Romance + Fantasy

15 6 1
                                    

TUGASAN 4 FEBUARI 2019

SHORT STORY

MINIMUM WORDS 1000

GENRE :: ROMANCE + FANTASY

TAJUK :: White Pearl

GAYA BAHASA:: SINKOPE, IMBAS KEMBALI

HANTAR :: RABU SEBELUM PUKUL 7 PETANG.

DISEDIAKAN OLEH : AMIEAFIS💙 /AmieAfis

PENULIS :: CikAnggun_

Dia menghirup udara pagi yang terasa nyaman dan segar. Daun menghijau di sekeliling memberikannya ketenangan.

Dia yang berkaki ayam terus melangkah. Membiarkan kaki merasa dan menyentuh rumput hijau yang basah dek hujan semalam.

Dengan hati yang riang, dia meneroka kawasan hutan hijau yang cantik itu. Menikmati flora dan fauna. Bukan selalu dia dapat ke mari.

Buk!

Tanpa sengaja dia terlanggar seseorang. Dek badannya yang kecil molek dan pastinya orang yang dilanggar itu bertubuh sasa, semestinya dia yang akan jatuh terduduk.

Terasa perit punggungnya. Ingin dimarahi orang itu, tapi salahnya juga. Ah! Tidak kiralah siapa yang langgar siapa, yang pastinya puncanya datang dari dia. Selalu menyusahkan orang.

"Maaf... maaf... maaf..." Kata maaf diulang banyak kali. Dalam hati mengutuk diri sendiri atas kecuaian yang terjadi. Tangan laju mengagau mencari sesuatu. Mana pulak dia terpelanting ni? Resah.

"Tongkat, cik." Lelaki itu menghulurkan benda yang dia cari tadi. Lantas tangan kalut mencari tangan lelaki itu pula untuk mengambil benda itu.

Tiba-tiba terasa tangannya ditarik lembut dan diletakkan tongkat yang dia cari tadi di atas telapak tangan. Lelaki itu membantunya bangun.

"Maaf." Sekian kalinya dia meminta. Rasa bersalah makin menebal. Lagi-lagi bila lelaki itu hanya berdiam diri sahaja.

"Eh, encik!" panggilnya pantas bila telinga menangkap bunyi tapak kaki orang mula berjalan. Dia berjalan ke depan dan berdiri di hadapan lelaki itu. Main agak sahaja akan kedudukan tempat lelaki itu berdiri.

"Awak tak terima maaf saya ke?"

Krik... Krik... Krik....

Senyap!

Jari dimainkan sesama sendiri. Tabiat ketika gelisah. "Kalau saya buat potret sebagai tanda maaf boleh?"

Senyap lagi!

Dia menganggap lelaki itu setuju sahaja lalu menyuruhnya duduk di atas batu yang terdapat di situ.

PenulisanKuWhere stories live. Discover now