6

4.2K 546 65
                                    

"Dear, are you okay?" Bisikkan diterima oleh telinga. Kepalaku diangkat, tangisan mula reda.

Mataku asyik melihat lelaki dihadapanku ini. Mata ini, mata yang seringku lihat. Tak silap lagi. Inila lelaki itu. Buat pertama kalinya, aku melihat wajahnya penuh tanpa topeng.

 Buat pertama kalinya, aku melihat wajahnya penuh tanpa topeng

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Rambutnya di dye berwarna pink. Seutas rantai tergantung pada leher. Mata berbentuk bulan miliknya kelihatan risau.

Bajunya dibuka dan disarungkan pada tubuh aku yang agak terdedah. Dia hanya memakai baju putih yang berada di dalam baju tadi. Rakannya, seramai 3 orang mendekati.

"Mereka dah lari." Lelaki berambut coklat bersuara sambil memerhatikan belakang lelaki dihadapan aku ini.

"You guys just go first. I'll catch up later. After sending my girl." Selepas bercakap dengan rakannya, dia menoleh kembali ke wajah aku.

Aku dibantu olehnya untuk bangun. Beg dan buku aku yang sudah bersepah di atas tanah dikutip dan dibawa oleh nya. Tangan kanannya memegang bahu kanan aku manakala tangan kirinya memimpin tangan kiriku dari tepi.

Aku tidak pernah berada dalam keadaan yang sangat rapat bersama lelaki yang tidak aku kenal. Bila bersama dia, aku berasa tenang dan selamat.

Sepanjang perjalanan kami, aku hanya senyap. Begitu juga dia. Aku tahu dia hendak menghantar aku balik kerana jalan ini menuju ke kawasan rumah aku.

Tapi, dia mengubah arah. Dibawa aku ke taman permainan. Aku didudukkan pada bangku yang disediakan.

"Wait here. Don't go anywhere. I'll be back" Dia kemudian berlari keluar dari kawasan taman ini. Aku hanya melihat figuranya meninggalkan aku. Dalam fikiran aku sekarang, aku hanya terfikir pasal kejadian tadi.

Kalau dia tak ada. Tidak muncul pada waktu itu. Mungkin sekarang masa hadapan aku sudah hancur. Pelbagai perkara negatif terlintas dalam fikiran aku.

Dalam masa yang sama, aku masih tertanya. Siapa remaja ni sebenarnya.  Dia amatlah misteri. Kenapa setiap ayat yang dilontar keluar dari mulutnya, sangat lembut, menenangkan dan manis?

[Completed] Corner °Na JaeminWhere stories live. Discover now