Bab 16

3.6K 210 38
                                    

semua mata tertumpu pada pasangan yang baru saja menjejakkan kaki kedalam dewan hotel .para gadis pula sudah tentulah pada Asyraf mikael dan jejaka memang pada Risha.tidak tinggal juga ada yang tertanya tanya siapakah gerangan yang bersama boss mereka.sungguh jelita gadis kacukan itu.setahu mereka tuan mereka itu masih bujang.bertuahnya sudahlah sama cantik sama padan.jika benar gadis jelita itu kekasih boss mereka memang pandai tuan mereka yang jarang senyum itu memilih.

Asyraf mengambil tempat duduk yang berdekatan dengan pentas senang dia hendak memerhatikan Risha ketika berucap nanti.Risha pula sudah memerah wajahnya malu barangkali kerana menjadi perhatian malam ini.ramai betul yang memuji kecantikan Risha sewaktu dia mengenalkan Risha sebagai kekasihnya.

"ini ke kekasih kamu Asyraf.cantik sungguh pandai betul kamu carikan daddy kamu ni menantu yah."kata Dato Hisyam.mereka duduk semeja.

Asyraf mengaru kepalanya yang tidak gatal.segan .Risha sudah tersipu-sipu.sebenarnya dia tidak berapa selesa duduk dalam golongan berkerabat ini.tiba-tiba pula dia berasa tidak layak berdampingan bersama Asyraf.nasib baiklah hampir semua menerima hubungan dia dan Asyraf.

"Ha macam ni lah Hisyam Asyraf dengan si Risha ni dah lama sebenarnya.Risha ni masih belajar lagi."sampuk Dato Razali apabila melihat kedua-dua pasangan itu diam.anaknya ini pandai malu rupanya.

"macam kita muda-muda dulu juga Razali tapi kalau sudah sayang baiklah engkau percepatkan tarikhnya.kau tak teringin ke nak ada cucu.boleh aku tumpang sekali.anak aku si Faris tu entah sibuk benar dengan kerja tak tahu bila nak bawa balik menantu."luah Dato Hisyam pada Dato Razali.

Asyraf sudah memandang Risha dengan sengihan nakal .

"Insha Allah kira begitulah kan Asyraf."Dato Razali bertanya pula pada Anaknya.

"Daddy ,uncle saya bila masapun boleh je tapi Risha ni je banyak sangat alasannya."kata Asyraf sempat dia mengenakan Risha.

Belum sempat Risha hendak menjawab terdengar pengerusi majlis meminta Dato Razali dan Asyraf mikael untuk berucap kedepan.fuh selamat.

                                         🖤🖤🖤

"akak mummy mana?Hana cari dari tadi tak jumpa pun .peliklah ."Adu Hana punggung dilabuhkan sebelah Risha.

sekarang ini majlis makan sudah bermula semua sibuk menjamu selera.Asyraf pula sudah sibuk berborak dengan kenalannya.

"mummy dengan Daddy pergi jumpa kawan kut sebab tadi mummy yang kata macam tu.kenapa Hana?"soal Risha.

Risha tidak berasa kekok lagi semua staf Asyraf peramah belaka.sekejab saja boleh jadi geng dengannya.tidaklah rasa janggal .boleh pula Asyraf abaikan dia kata sekejab je .punya lama.

"Takde apa, Hana lapar ,belum makan lagi. ni akak dah makan ke?jom kita cari makan.dari tadi Hana terliur tengok makanan dekat sini semua nampak sedap lah ."luah Hana tersengih nasib baik Ada akak Risha memang penyelamatlah.

"Taknak tunggu Abang Asyraf dulu ke?Abang Hana pun belum makan lagi tu."Dia pun lapar juga sebenarnya nak ambil sendiri segan terpaksa lah tunggu Asyraf.

"Biarlah abang tu .siapa suruh dia sembang lama sangat perut Hana dah lah lapar.Jomlah akak."gesa Hana pada Risha.

"Eh takpe ke?"Asyraf mana awak ni saya makan dululah.bye.

"takpe jom ."Hana menarik tangan Risha menuju ke meja yang terletaknya pelbagai jenis makanan.kecut air liur sedapnya.

"akak semuanya western food .apalah selera Abang ni kenapa banyak-banyak menu western juga dia nak.Tahulah favourite dia .Tapi rasa dia memang sedap.akak makan kan?"

Asyraf Mikael(Slow update)Where stories live. Discover now