Horror + Spiritual

27 3 0
                                    

TUGASAN 23 JANUARI 2019

GENRE: HORROR + SPIRITUAL

TAJUK: Asrama

GAYA BAHASA: HIPERBOLA, PARADOKS, INVERSI

SHORT STORY MINIMUM 1000 WORDS

DUE DATE, HANTAR PADA HARI JUMAAT INI SEBELUM PUKUL 7 PETANG.

DISEDIAKAN OLEH: MR. HEYL /HeyL_AryaN

PENULIS: CikAnggun_🐥

"Aida, kau percaya tak pasal khabar angin asrama kita ni?" Ika yang sedang ralit menyiapkan kerja sekolah tadi terus berpaling ke arah kawannya saat   sesuatu di fikirkannya

"Khabar angin apa?" tanya Aida tanpa melepaskan pandangan dari buku tulisnya itu.

"Pasal asrama kita berhantu," ujar Ika bersungguh.

"Ada ke? Aku tak tahu pun." Aida mengerutkan muka. Asrama mereka berhantu? Betul ke?

"Kau biar betul Aida? Takkan kau tak pernah dengar? Aku tahulah kau tu ulat buku tapi janganlah sampai semua benda yang jadi kat asrama kita ni, kau tak ambil tahu!" rungut Ika dengan wajah tidak percaya. Dia menggeleng dengan sikap Aida itu.

"Kau cuba cerita, nak juga aku tahu." Aida buat tidak dengar sahaja rungutan Ika.

"Aku dengar, asrama kita ni kan dibina atas tanah perkuburan. Ada juga yang cakap, sebenarnya penduduk kampung tak benarkan. Ya la, sebab diorang nak kambus tanah semata-mata untuk bina asrama. Tapi kerajaan tetap nak teruskan. Jadinya, ada budak dah kena kacau tahu," cerita Ika dengan suara berbisik bagai tidak mahu ada yang mendengar.

"Mengarut!" balas Aida setelah lama berdiam diri, mencerna cerita Ika. Tak masuk akal!

"Tak nak percaya sudah! Cakap dengan kau buat sakit hati je," ujar Ika yang kembali menyambung kerjanya.

***

Ika dan Aida masing-masing memandang pelik keadaan bilik yang sunyi dan gelap. Setelah menyiapkan kerja sekolah, mereka terus ke dorm.

"Korang buat apa ni?" soal Aida tatkala melihat kawan sebiliknya sedang duduk dalam bulatan dengan lilin di tengah.

"Kak Fatin tengah bercerita pasal hantu. Jomlah dengar," ajak Jue. Aida dan Ika mengambil tempat. Teringin juga mereka turut serta.

Setelah beberapa minit, terdengar gelak ketawa yang lain kecuali Aida dan Ika. Bagi mereka tiada yang lucu kalau bersangkut paut dengan hantu.

Kini Kak Fatin melakonkan gaya hantu berjalan seperti mana diceritakannya itu. Mereka yang lain hanya memerhati penuh sabar. Kak Fatin menterbalikkan badannya ke belakang, menjadi melengkung seperti bentuk U yang terbalik. Rambut panjangnya berterbangan bebas mengurai ke bawah, menutupi muka Kak Fatin. Kak Fatin mula berjalan ke depan bagai labah-labah.

Aida dan Ika memandang takut kerana gaya itu memang mirip dengan hantu. Yang lain hanya bertepuk tangan suka dengan lakonan itu.

"Korang janganlah main-main benda macam ni," tegah Aida tatkala melihat mereka makin galak bermain. Namun ejekan pula Aida dapat.

Tiba-tiba Aida terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan di belakangnya. Tiga kali.

Tap... tap... tap....

Terhenti langkah itu hampir dengan Aida. Dia berpaling ke belakang namun tiada apa-apa kecuali pintu dorm koridor belakang sahaja yang terbuka. Meremang bulu romanya. Dia cuba melihat ke arah kawannya, jika mereka turut juga mendengar tapi reaksi mereka biasa sahaja seolah-olah mereka langsung tidak mendengar sebarang bunyi.

PenulisanKuWhere stories live. Discover now