Melodi @ Lagu (Qoutes)

29 5 6
                                    

TUGASAN HARI INI

25 NOVEMBER 2018📝

TUGASAN :: Quote/ Puisi / Sajak /Pantun

DISEDIAKAN OLEH :: NoHR 🍋

TEMA ::  Melodi @ Lagu

KLU :: Bebas. Nukilkan segala rasa setiap kali melodi berpujangga saat emosi mengawal. Marah? Sedih? Gembira? Kerana yang bermelodi itu juga satu cerita. Jadi cerita anda apa?

AUTHOR:CikAnggun_

Tajuk:Rahsia

Melodi?

Ada apa dengan melodi
Hanya satu lagu atau irama
Yang mungkin biasa dan sama

Namun hati yang mengerti
Akan mampu memahami makna yang tersirat di balik sebuah lagu

Melodi yang didendangkan
Melodi yang dialunkan
Melodi yang dipersembahkan

Ada ceritanya yang tersendiri
Ada rahsianya yang tersembunyi
Ada rasanya yang tersimpan

Bahagia, kecewa, sedih, gembira
Percintaan antara dua hati hatta kehidupan peribadi

Yang diiringi dalam setiap lakaran melodi
Yang diabadikan dalam setiap lirik

Pada si pendengar, jiwa juga turut terkesan
Juga merasa perasaan si pujangga lagu
Berkongsi rasa yang sama

Kadangkala terhanyut dengan memori lama
Yang tersimpan jauh di dasar hati
Memori suka mahupun duka

Namun sering kali persoalan terlintas di ruang minda
Tertanya-tanya cerita yang ingin disampaikan
Namun sering kali juga tiada jawapan yang ditemui
Walaupun hati kecil ini seolah-olah memahami

Kerana rahsia tetap rahsia
Dan selamanya akan kekal begitu
Dan persoalan tetap juga tergantung tanpa jawapan yang pasti

Cuma apa yang pasti
Melodi dalam sebuah lagu
Mampu membuat diri ini
Punya seribu rasa yang mendalam, seribu cerita yang terlakar....

PenulisanKuWhere stories live. Discover now