12 | Gone

2K 298 126
                                    

Suami Upahan | PJM
Chapter 12

┈┈•.・゜゜・•┈┈

Sweet Reminder <3
started using pov .

Jung Aera's POV

Telinga aku.. tak salah dengar kan?

Aku mengandung. Tapi anak aku dah hilang dari rahim aku? Dan itu semua disebabkan oleh hubungan kami semalam ?

Jadi, salah aku sendiri?

" Aera, jangan diam sayang. A-aku tahu aku penyebab semua ni." Pujuk Jimin. Tangannya teragak agak mengenggam tangan aku. Mungkin dia agak terkejut.

Kerana aku langsung tak menepis.

Aku lain.

Aku bukan heroin fanfiction penulis cerita ini yang lama lama tu. Mereka lemah, paling tak lemah pun si Jeon Alice.

Tu pun sebab dia hantu.

" Aera, jangan cakap kau dah mula meroyan!" Tempikan Jimin membuat aku tersentak. Laju sahaja aku menumpukan perhatian penuh kepadanya.

" Taklah.. Tak payah risaulah, Jimin. Saya okay. Tipulah kalau saya tak sedih, tapi benda dah nak jadi hm. Lagipun yang mintak ganas ganas tu.. saya sendiri "

HA DIAM DIAM. JANGAN NGUMPAT AKU.

Nafsu gajah merasuki, kau apa tahu.

" Tapi aku yang melebihi had.. sampaikan anak kita ! Lepas ni dah nak cerai.. Lepas tu k-kau langsung tak pregnant. Macam mana nak kahwin balik? Dahla kau tulis perjanjian bercerai ni tidak boleh dibatalkan melainkan isteri mengandung.. Kenapa kau macam ni , Aera?"

Ya, kata kata tanpa sedar Jimin tu..

Betul betul ditujukan khas untuk aku. Aku yang bodoh sebab create perjanjian tu tanpa fikir panjang. Jadi tengok lah sekarang.

Hancur semuanya.

" Bukan salah awak, Jimin.. benda dah jadi. Awak patut terima dengan seadanya. Hm?" Air mata yang mengalir aku usap perlahan. Jimin menggelengkan kepala.

" Anak kita, Aera.. anak pertama aku dan kau. Aku dah hilang dia. Dan satu hari nanti, kau pun akan tinggalkan aku.." Wajah lelaki itu semakin menunduk. Genggaman pada tangan juga turut diketatkan.

Tak nak lepaskan aku.

" Tak Jimin. Saya takkan tinggalkan awak. Saya akan cari cara nak satukan kita semula."

" Jangan menipu, Aera. Aku tahu dah takde cara lagi kita nak bersama sampai mati. Seeloknya kau akan berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dari aku. Dan akhirnya, aku sendiri atau lebih baik mati."

Air mata Jimin kini kering. Secara tiba tiba lelaki ini kelihatan sangat serius. Dan itu membuatkan aku diserang sedikit rasa takut.

" Jangan mengarutlah, Park Jimin! Setiap masalah ada penyelesaiannya!" Dahi dikerutkan seraya aku memberikan pandangan tajam pada suami aku sendiri.

Tindakan Jimin sangat mengejutkan. Lengan aku dicengkam kuat. Pandangan tajam dia menakutkan. Dan lengan aku, sakit.

Sisi ini.. tidak pernah dilihat.

" Masalah kita tak ada penyelesaiannya. Terima dengan hati terbuka." Intonasi suaranya, sangat menakutkan.

Dia tak perasan ke isteri dia tengah menangis ni?

" Bukan ke sebagai suami Jimin patut tenangkan Aera ? Tapi kenapa Jimin buat macam ni? Jimin tak kesiankan Aera ke?" Aku cuba memujuk.

Ia nampak lagi menyedihkan kerana esak tangis aku yang semakin teruk.

Aku dah mula rasa sedih.

Aku dah mula rasa kehilangan.

A-anak aku...

Seolah-olah sedar, lelaki itu mula melepaskan cengkamannya perlahan-lahan. Turun naik dada Jimin, cuba mengawal emosinya.

" Aera.. aku terlalu emosi. Maaf, sayang." Tubuh aku ditarik ke dalam dakapannya. Rambut aku turut diusap lembut. Cuba menenangkan aku yang semakin teruk menangis.

Anak aku..

Dia dah takde..

Telapak tanganku mula meraba raba kawasan perut. Ianya terasa kosong.

Itu buat aku panik.

End pov.

" Jimin.. k-kenapa kosong? Kenapa?"

Soalan perlahan isterinya sangat mengejutkan. Jimin melepaskan pelukan. Wajah tanpa reaksi Aera ditenung. Takkanlah Aera..

" Kenapa saya tak sedar kewujudan dia dalam ni selama ni? Ibu jenis apa saya ni? Belum sempat usap dia, sayang dia. Dia dah pergi. Ibu jenis apa saya ni?!"

Situasi bertambah panik tika Aera mula meronta ronta dengan teruk.

Jimin dengan pantas menekan butang khas untuk memanggil doktor.

" Sabar, sayang. Kenapa macam ni?" Aera cuba ditenangkan sedaya upaya. Tubuh wanita itu dipeluk erat. Dahi turut dicium. Ya, memang isterinya mula tenang.

Tapi,

" J-Jimin.. anak kita nak peluk jugak!"

Dan kini Jimin sedar, kalini memang seratus peratus salah penulis.


Bersambung <3

Jadi kesimpulannya, salah Jimin.

Habis isteri dia dah mula meroyan.

Haa chau lu 😢✌🏻

 [OG] Suami Upahan | 15+ | 지민Where stories live. Discover now