Kembali

2.8K 146 27
                                    

   Fang sedang asyik memandu kapal angkasa abangnya sebab Kapten Kaizo kata dia nak berehat kejap. Padahal si Kapten tu pandu tak lama pun. Saja je nak bermalas-malasan. Nak cas tenaga katanya.

  Boboiboy pulak dah tertidur di sebelah Fang. Kepalanya  bersandar di bahu Fang. Hati Fang tiba-tiba berdegup kencang (macam gendang kena hentak guna sudip). Perasaan dia bercampur-baur. Pelik semacam. Muka dahlah merah cam nak meletop. Dia rasa cam nak tolak je kepala si Boboiboy tu, tapi... Alahai, comel sangat😆

  Dia nafikan jer perasaan pelik tu walaupun dia tengah menggeliang-geliat. Abang dia duduk tengok je sambil goyang kaki. Makin lama, makin bosan maka makhluk yang bernama Kaizo tu pun terlena di buai mimpi.

  Sejam kemudian....

  Boboiboy bangun apabila pipinya di cubit lembut oleh Fang. Dia lihat di sekelilingnya, baru dia sedar yang diorang dah sampai kat Sunnova Station. Dia terus bangun Dan berlalu ke dapur sekejap, nak ambil kopi. Kapten Kaizo pulak masih lagi tertidur mati. " Woi, bangunlah Kapten. Dahlah muka cam berok masa tidur." Kapten Kaizo dalam tak sedarnya menampar muka Fang dan membebel tak jelas dalam tidurnya. Fang geram lalu menampar pipi si Kapten dengan buku limanya. "Woi, bangun!" Fang menjerit di telinga Kapten Kaizo.

  Boboiboy yang berada di dapur terkejut berok dan berlari semula ke arah Fang dan Kaizo. Kaizo terus bangun dan duduk. Dia memandang Fang tak puas hati lalu menumbuk perutnya. "Tak guna kau, Landak. Berani kau sentuh aku yang hensem ni dengan tangan kau yang busuk tu?!" Marah Kapten Kaizo. " Dah dia yang tak nak bangun." Jawab Fang sambil memegang perutnya yang ditumbuk oleh abangnya yang durjana. Kaizo turun dari kapal angkasa, meninggalkan Fang yang sedang membebel Dan Boboiboy yang sedang terpinga-pinga kat situ. "Ingatkan apalah tadi. Kau okay ke, Fang??" Tanya Boboiboy. "Aku okay." Jawab Fang ringkas dan mereka turun bersama-sama.

Sebaik sahaja mereka sampai ke  hadapan pintu utama Sunnova Station, pintu tersebut terbuka dan terpampanglah wajah serius Laksamana Tarung. Boboiboy dan Fang dah gentar separuh mati. "Kat mana kamu pergi tadi?!" Dia bertanya dengan marah. Tetapi kemarahannya hanya dibalas dengan tatapan maut dari Kapten Kaizo. " Saya, Boboiboy Dan Fang cuba kejar pencuri Power Sphere tadi. Dia dah berjaya larikan diri ke lokasi ni." Tipu Kaizo sambil memaparkan maklumat palsu itu kepada Laksamana Tarung. Dan penipuan tu berjaya dengan mudahnya. Laksamana tarung tertipu. Siapa yang tak percaya kata-kata seorang pahlawan yang terbilang dan telah berkhidmat kepada Tapops sejak dari umurnya baru 10 tahun?? Sehingga dia menjadi seorang Kapten yang dipandang hebat kerana ketepatan maklumat yang diberikannya dan sentiasa berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna.

Tapi sekarang, dia bukan lagi seorang pahlawan yang dikenali para anggota Tapops dulu. Dia adalah Kapten Kaizo, yang akan memusnahkan Tapops dan membalas dendam untuk Ibu, ayah, Fang dan adik baharunya, Boboiboy.

"Kalau Tapops tak bunuh Mama dan Papa dulu, aku dan Fang mungkin mendapat hidup yang lebih baik. Fang mendapat kasih sayang yang cukup, dan Boboiboy dapat jumpa atok dan cuba selamatkan atok dia daripada dibunuh oleh pemburu power sphere yang sedang memburu Ochobot semasa mereka dalam misi." Itulah apa  yang dikatakan oleh hati Kaizo. Dan dia tersenyum dalam diam kerana dia sudah menemuinya, sesuatu yang Sudah lama dia cari, pembunuh kedua ibu bapanya.

 
TBC>>>
Hello, I'm backkkk!😀
Sori, lama pulak tak update. Saya sibuk kebelakangan ni dan jadi makin sibuk sebab exam akhir tahun dah nak dekat. Btw, kalau ada typo abaikan jer. Sorilah kalau BM saya tu ada banyak kesalahan. Mungkin saya akan panjangkan cerita di setiap chapter supaya chapter tak banyak.

That's all. See you later😁

Dendam Kami (Boboiboy, Fang and Kaizo)Where stories live. Discover now