Teenfiction + Adventure

4 0 0
                                    

TUGASAN NV 11 FEBRUARI 2019

SHORT STORY

JUMLAH PERKATAAN HENDAKLAH TIDAK KURANG DARI 500 DAN TIDAK LEBIH 1000 PATAH PERKATAAN

GENRE:: TEENFICTION+ ADVANTURE
(CEREKA REMAJA + PENGEMBARAAN)

TAJUK :: TERIMA KASIH

QUOTES :: DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH, AKU MULA OBSES.

GAYA BAHASA :: IMEJ ALAM, METAFORA DAN PERSONIFIKASI.

HANTAR :: RABU PUKUL 7 MALAM.

DISEDIAKAN OLEH :: ISMA SYUMIL

AUTHOR :: CikAnggun_

"Wah! Akhirnya kita sampai sini jugak! Hoho..." Aku menjeling Megat yang sedang berjoget senang hati itu. Kawan-kawan lain yang sedang melakukan hal masing-masing aku pandang. Ada lima orang semua sekali.

"Kau ni Megat! Aku tahulah ini first time kau datang sini tapi sorok la sikit kau punya jakun tu. Macam beruk dah aku tengok," perli Pa'an yang sedang bermain dengan telefon pintarnya itu. Memang begitu mulutnya. Pedas.

"Mulut kau kan nak je aku cilikan! Mengata orang nombor satu. Suka hati akulah nak buat apa. Bukan kau punya mulut pun!" bidas Megat yang sudah merah wajahnya menahan marah. Yang lain hanya menggeleng. Sekejap lagi mulalah perang mulut dua ekor tu.

"Bisinglah! Senyap sikit boleh tak?! Kalau rasa tak nak naik flight balik, bisinglah lagi." Aku mula bersuara. Tegas.

Sepi.

Semua tidak berani bukak mulut bila suara aku dah keluar. Aku memang agak pendiam tapi sekali buka mulut tak ada yang berani lawan.

"Okey, relax. Jangan gaduh-gaduh. Aku tahu korang penat, jadi aku dah tempah bilik. Setiap bilik kena kongsi dua orang. Ni kunci masing-masing. Masuk bilik rehat, malam nanti kita kumpul bawah ni," celah Firdaus untuk melegakan suasana tegang tadi.
Semua mula bergerak setelah mengambil kunci dari Firdaus. Wajah masing-masing jelas keletihan setelah lama berada di dalam kapal terbang.

"Ni kunci bilik kau. Aku tahu kau tak nak kongsi." Firdaus menyerahkan kunci single room kepadaku.

"Thanks."

"Dah, pergi rehat." Firdaus menepuk bahuku sebelum berlalu.

***

"Terima kasih, wahai anak muda."

Suara itu bergema lagi. Seorang lelaki tua yang berdiri di hadapan, aku pandang pelik. Serentak itu terasa sesuatu jatuh di atas tanganku. Sebuah peta!

"Kau tak tidur lagi?" tegur satu suara. Firdaus. Aku berpaling ke belakang seraya menggeleng.

"Kenapa? Tak dapat tidur atau kau masih ingatkan kata-kata lelaki tua itu?" tebak Firdaus yang sudah mengambil tempat di sisiku di atas bangku yang terdapat di halaman rumah tumpangan.

Aku hanya membisu. Firdaus pula memang arif benar dengan sikapku yang tidak suka berkongsi cerita atau masalah.

"Yang lain dah tidur?" tanyaku selepas beberapa saat menyepi. Setelah tamat perbincangan ketika makan malam tadi, semua terus ke bilik. Hanya berbincang tentang rancangan esok hari.

Firdaus mengangguk tanda jawapan.

"Kau rasa kita akan jumpa orang tu?" tanyaku tiba-tiba.

"Entahlah, Im. Aku tak boleh nak agak tapi dengan bantuan peta yang kau dapat tu, kita pasti dapat jumpa dia."

PenulisanKuOù les histoires vivent. Découvrez maintenant