Siri 226-Wanita Dalam Bilik Pawang

1.1K 19 1
                                    

  Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin 

 Tanpa membuang masa saya dan datuk melihat ke dalam bilik. Samar samar kelihatan seorang lelaki duduk bersila dengan sepasang tangan berada di antara kedua belah peha dan kaki. Sebuah tempat bara berada di depannya, mengeluarkan asap berbau cengkih dan kemenyan. Lelaki yang berwajah serius dan bengis itu seperti bertafakur dengan sepasang kelopak matanya dirapatkan. Kepala dililit dengan kain kuning. "Dari mana datangnya makhluk ini" bisik batin saya. "Eehemmmmm.........," suara datuk menyumbat lubang telinga. Dan sudah pasti, suara tersebut adalah isyarat untuk saya mengawal perasaan, jangan memikirkan tentang sesuatu. Asap kemenyan yang bergerak lembut si sebelah kiri dan kanan lelaki itu, melakarkan sekumpulan bebayang makhuk ganjil yang menakutkan. Ada yang bertanduk, bermisai, mata berlubang, berdagu panjang hingga ke lantai dan bermacam-macam lagi. Saya segera merenung ke arah datuk. Tenang sahaja datuk menghadapi suasana yang mencemaskan itu. Bibirnya seperti bergetar. Dan saya menduga, datuk sedang membaca petikan ayat al-Quran untuk menghalau syaitan. Usaha datuk yang direstui Allah mendatangkan hasil yang sungguh mengesankan. Satu persatu bayang yang menakutkan itu menipis, membulat dan memanjang. Sebelum ghaib dari penglihatan terdengar seperti suara hembusan angin yang keluar dari belon mainan akibat dicucuk dengan jarum. "Dah hilang," cetus hati saya. Datuk berdehem dan saya sedar tentang kesilapan yang tidak saya sengajakan. Dua tiga kali saya menarik dan melepaskan nafas sambil mengutuk diri sendiri. MUngkin menyedari tidak ada sebarang gangguan lagi menyebabkan datuk menumpukan seluruh perhatiannya kepada Ali Usman kembali. Macam tadi juga, Ali Usman masih lagi mamai. Dua kali bahu Ali Usman saya singgung dengan kuat. Tetapi, dia tidak memberikan tindak balas yang sewajarnya.

"Áli, apa yang kamu lihat itu, itulah juga yang aku Iihat. Sekarang semuanya sudah selesai, sudah tak ada lagi, Cuba buka mata kamu " Datuk dan saya segera berusaha mendirikan Ali Usman. Kepalanya yang terkulai kami tegakkan, Wajahnya dihalakan ke arah pintu bilik yang terdedah.. Pelahan-lahan Ali Usman mambuka kelopak matanya. "Kamu tengok sekarang, semuanya sudah hilang." Itulah yang datuk bisikkan ke lubang telinga Ail Usman. Dengan lemah saya lihat Ali Usman anggukkan kepala. Dia hanya berkerut, buat beberapa ketika Ali Usman menarik dan melepaskan nafas dalam usahanya mencari ketenangan dan ketenteraman. "Bagaimana perasaan kamu sekarang? Dah tenang," susul datuk. Ali Usman anggukkan kepala, senyumnya kian lebar. "Kalau gitu kamu mulakan," Datang lagi usul dari datuk dan ternyata tiada bantahan dari Ali Usman. Dia pun melangkah melepasi bendul pintu bilik. Setelah mendapat isyarat dari datuk, saya turut melangkah ke dalam bilik yang kelihatan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Datuk pun membekalkan pesan agar jangan menyentuh apa juga barang yang terdapat di situ, kecuali setelah mendapat kebenaran darinya. KHAS BERADA di dalam bilik khas yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, terasa nyaman bagai kan berada di dalam bilik yang berhawa dingin. Keganjilan yang dialami setiap kali melangkah, saya seperti tidak dapat mengimbangi seluruh tubuh, terhoyang hayang ke kiri dan ke kanan. Bagi mengelak dari jatuh terpaksa berpaut pada tubuh Ali Usman. Apakah perkara yang saya alami turut dirasakan oleh Ali Usman dan datuk? Tetapi, melihat pada gaya dan gerak mereka temyata perkara itu tidak berlaku. Dengan tidak semena-mena terdengar seperti suara kumbang mengorek lubang dikayu. Keadaan begini memang kurang tenteram, memberi kesan yang tidak tentu arah disanubari. "Apa pula sialnya si kumbang ni, mengacau urusan orang dan menakutkan aku," jerit batin saya. "Ehemmmm.. " Datuk berdehem pendek Dan secara sepontan saya menoleh ke arah datuk, pandangan kami bertembung. "Jangan ditegur atau dikomen bila kamu melihat atau mendengar sesuatu yang pelik. Cuba fikir dulu sebelum mengikut kata hati. Jangan pandai-pandai nak mengutuk atau marah tidak bersebab." Itulah komentar datuk. Dia bagaikan tahu erti renungan mata saya sebentar ta-di. Saya mengigit bibir, susah sungguh berurusan dengan manusia yang dapat membaca suara hati kita. Dan buat sekian kalinya, saya menatap wajah All Usman. Dia nampak bersahaja. Tetapi gerak mata hitamnya membayangkan sekelumit keresahan dalam dirinya Dia cuba tersenyum dan ternyata senyum yarng dipaksa itu hilang serinya. Bilik yang nampak kecil itu, tenyata cukup besar dan luas. Buktinya. sudah lebih sepuluh langkah kami melangkah dari bendul, masih belum sampai ke bahagian tengah bilik. Ali Usman memberikan isyarat tangan, supaya kami menuju ke bucu bilik sebelah kiri. Dan saya yang sangsi dengan arahan tersebut enggan melangkah. "Ke sana, sebelah kiri," keras suara. Ali Usman. "Maaf," bisik saya padanya. "Bodoh,"' Sakit benar rasa hati menerima ungkapan kata yang ditujukan oleh Ali Usman untuk saya. Kalau tidak memikirkan berada di tempat orang mahu rasanya melepaskan penumbuk sulung ke mukanya. Biar pecah berdarah dan tersungkur di lantai. "Ehemmm,,,.' datuk bersuara. Menyedari kesilapan yang dilakukan, saya minta maaf dengan menganggukkan kepada pada datuk.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 1)(COMPLETE)Where stories live. Discover now