25 | Old Man

1K 180 84
                                    


Suami Upahan | PJM
Chapter 25

Suami Upahan | PJMChapter 25

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Double update!

.・゜゜・

" Kau tengok apa? Muka hensem aku?"

Yoongi menyoal. Wajah tidak puas hati ditayang. Sempat lagi bibirnya dijuih menyampah. Janice pula mengerutkan dahi. Salah ke dia tengok?

" Ish awak ni! Apa yang awak tak puas hati sangat? Saya tengok tv, salah! Saya tidur, salah! Dah tu saya tengok muka awak je lah," Bantal kecil yang berada disofa dibaling geram. Yoongi tepis.

"Eh kau banyak termenung tau! Ish. Fine, aku lapar sekarang ni! Kau tak reti masak ke? Tunjuklah commonsense kepada lelaki yang kena paksa jaga kau datang sini. Nanti kalau suami kau datang, mahunya aku tergolek dulu sebab tak cukup tenaga!" Bebelan Yoongi dibalas gulingan biji mata.

Janice mula bangun. Sekali lagi bantal dibaling geram ke arah wajah Yoongi.

"Saya pandai masak, okey! Nama pun isteri orang, bukannya isteri kambing"

" Muka kau macam kambing. Hehehehe" Langkah wanita itu terhenti. Perlahan lahan tubuh itu berpaling ke arah Min Yoongi.

" Awak cakap apa Encik Min Yoongi?"

" Aku nak tidur lepas tu kena kira berapa ekor kambing. Haa, satu kambing. Dua kambing. Tiga kambing.." Bantal dicapai dan diletakkan pada bawah kepala. Kelopak matanya ditutup.

Janice berdecit. Dia mula menapak ke dapur.

Hilang sahaja kelibat wanita itu, Yoongi membuka mata. Senyuman kecil dicarik. Ini sebahagian dari terapi sebenarnya. Dia berjaya buat Janice berhenti termenung dan alihkan fokus.

Iyalah, mana Yoongi tak serabut tengok Janice asyik dalam dunia sendiri. Lagipun dia pun dapat faedah.

Pemikiran tak serabut, perut pun kenyang nanti!


.・゜゜・

" Doktor cakap apa tadi? Aku tak sempat dengar sekali," Jimin menyoal sebaik sahaja masuk ke dalam wad tersebut. Aera tersenyum tawar. Kepala yang tidak gatal digaru. Dia mengetap bibir.

" Erm, saya t-terlalu penat katanya. Hanya perlukan rehat yang cukup," Jawapan wanita itu mengundang perubahan air muka Jimin. Dia mendengus. Inilah yang paling dia marah!

" Haa tengok. Itulah kau, degil lagi lain kali! Lepas ni tak payah gatal sangat buat kerja rumah lebih lebih. Nasib baik aku balik cepat tau," Telinga Aera ditarik geram. Wanita itu mengaduh sakit.

Tangan Jimin ditepuk beberapa kali.

" Ini salah awak okay. Sakitlah, Jimin!" Perbuatan jejaka itu terhenti. Dia tak salah dengar bukan? Eh dia pula yang dipersalahkan! Inilah sifat perempuan, salah sendiri tak nak mengaku!

" Salah aku pulak dah? Nasib baik kau comel, kalau tak sekarang aku tumbuk," Jimin mengecilkan mata. Pipi Aera dicubit geram. Sekali lagi wanita itu mengaduh sakit. Lengan jejaka itu ditahan.

Dua pasang mata cantik memerhati pergelangan kekasih hatinya itu. Ada sesuatu yang pelik dan kelihatan janggal.

" Mana jam tangan hadiah saya beri tu, Jim ?" Soalan Aera mengundang kerutan dahi. Tangannya sendiri dibelek. Lalu tubuh diraba raba mencari barang penting itu.

Eh! Ke mana perginya?

" Awak dari mana tadi, sweetheart? Mungkin awak tertinggal kat situ. Cubalah cek," Suara lembut itu cuba menyejukkan hati supaya berfikir positif. Dia turut tersenyum manis.

" Erm, aku cuba pergi cari dulu. Kau tunggu kat sini okay, sayang. Janji tak lama tau," Sempat dahi Aera menerima kucupan sekilas dari Jimin. Wanita itu tersenyum.

.・゜゜・

" Mana jam tu?" Jimin bermonolog sendiri. Matanya meliar disetiap sudut. Biasan diri ditenung sebelum paip dibuka. Air ditadah sebelum diratakan pada wajah. Rambut turut diraup ke belakang.

Dia melirik ke kanan dan tersenyum senget.

" Sekali lagi? Heh," Wajah sinis Jimin kini berubah riak tidak puas hati. Decitan menyampah terus keluar dari mulut. Dia mula berpusing tubuh.

" Kau nak buat apa lagi? Keluarlah. Ha culik aku cepat bawak terus ke perempuan tu," Susuk tubuh itu mula keluar perlahan lahan. Dia tersengih kekok.

Baru fikir nak culik Jimin cara stylo tadi. Habis, hancur terus. Bencinya!

" Em tuan muda jangan salah faham dulu! Saya langsung takde niat menculik. Tugas saya hanya bawa tuan muda jumpa tuan. Jangan risau! Tuan tak jahat. Jangan ragu ragu," Ucapnya. Sedaya upaya meyakinkan Jimin.

Jejaka itu hanya diam. Namun, matanya sedang menilai perilaku lelaki di hadapannya. Nampak lebih muda dan agak naif.

Ah, dia tak boleh terpedaya lagi!

" Okay aku ikut. Tapi jangan terlalu lama. Someone waiting for me," Pesanan Jimin dibalas anggukan laju.

" Tuan muda kena pusing dulu sebelum tu. Kena membelakangi saya," Pinta lelaki muda itu. Ternyata ianya mengundang kerutan dahi Jimin. Tapi dia tetap akur. Tubuhnya berpusing.

Tanpa amaran, terus belakang leher Jimin dipukul kuat.

Bukk!

Tubuh itu jatuh tidak sedarkan diri. Lelaki itu melompat gelabah.

" T-tak mati kan? Ish, bodoh betul kau ni Beomgyu!" Dahinya sendiri ditepuk kuat. Beomgyu mengaduh sakit.

.・゜゜・

" Jimin.. ooo Jimin. Park Jimin ui"

Mata lelaki itu mula bergerak gerak. Namanya terasa diseru oleh satu suara kasar. Jimin mengerutkan dahi seraya rasa sakit mula menyerang. Dia mengaduh.

" Jimin?" Sekali lagi dia dipanggil. Kelopak matanya kini terbuka luas. Wajah yang berada di hadapannya kini diamati lama. Bibir Jimin bergerak gerak seolah ingin menyatakan sesuatu.

" Who are you, old man?" Dada lelaki tua di hadapannya ditolak supaya menjauhkan diri. Dia berasa agak tidak selamat. Si tua hanya tersenyum.

Dia tahu inilah yang akan berlaku.

" So it's true. Kamu hilang ingatan,"

Apa pendapat anda semua?


Bersambung ♡

baeehoneyy ABAH_KOOK antiromantic- itsdeehere Gallataemolla

 [OG] Suami Upahan | 15+ | 지민Where stories live. Discover now