I'm falling in love

3.3K 136 55
                                    

  Fang dan Boboiboy masuk ke dalam kapal angkasa Kaizo. Untuk memastikan perbualan mereka betul-betul tak didengari sesiapa, Kaizo memandu kapal angkasa jauh sedikit dari Sunnova Station.

   "Dari perbualan Laksamana bersama dengan aku tentang maklumat palsu yang aku bagi dia baru-baru ni, dia cakap dia akan bawa sekumpulan besar anggota Tapops termasuk Yaya, Ying dan Gopal untuk tangkap pencuri tu dan sekaligus musnahkan kau, Boboiboy. Jadi aku rasa kita patut bersedia."

"Bila serangan tu akan dilaksanakan?" Boboiboy bertanya. "Hmm, dalam dua hari lagi." Balas Kapten Kaizo. "Jadi macam ni, ki-" belum sempat Kaizo menghabiskan ayatnya, sebuah signal dikesan, dan signal tu ada di dalam kapal angkasa. Kaizo memberikan isyarat kepada Fang dan Boboiboy untuk mencari punca signal tu secara senyap.

  Fang dengan secepat kilat berlari dan menangkap makhluk yang menjadi punca signal tu. Alat untuk berkomunikasi yang dipegangnya tercampak ke arah Boboiboy. Dia memijak alat tu sehingga rosak dan pecah. Kaizo berjalan perlahan ke arah Fang dan Alien yang diikat oleh Fang dengan jari-jemari bayang. Wajahnya jelas memaparkan reaksi yang menakutkan, membuatkan Alien tersebut takut.

   "Kau...siapa yang hantar kau ke sini?!" Bentak Kaizo, Fang dan Boboiboy terlompat sedikit. Alien itu terkejut, rasa cam nak gugur je jantung. "Takde siapa-siapa. Aku cuma cleaner baru Tapops." Dia berkata apabila Kaizo mengeluarkan pedang tenaganya. "Oh, kau cleaner. Jadi apa pasal kau suka-suka je masuk kapal angkasa aku?" Tanya Kaizo bengang.

  "Kokoci suruh aku hantar barang ni." Dia menjawab sambil menunjukkan sekeping Fail. Kaizo mengambil fail tersebut dan melihat isinya. Huh, cuma arahan misi. Dia campak fail tu ke dalam tong sampah. Alien tu melopong tengok Kapten Kaizo. Kaizo menjeling Alien tu sekilas. 

    "Aku tak salahkan kau, Alien. Tapi kau dah dengar segalanya. Kau patut salahkan diri kau sendiri dan Tapops . Kalau kau tak menyibuk tadi, tak payahlah aku nak kerat kau hidup-hidup. Dan Kalau Tapops tak suruh kau hantar benda tu mungkin aku tak terpaksa buat macam ni." Kata Boboiboy dan Pedang Halilintar muncul di tangannnya. Muka Alien tersebut berubah pucat dan takut. Dia merayu supaya dilepaskan, membuatkan Fang muak.

   "Hoi, diamlah!!!" Marah Fang. Dia dan Boboiboy menikam alien bising tu dengan serentak. Darah memancut keluar dan Alien tu menjerit kesakitan. "Woi, kau ni tak reti nak diam ke?!" Kaizo rasa tertekan dan pancung kepala Alien tu. "Dah mampos baru nak diam." Kata Fang.

 
"Kita kena berhati-hati mulai sekarang. Sesiapa je boleh boleh gagalkan rancangan kita. Jadi sekarang, aku nak kita periksa kapal angkasa ni dengan teliti."
Arah Kaizo. Boboiboy dan Fang segara bertindak dan periksa seluruh pelusuk kapal angkasa dengan teliti. Sedang Fang sibuk memeriksa bilik mandi, dia terpijak sebuku sabun dan jatuh menindih Boboiboy yang tadi berdiri di hadapannya.

  Muka Boboiboy memerah, begitu juga dengan Fang. Agak lama mereka di posisi itu. Dan tak lama kemudian Fang terus berdiri dan keluar Dari bilik mandi tu, meninggalkan Boboiboy Yang sedang kebingungan. Jantung mereka berdegup kencang "Aku rasa aku dah jatuh hati" fikir mereka serentak. Mereka bergegas ke arah Kaizo sebaik sahaja Kaizo memanggil mereka.

  I'm backkk!!!

Takde benda penting pun, cuma nak bagitau, sebab cerita ni dah hampir nak tamat, saya nak publish cerita baru. Tapi nantilah bila dah tamat. Saya nak buat cerita pasal apa, eh? Sila kemukakan cadangan anda!!!

Dendam Kami (Boboiboy, Fang and Kaizo)Where stories live. Discover now