14 | Let Go

1.8K 267 145
                                    

Suami Upahan | PJM
Chapter 14

" Aera.. "

Tubuhnya terasa digoncang perlahan. Aera mengerutkan dahi. Kelopak matanya kini sedikit terbuka. Wajah suaminya memenuhi pandangannya. Dia mencarikkan senyuman manis.

Pipi lelaki itu dicium sekilas.

" Baguslah kau bangun awal. Harini hari bersejarah.." Pantas sahaja tubuh wanita itu bangun. Wajah tiada senyuman suaminya dipandang lama sebelum tangannya mencapai telefon melihat kalendar.

Jadi betullah..

Hari yang sangat bersejarah.

Hari perpisahan mereka.

" Kita lari nak?"

" Kalau kena tangkap cerai jugak akhirnya. Tak perlulah, sayang" Senyuman tawar dihadiahkan sebelum dia bangun dari katil. Jimin mengeluh berat saat matanya tertancap pada gambar perkahwinan mereka.

Hatinya meraung tapi dia cuba bereaksi tenang. Tidak mahu cinta hatinya bertambah khuatir.

" Jimin.. "

Namanya diseru. Tubuhnya berpaling dan pantas sahaja Aera memberikan dakapan erat. Wajah disembamkan pada dada si suami.

" T-taknak hilang awak.. k-kenapa kena lepaskan awak hm?" Dapat jejaka itu rasa dadanya mulai panas kerana air mata si Aera. Tubuh yang lebih kecil itu didakap kembali dengan erat.

Melepaskan segala rasa yang tidak dapat diluahkan melalui bicara.

Park Jimin kalah.

Air mata jantannya menitis akhirnya.

" J-jangan lepaskan.. nanti d-dah... hiks! T-tak boleh.. p-peluk kau" Esakan lelaki itu memenuhi ruang. Rasa yang ditahan selama 7 hari ini dilepaskan juga.

Walaupun dia tahu ianya tidak akan mengubah apa apa. Jung Aera tidak akan selamanya kekal bersamanya.

" Janganlah menangis.. saya tak kuat"

Tubuh Jimin dipeluknya erat lagi.

Benar, dia tidak mahu lepaskan lelaki itu.

・゜゜・

" Mahkamah mengesahkan Park Jimin dan Jung Aera sah bercerai"

Tok! Tok!

Saat nama mereka diucapkan, air mata Aera laju membasahi pipi. Jimin bukan lagi suaminya. Sempat matanya memerhati susuk tubuh lelaki itu yang nyaris terduduk tika penceraian mereka diumumkan sah.

" Jimin, kau okay tak ni? Muka kau pucat sangat ni hm" Min Yoongi menyoal. Dia juga hadir ke perbicaraan. Takut jika sahabatnya bertindak diluar kawalan.

Gelengan diberikan sebagai jawapan. Langkah kakinya menuju ke luar dari dewan perbicaraan diikuti Yoongi dari belakang.

Namun langkah Jimin terhenti saat matanya menangkap kejadian yang sangat tidak menyenangkan baginya. Laju sahaja Jimin melangkah ke arah situ.

Yoongi juga mengikuti walaupun langsung tidak memahami.

" Lepaskan tangan dialah, bodoh!" Tangan Aera direntap kasar dari pegangan seorang lelaki.

Namun, Taehyung tidak terkesan sedikit pun. Malah dia ketawa kuat.

" Dah cerai pun masih lagi nak tunjuk ada hak, huh? Stay away! Dia bukan milik kau lagi, Park Jimin! Kau nak kena saman ke macam mana?" Baru sahaja Taehyung ingin mencapai Aera kembali, tubuh kecil wanita itu disorokkan terlebih dahulu.

" Cerai tak cerai. Hak tak hak. Aku tetap akan jaga dia dari lelaki setan macam kau ni! " Tajam sekali empat pasang mata itu berbalas pandangan.

Dan seseorang mengambil langkah berani dengan mencelah,

" Jimin, kau buang masa aku je berdiri kat sini dengar kau gaduh dengan dia. Kau lupa ke ha?"Tubuh Jimin dan Aera ditarik supaya menjauhkan diri dari Taehyung.

Sempat dada Kim Taehyung ditolak sambil wajah lelaki itu tersenyum sinis.

" Apa kau ni hyung. Lupa apa lagi?!"

" Lupa yang cikgu tak pernah ajar kita bahasa anjing. Tapi kenapa kau begitu fasih sampai dapat melalak sekali, huh?"

Aera mengerutkan dahi. Anjing? Ayat tu kedengaran sangat tidak asing.

Ah, lupakan!

" Baik kau berambus sebelum kau jadi mangsa bunuh aku yang ke 100. Kau fikir aku tak pernah membunuh huh?"

Taehyung terdiam. Ya, dia agak berasa takut dengan Min Yoongi. Kerana aura yang lelaki itu hasilkan terasa negatif. Jadi tidak mustahil jika lelaki itu betul betul memaksudkannya.

" Jaga elok elok Aera kau. Takut kalau terlepas pandang nanti, dia dah mengandung anak aku HAHAHAHAAHA" dan terus sahaja Taehyung melangkah penuh gaya menuju ke arah kereta mewah.

Yoongi mengetap bibir geram. Kasutnya dicabut dan dilontarkan.

Dan ianya tepat mengena pada kepala Taehyung.

" Kim Taehyung. Sangat berguna untuk aku suatu hari nanti." Dia mencarikkan senyuman sinis.

.・゜゜・

" Jaga diri kau elok elok. Hiraukan apa benda setan tu cakap. Okay? " Pipi Aera diusap perlahan sambil lelaki itu mencarikkan senyuman manis.

Namun tangannya ditepis kuat oleh Aera.

" Kita kena cuba move on, Park Jimin."





Bersambung

Do you love Min Yoongi ?

Bias wrecker aku tu nyah.


Tags!

enolkim Gallataemolla LUVHARUTO piqakookie_ JIMINEZZ rawrrmints

 [OG] Suami Upahan | 15+ | 지민Where stories live. Discover now