Siri 227-Dipintu Kematian

1.1K 20 0
                                    

  Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin

Saya terkejut, bila wanita itu tidak meneruskan langkahnya mendekati Ali Usman. Suara tangisan bayi terus hilang, begitu juga dengan bentuk lembaga orang Utan. Keresahan segera mengoncang dada. Wajah datuk pun dijeling, dia nampak tenang sekali. Tetapi, Ali Usman masih tidak bergerak dari tempat dia berdiri. Perlahan-lahan saya menarik dan melepaskan nafas, bila terlihat beberapa ekor lipas lari di lantai lalu menyusup di bawah kain wanita berwajah hodoh. "Pelik," terhambur keluhan dan kelopak bibir saya. "Yahooooo................. " Tidak dapat saya pastikankan dari arah mana suara itu datang. Tidak dinafikan juga pekikan ltu memekakkan anak telinga, mengganggu konsentrasi datuk. Buktinya, datuk merenung ke arah lelangit rumah. "Hisss............" Aii Usman mendengus panjang sambil mengkepal-kepal penumbuk. Sepasang kelopak matanya sebentar terbuka dan sebentar terkatup. Bila kelopak matanya nya terbuka renungannya ke arah wanita hodoh mendukung anak kecil tidak beralih. Seolah- olah hati serta perasaannya sudah ditakluki wanita aneh itu "Hati-hati Ali,'' saya mengingatkannya. "Itu urusan dia, bukan urusan kamu.'' Datuk meluahkan sebuah protes yang membuat saya kurang senang. Tiba-tiba saya jadi marah pada datuk. Puncak dari kemarahan ltu, saya tidak mahu melihat mukanya. Dan batang leher bagaikan dipusing suatu tenaga ghaib yang memaksa saya merenung ke arah wanita berwanita hodoh yang tidak disenangi. Pada mulanya saya melakukan penentangan tetapi, akhirnya saya terpaksa mengalah kerana tenaga yang memaksa lebih kuat dari saya. Bila sepasang anak mata tertampar ke wajah wanita mendukung anak kecil. Rasa terkejut dan pelik bermain dalam tempurung kepala. Rasa pening dan pedih di kelopak mata mula dialami. Dengan seluruh daya dan usaha, saya cuba alihkan pandangan ke arah lain. Pada mulanya saya mengalami kepayahan sedikit tetapi, akhirnya berhasil, dinding rumah menjadi sasaran anak mata. Rasa pening dan sakit kepala segera berakhir, saya kembali selesa dan berpijak pada alam nyata. Keselesaan yang baru dinikmati ini harus dipertahankan, fikir saya. Wanita berwajah hodoh mendukung anak kecil, tidak wajar dilihat kerana boleh mendatangkan kesan buruk pada diri sendiri. Itulah keazaman berputik dalam hati. LEMAH Sayang, keazaman yang kuat itu berjaya dibunuh oleh rasa keinginan yang tidak mampu dibendung untuk melihat perempuan berwajah hodoh bagi sekian kalinya. Dan sebagai manusia yang lemah, saya tunduk pada keinginan itu. Wajah wanita hodoh itu saya tatap tanpa berkedip. Sungguh mengejutkan, ketika ditatap wajahnya mengalammi proses perubahan secara perlahan-lahan. Kulit mukanya yang mengerutu, macam kulit katak puru itu relai berkepingkeping jatuh atas kepala bayi yang didukungnya. Bekas kulit yang relai segera diganti dengan kulit baru yang putih dan licin.

Manakala kepala bayi yang ditimpa oleh kulit yang relai tadi segera ditumbuhi rambut hitam yang kemerah-merahan. Gigi yang tidak teratur kini nampak putih bersih, tersusun rapi dan rapat. Ada lesung pipit di kiri dan kanan pipi, bila tersenyumm manis sekali mengingatkan saya pada Mia, gadis yang pernah membuat saya tidak nyenyak tidur malam. "Cantik," bisik batin saya. Mata masih terpaku ke arah hujung dagunya yang tajam macam mempelam Siam. Sepasang bulu keningnya nampak tebal, bulu mata nya lentik, padan benar dengan sepasang bibir nipisnya yang merah menarik. Rasa takut dan benci segera hilang, bertukar menjadi rasa ghairah. Nafsu berahi meluapluap, tidak tertahan-tahan lagi. Saya jadi tidak tentu arah. Dalam saat mengelamun sambil membelai rasa ghairah yang bagaikan tiada hujungnya itu, bayi dalam pangkuan wanita tersebut hilang secara mengejut. Tidak memadai dengan semuanya itu, kain putih yang membalut sebahagian dari tubuhnya dijatuhkan perlahanlahan. Saya jadi kelam kabut. "Dia telanjang bulat," Itu reaksi saya semua kain putih pembalut sebahagian tubuhnya jatuh dikaki. Setiap liku dan lekuk di tubuhnya, termasuk bahagian alat sulitnya berada dalam mata saya. "Huuuhhhh....." saya mengeluh geram. Saya terpesona, bila dia memusingkan tubuhnya secara lembut sambil melakukan gerakangerakan. Saya terpesona, bila dia memusingkan tubuhnya secara lembut sambil melakukan gerakan-gerakan yang membakar nafsu muda. Seluruh pembuluh darah menjadi tegang semacam, badan mengeletar geram bersama ghairah nafsu muda yang sukar dikawal. Dalam keadaan yang tidak menentu itu, akal mula dikuasai nafsu. Saya seperti terasa ada tenaga mendorong saya untuk mendekati wanita yang pada penglihatan saya ketika itu cukup cantik sekali. "Rapatlah." Saya seakan-akan terdengar suara wanita itu berkata demikian pada saya. "Rapatlah, Cuma kita saja disini," ulangnya dengan suara yang serak-serak basah. Gerak bibir dan gerak tubuh mengiringi kata-kata yang diluahkan, membuat saya, macam berada di dunia fantasi yang tidak bertepi. Dengan hati-hati langkah pertama diatur ke arah wanita yang sedangkan mendepangkan kedua belah tangannya. Dua ketul daging hidup yang tegang melekap di dada, terbuai-buai setiap kali dia bergerak atau melonjak. Semuanya itu menyebabkan perasaan muda saya terhumban ke tasik nafsu berahi yang sukar dikawal. Langkah pertama yang teragak-agak dan hati-hati segera bertukar menjadi rancak penuh semangat. Suara ketawa penuh manja dari wanita itu menyambut lubang telinga kiri kanan. Tidak memadai dengan itu terdengar suara mengerang kenikmatan, bersama renggekan berahi. Situasi begini membuat saya lupa pada keadaan sekeliling. Ali Usman bagaikan tidak wujud lagi. Begitu juga dengan datuk. Apa yang ada dalam kotak fikiran, hanya saya dan perempuan itu sahaja yang berada disitu, bagaikan berada di sebuah taman bunga yang indah. GELORA Bersama gelora berahi dan nafsu yang bergelombang hebat dalam batin, saya terus melangkah dan melangkah. Matlamat dalam diri ialah wanita bogel didepan mata harus di kuasai lahir batin. Langkah makin rancak, makin bersemangat. "Tamar," terpinga-pinga suara datuk, " kawal diri kamu, jangan biarkan akal fikiran dan perasaan dikuasai roh jahat."

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 1)(COMPLETE)Where stories live. Discover now