Science Fiction + Action

13 3 0
                                    

TUGASAN 30 JANUARI 2019

SHORT STORY

MINIMUM WORDS 1000

GENRE: SCIENCE FICTION + ACTION

TAJUK: Aqil Fikri

GAYA BAHASA: PARADOKS DAN IMBAS MUKA

HANTAR: JUMAAT SEBELUM PUKUL 7 PETANG.

DISEDIAKAN OLEH: ARENAYIDIN / arenayidin

PENULIS: CikAnggun_

"Lambat laun Aqil akan tahu jugak abang. Tak selamanya kita boleh rahsiakan benda ni." Suara ibu memujuk. Resah bunyinya.

"Biar masa itu tiba. Sekarang kita perlu rahsiakannya selagi mampu. Saya tak nak nyawa Aqil jadi taruhan!" Keras suara ayah membidas. Menunjukkan dia tidak setuju dengan cadangan ibu.

"Woi! Kau termenungkan apa?" sergah satu suara sekaligus membawa terbang jauh lamunanku sebentar tadi.

Bayangan ibu dan ayah hilang diganti dengan wajah kawanku yang sedang menjongket kening menanti jawapan.

"Tak ada apa." Aku cuba berahsia. Naim menggeleng tidak percaya. Dia mengambil tempat di sisiku.

"Aku kenal kau bukan sehari dua. Kita membesar sekali, Qil. Aku tahu kau ada sembunyikan sesuatu kan?"

Naim memandang wajahku lama. Aku mengeluh. Tewas juga dengan pandangan Naim itu.

"Semalam, aku tidak sengaja terdengar perbualan ibu dan ayah. Tapi cuma separuh je la aku dapat dengar."

"Apa yang kau dengar?" soal Naim ingin tahu.

"Entahlah, aku pun tak faham sangat. Cuma yang aku tahu, diorang ada rahsiakan sesuatu dari aku dan rahsia tu boleh mengancam nyawa aku," ujarku tidak yakin.

"Ada kaitan dengan bilik bawah tanah yang kau cerita tu ke?" Aku berpaling ke arah Naim tatkala itu yang terluah dari bibirnya.

Bilik bawah tanah.

Kenapa aku tidak teringatkan bilik itu? Mungkinkah ada kaitan antara keduanya?

"Kau rasa?" soalku pula. Naim mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Kita takkan tahu kalau kita tak pernah cuba nak masuk dalam bilik tu. Mana tahu kita akan jumpa sesuatu."

Cadangan Naim buat aku berfikir dua kali. Ada betulnya juga apa yang dia kata.

"Petang ni kita try masuk tengok."


***

Petangnya kami terus menuju ke arah terletaknya bilik itu. Di bawah tanah rumah banglo dua tingkat ini. Ibu dan ayah tiada di rumah kerana keluar bersama mama dan papa Naim. Ini memberi kami peluang untuk menyelinap masuk.

"Aduh! Ada password la pulak!" bentakku perlahan. Masa yang ada tidak lama sebelum ibu dan ayah balik. Matilah kalau kena tangkap!

"Cuba birthday kau," cadang Naim. Pantas aku menekannya.

Ting!

Yes! Bukak pun. Aku dan Naim tersenyum lega. Kami terus melangkah masuk setelah pintu dibuka.

PenulisanKuWhere stories live. Discover now