10 | Wish

2.1K 286 48
                                    


Suami Upahan|PJM
Chapter 10

"Don't you feel better, now ?"

"Not as last night when you're hugging me"

Laju sahaja Aera berpaling. Kini matanya memerhati Jimin. Saat dia menyedari pandangan sang isteri, bibir mula dimuncungkan. Sengaja.

Sebab Jimin tahu dia comel.

" Jimin, saya bukan nak rosakkan suasana bahagia kita tapi.."

Wanita itu membisu di hujung ayat. Lebih menghairankan apabila matanya terpaku pada telefon pintar. Jimin mengerutkan dahinya. Tubuhnya merangkak menuju ke arah Aera.

Matanya kini mengintai apa yang skrin telefon paparkan. Senyuman nakalnya hilang.

" Jadi inilah sebabnya kau berlagak baik dengan aku ? Nice acting, Jung Aera!" Ketawa yang dibuat buat kini meletus. Aera tersentak. Pantas sahaja wanita itu berpaling dan cuba menenangkan suaminya.

Namun, tangannya ditepis.

" Jimin, please.. Saya cuma tak sangka ianya tak lama lagi! Takde niat disebalik layanan baik terhadap awak." Tubuh suaminya cuba dirapati. Tidak mahu kerana perkara ini, Jimin jatuh sakit lagi. 

" Itu yang kau tunggukan. Dari awal lagi sejak kita berkahwin. Kau selalu tanda kalendar. Aku diamkan saja sebab tahu aku ni diupah dan dikahwini. Bukan dicintai dan dikahwini.."

Suara lelaki itu mengendur pada hujung ayat. Tambah mengejutkan tika tangisan kecil mula mengisi ruang. Apa lagi? Tambah bersalahlah Aera dibuatnya!

" J-Jimin.."  Nama suaminya diseru.Aera bergerak mendekati Jimin sebelum tubuh lelaki itu dipeluk erat. Lelaki itu tidak menolak. Malah membalas pelukan dan esakannya menjadi semakin kuat.

Kenapa manja sangat ni?

Makin bertambah teruk situasi saat Jung Aera pula diserang sebak. Sumpah, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa beratnya dia ingin melepaskan lelaki ini pergi.

Park Jimin.

Suami upahannya yang membuat dia lupa tentang si bodoh yang tidak menghargai, Kim Taehyung.

Aera tidak dapat tahan lagi.

Empangan air matanya pecah. Namun bibirnya diketap supaya tidak menghasilkan sebarang bunyi tangisan. Apa pula tanggapan Jimin nanti? Berlakon simpati? Huh.

" T-takde cara ke nak batalkan perjanjian tu.." Jimin menyoal. Aera cuba menenangkan diri sebelum soalan lelaki itu dijawab,

" Ada. Tapi saya tak yakin ianya berjaya jika masa tinggal sesingkat ini" Jimin mengetap bibir. Pelukan dilepaskan. Wajah Aera kini dipandang namun wanita itu laju sahaja menundukkan wajah.

Tidak mahu wajah sembapnya kelihatan.

" Aku tahu kau menangis. Pandang aku sekarang. " Wajah wanita itu didongakkan serta merta.

Siapa sangka?

Sepasang suami isteri menangis  kini menatap diri masing masing.

" Apa caranya?" Suara serak Jimin kedengaran menyoal. Kedua belah bahu Aera dipegang.

" Saya me—mengandung, hiks.." Sekali lagi empangan air mata Aera pecah. Seleloknya tadi ianya berkurangan, kini ia semakin bertambah dan membasahi pipi.

Jimin terdiam. Sentuhan pada bahu Aera perlahan lahan dilepaskan. Lelaki itu terduduk di sisi isterinya. Kini air matanya pula menitis. Namun tidak seteruk Aera.

" Jadi betul lah, memang takde harapan. Kisah kita dah nak sampai penghujung yang menyakitkan, sayang "

.・゜゜・

Sejak hari itu, suasana rumah mereka bagaikan kelam sepenuhnya. Bergurau juga sudah tidak selalu. Tambahan lagi dengan Jimin yang kini diserang mual dan kerap pengsan berkali kali.

Kepala Aera buntu. Perasaannya turut risau.

Risau jika suaminya itu mempunyai penyakit serius. Kehilangan Jimin kerana penceraian masih lagi boleh diterima. Namun tidak seperti kehilangan kerana dia betul betul pergi.

" Jimin, awak okay sekarang? Pening dah kurang? Mual lagi ke?" Soalan dirinya hanya dibalas senyuman tipis dari lelaki itu. Ditambah lagi dengan mata Jimin yang bengkak.

Aera tahu setiap malam dia menangis. Jika disoal, dia takkan menjawab. Malah cuba mengelakkan diri dengan cara menukar topik perbualan.

" Aku terfikir, kalau kau disahkan mengandung selepas penceraian kita.. ada perjanjian ke?" Soalan Jimin menyentakkan Aera. Kenapa dia tidak terfikir selama ini!

Kini ingatannya kembali menyinggah.

" Awak kena berkahwin kembali dengan saya sebagai rasa tanggungjawab. Kalau tolak, saman akan dikenakan." Jimin terdiam. Keluhan dilepaskan sebelum dia berdecit kecil.

" Kalau kau bagitahu dari awal,  takde air mata akan dibazirkan, sayang. Nak kena gigit ke?" Jimin menunjukkan reaksi marah yang dibuat buat. Geram dengan sikap Aera.

" Awak ingat cerai ni main main? Cuba kalau saya tak mengandung? Lepas tu awak jatuh cinta dengan perempuan lain dan nak kahwini dia? Siapa yang merana nanti?" Kini Aera pula mula membidas.

Dia tidak main main!

Dia pastinya takut kehilangan lelaki itu.

" Pada awalnya kau yang main mainkan tentang penceraian ni. Bukan aku."

Aera diam. Terasa sebenarnya. Dan dia mengakuinya.

" Jangan menangis. Let's start trying from now."

" Maksud awak?"

" Hasilkan cinta atau lebih tepat  hasilkan bayi yang comel."


Bersambung

Jangan tanya.

Kerana ianya memang berlaku

 [OG] Suami Upahan | 15+ | 지민Where stories live. Discover now