48

55.6K 1.8K 40
                                    

ARIANA tersedar apabila terdengar samar-samar perbualan beberapa lelaki, pandangannya kabur. Kepalanya terasa pening, suara dari arah luar yang kuat kedengaran.

Kepala Ariana sakit, kedua tangannya diikat. Ikatannya terlalu ketat membuatkan pergerakannya terbatas, Ariana cuba memasang telinga untuk mendengar dengan lebih jelas perbualan mereka.

"Bagus..Ambil duit ini dan berambus. Jangan cari aku lagi dan jangan muncul depan aku lagi! Urusan kita dah tamat..Kalau aku tahu ada salah seorang daripada korang cuba nak melaporkan hal ini dekat mana-mana pihak berkuasa, aku akan pastikan korang menyesal sebab pilihan bodoh macam tu." Ugutnya sebelum mencampak sebungkus wang yang tebal kepada dua lelaki tadi.

Adam dan Rafael terus mengira duit tersebut, bibir merah mereka melakar senyuman lebar. Akhirnya duit yang ditunggu-tunggukan, mereka dapat juga.

"Terima kasih, bos.." Lelaki itu hanya mengangguk, kedua mereka terus meminta diri meninggalkan bekas bos mereka di chalet itu bersama perempuan yang mereka tangkap tadi. Lelaki itu mengurut kumis halusnya perlahan, sudah lama dia menunggu waktu ini akhirnya dia dapat juga memiliki perempuan yang sudah lama dia inginkan.

Daun pintu yang mengurung Ariana dibuka, senyumannya semakin lebar tatkala matanya terpaku pada tubuh Ariana yang sedang terbaring di atas katil.

Ariana terkedu, saat lelaki itu semakin mendekati dirinya, Ariana cuba mengamati wajah lelaki itu. Wajah lelaki itu seperti dia kenal tetapi dia lupa siapa lelaki ini.

"Dah sedar? Baguslah..Tak perlu aku nak buang masa aku menunggu engkau kan?" Soalnya sambil jarinya bermain-main di pipi Ariana. Ariana memandang tajam, pipinya cuba dijauhkan dari sentuhan lelaki tidak dikenalinya ini walaupun agak susah.

"Siapa kau? Jangan nak sentuh aku!" Keras suara Ariana bersuara, pandangan lelaki itu dia balas berani. Lelaki itu tergelak sinis, sebelum tudung Ariana yang sudah serabai direntap sehingga wanita itu mendongak memandangnya.

"Nampak sangat dalam kepala engkau tu cuma ingat suami kau je kan? Sampaikan aku ni pun kau tak ingat dan tak kenal, takkan kau tak ingat aku. Aku ni lelaki yang dulu terkejar-kejarkan kau sampai aku sanggup nak perangkap kau dalam hotel dengan aku. Tapi Haiden sial itu..Dia hancurkan kebahagiaan aku! Dia rampas kau dari aku..Buat penat aku susun strategi, tapi dia yang dapat kau. Kau ingat aku apa? Tunggul ke? Aku suka dekat kau, sayangkan kau tapi apa kau buat? Kau abaikan aku macam anjing kurap! Aku merayu dekat kau setiap hari tapi kau belagak. Sekarang ni, kau dah tiada sesiapa! Kau cuma ada aku dan sekarang aku suami kau. Bukan Haiden, atau sesiapa. Kau faham tak betina? Kau faham tak?" Tengkingnya sehingga Ariana tersentak.

Air mata Ariana mengalir.

Dia mahukan Haiden, dia takut sekarang ini.

"Qael Isma?" Duga Ariana, dia memang sudah lama tidak mengingat lagi tentang lelaki di hadapannya ini kerana sudah bertahun-tahun dia tidak dengar cerita tentang lelaki ini, dan kini lelaki ini datang untuk membalas dendam?

Qael tergelak mewah, kuat memenuhi ruangan chalet itu.

Rentapan tudung Ariana dilepaskan, dia menjauhi Ariana.

"Ingat aku? Hurm..Itu dulu, sekarang nama aku dah tukar Haris tapi kau boleh panggil Qael kalau kau nak..Sebab mana tahu kau tak nak lupakan kenangan kita?" Tawa mewah kedengaran, Ariana memandang benci ke arah Qael, dari dulu lagi lelaki selalu mengacaunya dan sekarang lelaki itu menculiknya pula.

"Kau gila! Kau gila! Lepaskan aku! Lepaskan aku. Tolong sesiapa..Tolong.." jerit Ariana sambil cuba melepaskan ikatan tangannya tapi ikatan tersebut terlalu ketat.

Qael tergelak sinis.

"Takkan ada sesiapa boleh dengar kau..Sekejap lagi kita berangkat ke mahligai kita, sementara itu kau lepaskanlah rindu kau pada chalet buruk ni sepuas hati engkau.." Ariana menjerit tanpa henti, sehingga dia berhenti dan menangis.

MRS HAIDEN RIYAZ©Où les histoires vivent. Découvrez maintenant