11 | Blood

2K 300 111
                                    


Suami Upahan | PJM
Chapter 11

"Jimin..."

Perutnya yang tidak berlapik terasa disentuh. Namun, lelaki itu memutuskan untuk mengabaikan sahaja kerana suara rintihan itu belum sampai ke telinga. Fikirnya Aera hanya membetulkan posisi tidur agar lebih selesa.

"J-Jimin.." Kini rintihan itu kedengaran.

"Ya, sayang. Kenapa panggil hm?" Dengan suara yang serak, Jimin menyoal. Matanya masih lagi tertutup. Tapi dia sedar. Dan menunggu jawapan dari isterinya.

" Sakit.. Jimin.. t-tolong saya.." Rintihan Aera mengerutkan dahi Jimin. Kasar sangatkah dia? Sehinggakan wanita itu menghadapi rasa sakit yang amat? Tubuh lelaki itu mulai bangun berposisi duduk dalam keadaan mamai.

" Sakit sangat ke? Nak aku keluar cari ubat?" Soalan Jimin dibiarkan sepi tanpa jawapan. Jejaka berposisi suami itu menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Tubuh isteri didekati.

Ternyata Aera masih lagi merintih sakit. Namun dengan intonasi yang lebih perlahan. Faktor itulah yang menyebabkan suaranya tidak singgah pada telinga Jimin.

" Aera, nak aku beli ubat ke hm? K-kenapa kau berpeluh teruk ni?" Jimin menyoal sekali lagi. Seratus peratus dirinya sedar sebaik sahaja tangannya menyentuh wajah wanita itu.

" P-perut saya..itu yang sakit.. t-tolong.." Jimin mengeluh lega. Fikirnya ianya akibat daripada tingkah ganasnya semalam. Namun tidak.

Tubuh isterinya dihampiri.

Perasaan lega Jimin tiba tiba terhapus.

Kerana tangannya merasakan permukaan yang basah pada katil. Lebih merisaukan lokasinya sangat hampir dengan peha si Aera. Tanpa membuang masa, Jimin bangun dan membuka lampu.

Mata lelaki itu membulat tika melihat permukaan cadar yang putih kini bertukar merah.

"S-sayang, kenapa kau bleeding teruk ni?" Soalan itu dibiarkan tidak berjawab.

Kenapa?

Kerana Jung Aera sudah tidak sedarkan diri.

Apa lagi? Makin bertambah paniklah Jimin! Baju t-shirt yang berada di atas lantai terus sahaja disarungkan pada tubuh. Kunci kereta turut dicapai laju.

Tubuh isterinya dicempung sebelum lelaki itu berjalan keluar dari bilik. Dan sudah pastinya ingin membawa Aera ke hospital.

.・゜゜・

Pandangan kaburnya kini perlahan lahan dihiasi siling putih. Bau ubat-ubatan yang kuat kini menyinggah hidung. Wanita itu mengerutkan dahi sebaik sahaja perutnya diserang sakit. Tapi sakitnya tidak seperti semalam.

Semalam !

Ya, baru dia sedar dirinya kini berada di rumah sakit. Tubuhnya bangun untuk berposisi duduk secara menyandar.

Klek—

Bunyi pintu yang dibuka membuat dia segera berpaling. Normal kerana figura yang membuka pintu suaminya, Park Jimin. Tetapi apa yang tidak normal adalah wajah sembap lelaki itu yang kelihatannya baru sahaja habis menangis.

" Jimin? Kenapa muka awak macam tu huh? S-saya sakit teruk ke? K-kanser?" Soalannya dibalas gelengan laju. Tapi Aera masih lagi tidak berpuas hati kerana lelaki itu diam tidak mengeluarkan suara.

Tambahan lagi, Jimin kini menangis teresak esak. Sebak kerana melihat wajah polos isterinya. Dia tahu, semuanya berpunca dari dirinya yang bodoh!

Semuanya salah dia sendiri.

Bukan salah Aera.

" Jimin, please! Tell me what's going on ! Kalau saya langsung tak berpenyakit tapi kenapa reaksi awak macam ni?" Tangan wanita itu kini memegang kedua belah bahu suaminya.

Jimin semakin sesak dengan perasaan bersalah. Air mata lelaki itu semakin laju. Mulutnya bergerak untuk mengeluarkan kata. Menjawab soalan isterinya.

"K-kau keguguran..an-anak kita dah takde"

<Flashback>


" Jimin" Suara seseorang menyentakkan lamunan Jimin. Pantas sahaja dia bangun dan mendekati lelaki yang pastinya doktor yang merawat Aera.

" Kau dengan isteri kau ada berhubungan secara intim ke beberapa jam yang lalu?" Jimin mengangguk dengan teragak agak. Mindanya kini diserang rasa pelik.

" Tak salah kau nak berhubungan masa Aera mengandung. Tapi tak boleh terlalu kasar dan ganas. Pendarahan Aera terlalu teruk sampai kitaorang tak dapat selamatkan bayi korang berdua. Kau kena kuat, Jimin."

Masa seolah olah terhenti seketika. Jimin terpaku.

Apa doktor merangkap rakannya itu tersalah cakap ataupun pendengarannya yang bermasalah? Ataupun itu hanyalah halusinasi dan Min Yoongi sebenarnya hanyalah khayalan semata mata?

"Me-mengandung? Keguguran?" Soalan Jimin pula mengundang rasa pelik Yoongi. Bahu Jimin ditepuk dengan riak wajah menyoal.

" K-kami tak pernah tahu, hyung. Aera tak pernah ada simptom mengandung sebelum ni.."

" Kau ada? Pening? Rasa nak berkepit? Asyik mual? Sebab simptom tu tak semestinya isteri je yang sepatutnya kena.. WOI!"

Terjerit Yoongi sebaik sahaja tubuh Jimin jatuh melutut di atas lantai. Rakannya itu menangis dan sehingga sekarang menyalahkan diri sendiri.

" M-maafkan aku, sayang.."

Ini sebenarnya bukan salah kau Jimin, tapi salah aku. Aku yang menaip kisah kau.

Bersambung

kata kata manis untuk penulis?

miau! ( ͡°³ ͡°)

 [OG] Suami Upahan | 15+ | 지민Where stories live. Discover now