28 | Illusion

516 62 16
                                    

Suami Upahan | PJMChapter 28

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suami Upahan | PJM
Chapter 28

" Kau kenal Jimin ke ? " Yoongi menyoal.

Dia terlebih dahulu memainkan peranan menghentikan suasana janggal antara mereka semua. Jay menggeleng laju. Kepala yang tidak gatal digaru.

" Salah orang kot. Abang saya muka ada iras macam dia, tak sangka pulak nama sama.. " Jay ketawa kekok.

Salah dia jugak main terjah je. Kan semua dah kaku tak bergerak.

" Ish, back to the point! Kenapa kau pilih nak balik sini tiba tiba? " Aera menukar topik. Soalan terus diajukan pada Beomgyu. Dia juga memberi isyarat supaya Beomgyu 'play along'.

Beomgyu mengangguk sekilas.

" Haaa sebabnya.... " Aera mengerutkan dahi menunggu jawapan.

" Sebabnya... " Giliran Jimin dan Yoongi pula berbalas reaksi antara satu sama lain.

" Nya... " Kini Beomgyu menumpukan pandangan pada Heeseung. Kedua belah kening diangkat angkat sambil bibir mencarikkan senyuman nakal.

" Sebabnya tekalah sendiri. Noona, Gyu penatlah. Ada bilik lebih tak? " Jejaka muda itu mulai bangun dari sofa. Tangan diangkat seraya tubuh diregangkan ke kiri dan kanan.

Semua seakan tidak percaya akan kelakuan Beomgyu. Tinggi kot harapan yang mereka letak pada dia!

"Noona.. Gyu tak gurau ni! Bilik kosong mana satu kitaorang punya? " Beomgyu mengerutkan dahi. Dia berpeluk tubuh. Wajahnya bereaksi tidak puas hati.

" Korang berdua ikut aku. Beomgyu, kau tidur luar"

" EHH MANA BOLEH MACAM NI! "

" Bolehlah rumah aku. Suka hati ah! "

.・゜゜・

Park Jimin membaringkan tubuh di atas tilam dengan keadaan mendepakan tangan. Nafas dihela melepaskan segala lelah seharian. Nasib baik dah mandi, kalau tak bernanah telinga dia tadah bebelan Aera.

" Macam macam kerenah budak Beomgyu tu. Kejap tanya ni, astu tanya ni pulak. Soalan dahla banyak personal. Haih, " Dia menggeleng kepala ke kiri kanan.

Jimin tersenyum.

" Tapi Aera happy sangat. Jadi takpela, " Tubuh lelaki itu mengiring ke sebelah kanan. Matanya menangkap kehadiran pokok kaktus kecil di hadapan tingkap. Dia bangun.

" Comelnya. Ni—" Senyuman Jimin mati. Wajahnya bertukar ke riak menyampah.

" Heh Yoongi bagi. Apa benda ganas sangat dia tu. Patutlah single. Cih" Pasu kaktus kecil itu ditolak sedikit. Jimin mengangkat wajah mengalih pandangan ke tingkap.

" Siapa.. tu? " Dua iris coklatnya menangkap susuk tubuh seorang lelaki berpakaian serba hitam dari jauh. Lebih menakutkan apabila pandangan lelaki misteri itu betul betul fokus ke arah tingkap Jimin berada.

Jimin mengetap bibir. Masih lagi tidak bergerak memerhatikan.

" Jangan cakap.. jantan ni stalker Aera ? "

" Stalker apa ni awak  ?! " Tubuh Jimin ditepuk dari belakang. Aera tersengih saat matanya dihadiahkan pandangan tidak berperasaan dari kekasih hati. Jimin menggeleng.

" Ada lelaki baju hitam. Perhatikan bilik ni" Ucapnya. Tanpa amaran, terus sahaja wanita itu membuka jendela. Kepalanya turut dijenguk ke luar melihat.

" Awak mengarut apa ni? Mana adalah! " Dahi Aera berkerut. 

" Tadi ada. Aku nampak. Dia pakai semua hitam dan betul betul tak bergerak perhatikan bilik ni. Lama kami berbalas pandangan sebelum kau datang,"  Jimin bersungguh sungguh cuba meyakinkan. Kedua belah bahu Aera dipegang lembut.

" Aip, Jimin. Mungkin betul atau bayangan awak sahaj—"

" Tapi, ini bukan.."

" Jimin, awak penat ni. Tak payah fikir sangat, huh? Tidur jom. Baby nak dengar awak nyanyi" Wanita itu tersenyum. Perutnya yang kempis diusap. Jimin mengeluh. Ubun ubun Aera diusap dan dikucup sekilas.

Tangan buah hatinya itu dicapai lembut.

" Jom, sayang "

.・゜゜・

" Good morning! " Beomgyu menyapa sebaik sahaja tiba di meja makan. Jay membalas dengan hanya mengangguk. Jimin menjuihkan bibir ke arah kerusi kosong meminta Beomgyu mengambil tempat.

" Kita nak pergi mana nanti? " Heeseung menyoal. Matanya ditumpu ke arah Aera.

" Suka hati koranglah. Aku ikut je."

" Serious eh? Bagus! Macam macam tempat Gyu dah pilih, "

" Dah bincang dengan member ke tu? "

" Eh mesti! "

Aera mengangguk tanda mengiyakan sahaja. Fokusnya beralih ke arah Jimin. Anehnya, jejaka itu kelihatan kaku. Pandangannya kosong melihat ke arah pinggan.

" Awak? " Lengan Jimin disentuh.

Lelaki itu langsung tidak tersentak. Malah, perlahan lahan dia melihat ke arah Jung Aera. Matanya kelihatan berkaca kaca. Namun, wajah masih lagi kosong tanpa reaksi.

Air mata Jimin menitis.

" Aku nampak orang kena bunuh, "

Aera terpaku.

" Jim—"

Jimin bangun terlebih dahulu. Dia terus melangkah pergi meninggalkan meja makan. Semuanya terpinga pinga. Aera mengetap bibir.

" Aera, Jimin kenapa? " Janice menyoal. Wanita itu tidak menjawab, hanya menggeleng sebelum dirinya turut bangun mengejar Jimin.

" Noona kau ada buat Jimin hyung marah ke apa? " Heeseung menyoal.

" Mungkin, " Terus sandwich dimasukkan ke dalam mulut.

.・゜゜・

" Janice, betul kau tak nak ikut ni? " Aera menyoal meminta kepastian. Janice membalas dengan gelengan.

" Aku keluar dengan Yoongi nanti. Dia nak bawak aku pergi mana entah, " Terangnya. Senyuman kekok dicarikkan pada bibir. Nanti mesti Aera salah faham akan hubungan dirinya dan Yoongi.

Mereka baru saja kenal. Tak mungkinlah.

" Jimin, awak betul betul okay ke ni? Serious nak ikut? " Kini soalan ditujukan pada Jimin yang baru sahaja melangkah keluar dari rumah. Jejaka itu berjalan mendekati. Wajahnya lebih tenang dari tadi.

" Kau expect aku percayakan Beomgyu ke? Kau dahla cuai, " Dahi Jimin berkerut. Matanya setia melihat Aera tanpa beralih. Tubuh Jimin ditolak Aera supaya berjalan terus ke arah kereta.

" Kitaorang pergi dulu lah, "

Langkah mereka terhenti saat melihat susuk tubuh seseorang mulai keluar dari perut kereta. Di tambah lagi dengan wajahnya yang kelihatan pucat dan tidak bermaya.

" Jay?"

Bersambung

 [OG] Suami Upahan | 15+ | 지민Where stories live. Discover now