Bab 136-Lelaki Serba Hitam

2.1K 35 0
                                    

Dalam hidupnya, nenek hanya mengenal huruf-huruf Arab dan tulisan jawi. Dia menegenal Alif, Ba, Ta, sampai habis. Dia tidak boleh mengeja huruf-huruf tetapi dia boleh membaca muqaddam dan Quran.

"Ganjil, macam mana kisah orang-orang Islam, orang putih yang tulis," sambung nenek lagi seperti merungut. Di wajahnya terpamer rasa taksub yang amat sangat.

"Bukan tulisan orang putih nek, tulisan rumi dalam bahasa Indonesia, terjemahan dari bahasa Arab." jelas saya.

"Hum! begitu, " nenek angguk kepala. Wajahnya nampak aman. Buat beberapa saat saya dan nenek tidak berkata apa-apa.

Kami merelakan suara kicau burung murni memukul gegendang telinga kami. Serentak saya dan nenek merenung ke arah pepohon yang kaku di halaman rumah. Matahari petang terus bersinar lembut.

"Datuk kemana nek? Dalam diam-diam dia menghilangkan diri," saya mengajukan pertanyaan. Nenek terus membisu, matanya masih tertumpu di halaman rumah menerusi jendela yang tersedah. Saya jadi resah, bila nenek bersikap demikian. Saya jadi serba salah.

"Datuk ke mana nek ?" Ulang saya lagi.

"Hai! Dia tak bagi tahu kamu, kemana dia nak pergi?" saya gelengkan perlahan-lahan.

"Orang tua itu memang pelik, makin tua makin berahsia dengan bini dan cucu," nenek seperti merungut. Geli hati saya melihat telatah nenek. Di depan datuk tidak berani protes, di belakang datuk bukan main lagi. Kepalang berani.

"Dia kemana nek?" Saya merayu.

"Kemana lagi, kalau tidak berjumpa kaum kerabat dan handai taulannya, maklumlah dia nak balik ke tanah nenek moyangnya, bukan apa tu, nak bawa pesan," nenek menjuihkan bibir bawahnya. Dia mencemek datuk. Saya segera menutup bibir mulut denga kedua belah tapak tangan, agar senyum saya tidak dapat dikesan oleh nenek.

Dari kata-kata yang nenek luahkan itu, saya dapat mengesan ke mana datu pergi. Sudah pasti datuk pergi ke Tronoh, Seputih, ke Chemor, ke Kampung Kerinci, ke Kampung Abdullah Hukum yang terletak di kawasan Kuala Lumpur.

Dari situ datuk berangkat ke Kajang, ke Temerloh dan beberapa tempat lain yang ramai didiami oleh orang-orang dari Negeri Jambi yang terdiri dari daerah Kerinci, Panai, Bilah, Rawa, Salok, Mendailing dan sebagainya.

Datuk pernah menyatakan kepada saya dia menganggap orang-orang dari tanah Jambi sebagai saudara sekeluarga, seagama, serumpun bangsa, seadat budaya. Orang Jambi dan orang Melayu, Semenanjung ridak ada bezanya, masih serumpun dan seagama. Cuma orang Belanda dan Inggeris yang membuatkan yang membuatkan bangsa serumpun terpisah. Kinsep datuk itu selari dengan semangat Melayu Raya yang jadi teras perjuangan tokoh-tokoh politik Melayu ketika itu.

"Dah dekat dua bulan datuk kamu tinggalkan kita," cetus nenek lalu membunuh angan-angan yang merewang dalam kepala saya.

"Iya, selalunya bila kemana-mana dia ajak saya, kali ini dia tak ajak pula."

"Iya juga cakap kamu Tamar, entah aku tak tahu," nenek kerutkan dahinya, "aku yakin esok lusa dia baliklah tu, dia bagitahu aku dia nak ke Jambi hujung bulan ni, dia suruh aku buat bekal daging ayam," tambah nenek lagi, kali ini wajahnya agak bercahaya. Matanya tadi kelihatan redup, kini nampak bersinar.

"Kalau dia balik hari ini, lagi baik nek," ungkap saya keriangan. Nenek terus ukir senyum. Leher saya tegakkan, pura-pura merenung ke jalan kecil yang menuju ke rumah, menerusi jendela. Nenek gelengkan kepala.

"Kamu rindukan datuk kamu."

"Sudah tentu, nenek macam mana?"

"Nenek pun begitu."

Kami pun berbalas senyum. Kemesraan terasa cukup erat dalam hati sanubari saya.

Dengan mendadak nenek terus bangun, tanpa berkata apa-apa dia terus meninggalkan saya sendirian di kamar. Nenek terus ke dapur dan saya menyambung pembacaan yang tergendala. Baru tiga empat para dibaca, saya mula menguap dan kelopak mata mula terasa memberat. Bagi menghilang rasa mengantuk itu, saya terus bangun menuju ke dapur.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 10 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now