Siri 223-Diusik Manusia Keluang

1.3K 21 0
                                    

  Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin  

Suaranya mula bergema, macam suara singa betina sarkas yang lapar. Keluang kian banyak bertenggek di dahan pokok besar. Suara dari kumpulan keluang itu amat mengganggu sekali. Sambil berbunyi kumpulan keluang itu terus melepaskan biji dan kulit rambutan yang dibawa dari kawasan kampung berdekatan. Tidak memadai dengan itu, kum-pulan keluang tersebut terus berak dan kencing. Kami terpaksa berhadapan dengan bau yang kurang menyenangkan. Ada keganjilan yang cukup ketara dilakukan oleh Ali Usman. Saya tidak tahu apakah perkara yang dilakukannya itu merupakan petua atau syarat yang telah diterapkan oleh datuk kepadanya. Setiap sepuluh kali melangkah. Ali Usman berhenti dan menoleh ke arah saya dan da-tuk. Sudah tiga kali dia berbuat demikian. Peliknya manusia keluang juga turut berbuat demikian. Sepuluh langkah menuju ke depan terus terhenti. menoleh ke arah pangkal pokok besar, macam ada sesuatu yang dilihatnya di situ, seperti menerima arahan sesaorang dari pokok besar. "Maju terus jangan menoleh ke arah kami.' Arahan dari datuk segera dipatuhi oleh Ali Usman. "Ingat, aku bersama kamu Ali, tambah datuk lagi. Suara cukup lantang sekali. Dari jauh Ali Us-man anggukkan kepala dan mengangkat tangan. Datuk senyum kerana dia tahu Ali Us-man sudah cukup bersedia. Tidak boleh diganggu gugat, tidak mudah patah semangat. Manusia kelawar juga mengikut rentak Ali Usman. Cepat langkah Ali Usman, cepat juga langkahnya. Ali Usman angkat tangan, dia juga angkat ta-ngan. Ali Usman anggukkan kepala, dia juga anggukkan kepala. Saya berdepan dengan suasana yang melucukan dan memaksa saya ketawa kecil. KETAWA "Jangan ketawa Tamar," tegah datuk. "Kelakuan makhluk ganjil tu macam kartun tuk.' "Biarkan, kita tunggu dan lihat." "Tapi, dia mempermain-mainkan kita tuk," saya luahkan rasa kurang senang. 'Kita tengok. sejauh mana dia mahu memperdayakan kita," kata datuk sambil mengigit bibir. Jawapan datuk itu memang tidak menggembirakan hati. Saya dongakkan kepala ke dada langit, melihat awan putih nipis bergerak ke arah gunung di selatan Bila datuk meluah kan kata "Kita lihat sejauh mana dia mahu memperdayakan kita, Dalam erti kata lain, datuk tidak mahu bertindak Dia sekadar ma-hu menonton saja. Perhatian kembali ditumpukan kearah Ali Usman yang terus mara penuh semangat. Begitu juga dengan manusia kelawar. Di duga satu pertarungan hebat lagi mencemaskan pasti berlaku. Antara manusia kelawar dengan Ali Usman siapakah yang lebih hebat? "Jangan kemana-mana Kamu duduk di sini." Datuk segera bergerak ke perdu pokok Pulai patah dahan akibat dipanah petir. Dengan tenang bersandar di situ, telapak kaki kirinya menekan akar pulai yang menolak bumi. Kaki kanannya diangkat separas lutut. Ekor matanya menjeling ke arah Ali Usman dan manusia kelawar. "Nampaknya, da-tuk mula membuat persiapan," cetus batin saya sambil merenung ke arahnya. "Jangan renung aku, tengok ke arah Ali, 'sergah datuk. "Baik tuk." sahut saya cemas

SASARAN ALI Usman dan manusia kelawar kembali menjadi sasaran sepasang anak mata saya. Kalau tadi langkah mereka rancak dan penuh sema-ngat, kini kelihatan agak lemah Jarak rnereka antara satu sama lain kian dekat. Pada hemat saya, sepuluh tapak melangkah ke depan pasti berlaga batang hidung. Andainya Ali Usman menjadi korban manusia kelawar, apa kah tindakan selanjutnya yang akan datuk lakukan? Mungkinkah datuk bertindak atau lepas tangan. Semuanya bagaikan diundang muncul dalam tempurung kepala. Dalam saat genting begini, perkara yang negatif saja yang muncul. Kenapa hal-hal yang positif tidak mahu datang? Suara kalbu saya terus bergelora dan bergolak. "Ahhhh..... " Saya terkejut, Ali Usman dan manusia kelawar, berhenti melangkah, masing-masing terpaku kaku. Mereka terpisah dalam jarak sepuluh langkah. Terfikir oleh saya untuk merenung ke arah da-tuk yang bersandar di pangkal pokok Pulai .Tetapi, bila teringatkan pesannya, hasrat tersebut terpaksa dibekukan. "Dummmm...... " Bergema ledakan yang kuat. Bumi yang dipijak terasa bergegar dan badan terlayah ke kiri dan ke kanan. Akhirnya tersembam di permukaan bumi, berpusing-pusing macam gasing dan tercampak di pangkal pukok Pulai, tempat datuk bersandar. "Bangun Tamar." Sedaya upaya saya berusaha untuk ba-ngun dengan berpaut pada lutut datuk, Bila berhasil berdiri de-ngan sempurna, jari jemari kanan datuk menepuk bahu kiri saya tiga kali berturutturut. Serentak dengan itu terdengar suara datuk menyebut beberapa potong ayat dari al- Quran untuk menghalau syaitan. "Nampaknya aku seperti dicabar." Datuk melepaskan geramnya dengan menumbuk pangkal Pulai hingga meninggalkan bekas. Kulit pokok tersebut terkupas.Tersentak dengan tindak-tanduk itu, saya seperti mendapat semangat baru. Apa yang dialami sebentar tadi bagaikan tidak terasa. "Tenaga kamu dah pulih Tamar?" MENOLEH SOALAN datuk saya jawab dengan anggukkan. Entah macammana, seperti di dorong oleh sesuatu saya me-noleh ke arah Ali Us-man dan manusia kelawar. Kedua-duanya terkapar di tanah. Ali Us-man terlentang menentang langit sedangkan ma-nusia kelawar tertiarap de-ngan sepasang kakinya masih menggeletek, ma-cam ekor cicak yang terputus dari badan. "Sungguh ganjil, semuanya ganjil." Datuk mengeluh, rupa-rupanya dia juga merenung ke arah yang sama seperti saya. Kami saling berpandangan tanpa sepatah kata. Bila saya amat-amati seperti ada kabus nipis keluar dari hujung kaki manusia kelawar. Kabus nipis itu kelihatan naik memanjang ke udara yang kemudiannya mengembang akhirnya terus menghilang. Ta-nah berhampiran telinga manusia kela-war nampak berlubang sebesar buah kelapa. Otak nakal, segera membuat andaian, mungkin ledakan tersebut berpunca dari situ. "Ah.... dia masih hidup , syukur." Itu yang muncul di hati. bila melihat sepasang kaki dan tangan Ali Usman bergerak- gerak. menggeliat ma-cam orang terjaga dari tidur yang panjang. Beberapa minit berikutnya terus duduk. "Ali dah duduk Tuk," kata saya.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 1)(COMPLETE)Onde histórias criam vida. Descubra agora