Fanfiction

8 1 0
                                    

TUGASAN 5 APRIL 2019

SHORT STORY

JUMLAH PERKATAAN HENDAKLAH LEBIH 1500 DAN TIDAK LEBIH 2500 PATAH PERKATAAN

GENRE :: FANFICTIOTAJUK:: Izinkan Aku Pergi

QUOTE: RASA INI MEMBUAT AKU JADI GILA!

GAYA BAHASA:: BEBAS

ARAHAN ::

Peringatan, wajib menggunakan hanya artis dalam negara sahaja.

HANTAR:: SABTU SEBELUM JAM 7 PETANG.

DISEDIAKAN OLEH::
'''AmieAfis'''

AUTHOR:: CikAnggun_

UDARA segar dinikmati sepuasnya. Tangan didepa, merasai deru angin sepoi-sepoi bahasa yang menerpa wajah mulusnya.

Indahnya, Ya Allah!

"Bah!" sergah satu suara.

"Mak!" Ayda Jebat terjerit kecil. Kus semangat! Dia menjeling geram orang sebelah yang sedang berdekah-dekah mentertawakannya itu.

Kurang asam!

"Gelaklah lagi, gelak. Kuat lagi!" ujar Ayda Jebat geram campur sakit hati. Eii! Rasa nak cubit-cubit je.

"Alolo, sayang I ni marahlah. Okey, okey. I minta maaf eh..." Muka comel dibuat meraih simpati. Mata dikelipkan beberapa kali dengan bibir dicebik persis budak kecil.

Ayda Jebat menahan senyuman dari terukir. Melihat wajah Rezza Rosli membuatkan dia ingin tergelak. Namun wajah serius terus dikekalkan, kononnya masih marah.

Ingat comel ke buat muka macam tu?

"Tahu takut!" Ayda Jebat menganggkat muka bangga.

"Eh, mestilah I takut. Ingat senang ke nak pujuk sayang I ni? Merajuk dia boleh habis botak rambut I dibuatnya!" kata Rezza Rosli dengan wajah dibuat-buat serius. Sempat dia mengusap kepala, membayangkan kepalanya yang botak licin.

"Eii, geramnya I!" Pantas bertubi-tubi cubitan dihadiahkan kepada lelaki itu. Melepaskan semua rasa geram sejak tadi.

"Aduh, aduh. Sayang, sakitlah," rengek Rezza Rosli sambil tangan mengelak cubitan ketam kekasih hati. Menyesal pula dia terlampau mengusik gadis itu tadi.

"Tahu sakit. Nak lagi?" ugut Ayda Jebat dengan mata terjegil. Pantas Rezza Rosli menggeleng. Ngeri!

"You datang sini, tak kerja ke?" Ayda Jebat baru terperasan yang lelaki itu masih berbaju pejabat. Kalau dikira waktu pejabat masih berbaki tiga jam lagi.

"I balik awal," balas Rezza Rosli.

Ayda Jebat mengerut muka. "Boss tak marah ke?"

"Tak. Kebetulan I ada kerja dekat area ni, jadi I terus singgah ke sini. Malas nak patah balik ke pejabat."

Ayda Jebat mengangguk memahami.

"Macam mana you hari ni? Okey?" soal Rezza Rosli prihatin. Wajah yang sedikit pucat namun masih ada keayuan di situ dipandang.

"Alhamdulillah, I rasa sihat sikit. Mungkin sebab you ada teman
I," seloroh Ayda Jebat. Rezza Rosli tergelak kecil.

"Kalau macam tu, jom I teman you pusing satu taman ni. Mana tahu you makin sihat nanti." Rezza Rosli mula menolak kerusi roda Ayda Jebat mengelilingi tasik itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 11, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PenulisanKuWhere stories live. Discover now