Di Sunnova Station

4.4K 157 24
                                    

Fang dah hampir setengah jam duduk kat bilik dia tak buat apa-apa. Di sebabkan kebosanan menyerang, maka dia pun keluar berjalan-jalan tanpa hala tuju. Tak sengaja pula bayangan wajah  crush dia muncul di fikirannya.

Fang POV

Aku, Boboiboy dan semua yang berada di Station Tapops sekarang tinggal di Sunnova Station sebab Station Tapops dah musnah dalam peperangan antara Boboiboy dan Kapten Vargoba.

Sekarang ni, aku tengah bosan sebab takde apa nak buat. Jadi aku pun keluarlah berjalan-jalan untuk menghilangkan rasa bosan dan secara tak sengaja aku terbayangkan wajah seseorang, crush aku. Korang pun tahu siapa, kann?😏

Tengah aku berjalan, aku tak sengaja melalui bilik perbincangan dan terdengar suara orang bercakap. Suara ni macam... Laksamana Tarung dan Komander Ciciko. Aku pun curi-curi dengar apa yang mereka bincangkan.

L.Tarung: Aku rasa kita kena hapuskan dia. Dia akan membawa risiko besar kepada Sunnova Station dan semua orang.

K.Ciciko: Mungkin. Boboiboy mungkin akan memusnahkan Sunnova Station seperti masa dia mengalahkan Kapten Vargoba di Station Tapops dulu. Dia hampir membunuh semua orang.

L.Tarung: Kau kena bagitau Yaya, Ying dan Gopal sebab mereka kawan rapat Boboiboy. Lebih senang untuk kita hapuskan dia. Tawarkan diorang ganjaran sekiranya berjaya.

Aku kena cepat bagitau Boboiboy tentang perkara ni!

End of Fang POV

*Sementara itu...*

Boboiboy keluar berjalan-jalan di Sunnova Station. Ada banyak tempat yang dia tak pernah tengok sebelum ni. Dia teruskan berjalan sehingga dia tiba di hadapan sebuah bilik yang berlabel 'Perpustakaan Fail Sejarah Terdahulu.' Boboiboy pun masuk dan ternampak banyak fail. Dia mula memeriksa fail-fail itu dan terjumpa sebuah fail di salah satu rak yang menarik perhatiannya. Dia ambil fail tu dan bawa keluar sebab tak nampak sign board yang tertulis' Di Larang Membawa Fail Keluar Tanpa Kebenaran' padanya.

Boboiboy berjalan hingga ke biliknya dan secara tak sengaja terlanggar Fang yang tengah cari dia.

To be continue...~🌹

Hello,
Harap korang enjoy citer ni.😘😘😘

Dendam Kami (Boboiboy, Fang and Kaizo)Where stories live. Discover now