24

72.7K 2.4K 224
                                    

ARIANA tersedar, matanya memandang kawasan yang dia sedang berada sekarang. Dari bau kawasan sekeliling, Ariana tahu dia sekarang berada di hospital.

Dicari kelibat Haiden, lelaki itu tiada. Kejadian tadi kembali berlayar di mindanya, pantas tangannya mengelus perutnya yang masih kempis.

Dia tak tahu sama ada anaknya selamat atau tidak, memikirkan hal itu membuatkan air matanya bergenang. Dia tidak sanggup! Walaupun anak itu baru bersamanya selama sebulan tapi sebagai seorang ibu, dia pasti tidak sanggup untuk kehilangan anak pertamanya.

Suara Haiden kedengaran di luar membuatkan Ariana bangun dari baringnya, kawasan sulitnya yang terasa sedikit perih tidak menganggunya untuk terus berjalan.

Pintu biliknya dibuka sedikit, kelihatan Haiden sedang berbual dengan seorang doktor.

Ariana cuba mendengar perbualan lelaki itu.

"Macam mana keadaan perempuan itu, doktor?" Soal Haiden, doktor lelaki berpakaian kemeja berwarna biru laut serta kot putihnya tersenyum manis sambil menepuk bahu Haiden.

"Encik ni suami dia ke?" Haiden mengangguk kepalanya pelan.

"Alhamdulilah kandungan isteri Encik selamat..Kuasa Tuhan benar-benar tiada tandingannya. Walaupun kandungan isteri Encik baru sahaja menginjak usia sebulan tapi dia kuat walaupun sudah mengalami pendarahan yang serius. Selalunya banyak ibu-ibu di luar sana akan mengalami keguguran kalau mengalami pendarahan serius sebegini tapi Puan Ariana mampu bertahan. Saya ucapkan tahniah pada Encik kerana tidak lama lagi Encik bakal bergelar seorang ayah." Ariana menutup mulutnya tanda dia gembira.

Lantas tangannya memegang perutnya, anaknya masih ada bersama dia. Air matanya jatuh berjujuran, terima kasih anak mama sebab kuat demi mama.

Manakala Haiden terpempan, apa yang baru dia dengar? Anak? Kandungan? Mengandung? Selamat? Otaknya tiba-tiba tidak dapat berfungsi dengan baik. Seketika dia teringat kembali saat Ariana jatuh dari tangga, celah kangkang Ariana berdarah.

"Apa maksud dokt..." soalannya tergendala angkara telefonnya berdering, doktor tersebut meminta diri memberi ruang kepada Haiden untuk menjawab panggilan telefon.

"Saya tahu, Zara! Saya dekat hospital ni...Saya ada kerja nak buat!" Balas Haiden dengan nada sedikit bengang, dengan berita yang barusan dia dengar di tambah lagi dengan Zara yang mendesak membuatkan kepala otaknya semak.

"Saya tahu apa saya nak buat! Saya tahulah nak uruskan perempuan sundal tu! Awak tak payah nak cakap banyak kali pun, saya tahu nak buat apa!"
Perempuan sundal? Sekali lagi air mata Ariana jatuh bercucuran.

"Okey fine! Saya minta maaf, okey? Saya cuma tengah pening sekarang ni..Awak jangan menangis, saya minta maaf..Okay, sayang? Please sayang? Saya janji saya akan ceraikan dia. Sekarang ini tak boleh sebab...Saya ada sebab saya tersendiri. Awak bersabar, okay! Macam mana kalau petang ni...Saya bagi duit dekat awak untuk awak pergi shopping? Awak nak tak?" Pujuk Haiden.

"Okay that's my girl." Tambahnya lagi.

Ariana terduduk, tangannya masih memegangnya perutnya yang masih kempis. Jiwanya hancur, sehancur-hancurnya.

Kini Ariana sedar, walau apa cara sekalipun yang dia lakukan demi mengambil Haiden, Haiden tidak akan pernah akan cintakan dia kembali.

Anak ini, lelaki itu tidak akan pernah terima, Ariana pasti.

Air matanya lagi lebat dari tadi.

Dia rasa sakit sangat, perit sangat.

Haiden, awak memang bencikan saya ke? Awak memang nak saya pergi dari hidup awak ke? Anak ni, awak tak mahu mengaku ke? Haiden, anak ini perlukan awak sebagai ayahnya tapi awak buang dia dari kehidupan awak. Bisik hati kecil Ariana.

MRS HAIDEN RIYAZ©Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin