu dengar benda merepek semua ini. Anak mak cik masih bertunang dengan Fahmi, kalau kamu mahu usik mak cik kerana mak cik pinjam duit kamu. Kamu menang! Cuma jangan nak bergurau dengan mak cik tentang perkara sebegini." Haiden mengetap gigi geram mendengar nama sepupunya yang masih meniti di bibir ahli keluarga Ariana.

Ariana yang mendengar kata-kata ibunya terus tersentak. Tanpa menunggu sesaat, dia terus melangkah keluar mendapatkan ibunya.

“Ibu semua ini.." rasa kelu lidahnya untuk menyambung kata-kata lebih lanjut, Puan Aryana lantas menarik bahu Ariana untuk menghadap ke arahnya.

Matanya tajam namun pandangannya lembut seorang ibu seperti selalu masih ada.

"Benar? Ana mahu kata pada ibu bahawa semua ini benar? Kalau benar.." wanita tua itu terus terduduk di kerusi dan terdiam sejenak.

Ariana dipalu rasa bersalah, dia tahu perkara ini terlalu drastik untuk diterima. Sedangkan dia pun masih terkejut, dia sendiri tidak menyangka bahawa dia sekarang ialah isteri sah kepada lelaki itu.

MRS HAIDEN RIYAZ©Where stories live. Discover now