Bab 9

3.8K 144 11
                                    

Risha hanya menancapkan pandangan pada madam Suria yang sibuk menerangkan kepada mereka tentang tugasan yang perlu mereka buat bagi markah tambahan.

"Ok. Saya akan bagi point lebih jika kamu bagi kerjasama."kata madam Suria.

Semua student dalam kelas itu sudah
tersenyum.mereka tahu sangat madam suria tidak kedekut markah .madam Suria sangat disenangi oleh mahasiswa Dan mahasiswi di kolej Itu.

"Arisha saya nak awak pastikan takde yang miss tugasan dari saya ni.saya percayakan awak ."pesan Madam Suria pada Risha.

"Baik madam."anguk Risha sambil tersenyum .

Sebenarnya Arisha adalah mahasiswi kesayangan dekan.dia juga best student sekaligus memegang title anugerah dekan. Ada juga pensyarah muda yang meminatinya tapi dia hanya menganggap tidak lebih daripada seorang cikgu kepada pelajar. Mahu kena dia Dengan Asyraf kalau lelaki itu tahu.

"Baiklah. macam tu,saya terpaksa keluar awal.kalau takde apa yang korang nak tanya lagi. tapi apapun korang boleh tanya Risha, nanti dia akan inform saya."kata Madam Suria sambil mengemas barangan berura ura ingin keluar.

"Madam ada masalah ke?"tanya salah seorang pelajarnya.

"Eh takde ,saya kena lawat husband saya je ,dia kena warded .tercedera sikit je .tak teruk sangat pun."balas Madam Suria gembira dengan keprihatinan pelajarnya.

"Semoga cepat sembuh yah madam."balas yang lain lagi.

"Terima kasih .saya pergi dulu."kata Madam Suria seraya berlalu keluar.

"Risha kesian betul madam Suria tu kan. Patutlah aku tengok dia macam sedih je tapi takde pun dia moody."kata Nabila.

"Tulah aku pun kesian.takpe lah kita doa yang baik baik je.lagipun madam dah kata takde apa kan."balas Risha berfikiran positif.

Kesian juga dia pada Madam Suria .

"Hope macam tu lah.eh jomlah lepak cafe lepas ni aku nak balik bilik .takde kelas kan ."kata Nabila.

"Ha'ah lah .lupa pula lepas ni takde kelas .ok jomlah.Risha menepuk dahinya sambil tersengih .

"Apalah yang kau fikir ni sampai lupa,nak kata nyanyuk tak tua lagi.pelik."kata Nabila sambil mengelengkan kepala.

"Aku lupa je lah .banyak sangat nak kena ingatkan."kata Risha sambil menjeling Nabila.

"Cehwahh maka maka Asyraf tu je yang kau dok ingatkan."usik Nabila.

"Eh kau ni kan biarlah,tu wajib nak kena ingat tau.kau pun apa kurangnya.kata aku pula."tingkah Nabila sambil tergelak.

"Kau jangan nak samakan aku dengan kau eh.korang tu lain lah."kata Nabila sambil tersenyum sinis.

"Lain apa pula?"soal Risha.

"Yelah korang tu macam anjing dengan kucing .bila tak jumpa rindulah.tapi bila jumpa asyik gaduh je."tambah Nabil

"Eh bukan aku nak cari gaduh eh ,tu Asyraf."balas Risha tidak mahu kalah.

"Dah dah.aku lapar. perut aku dah buat konsert diwale kat sini."kata Nabila mengusap perutnya dia menarik tangan Risha pergi ke cafe.

Tertawa Risha dengan mimik muka Nabila yang sudah pasti kelaparan.manakan tidak sarapan tidak sempat menjamah apa apa hanya minum susu saja.

"Yelah yelah .jom."kata Risha mengikut langkah Nabila.

Mereka berlalu pergi ke cafe dengan bebelan Nabila. Yang mengatakan perutnya sudah semakin rancak berkonsert kaliini bukan diwale tapi konsert kpop.

Asyraf Mikael(Slow update)Where stories live. Discover now