19 | Mom-ster

1.5K 217 97
                                    


Suami Upahan | PJM
Chapter 19

" Basically, kalau Aera mengandung, that's obviously your child. Ambik kesempatan dari hal itu untuk bahagia " Yoongi tersenyum. Matanya melirik memerhati riak wajah Jimin.

Rakannya itu kelihatan bersalah. Mungkin kerana tuduhan sinis yang dia lemparkan pada bekas isteri sendiri.

Ah, kena la tu dengan Aera! Puas hati Min Yoongi.

" Aku nak jumpa, Aera. " Jimin bangun. Belum sempat dia melangkah, Yoongi terlebih dahulu menghalang. Tangan rakannya itu ditarik supaya kembali duduk.

Kepala digeleng perlahan.

" Kau nak buat apa, hm ? "

" Beritahu hal sebenar yang berlakulah. Takkan aku nak biarkan dia anggap orang tu Taehyung? Never, bro," Tangannya direntap dari pegangan Yoongi.

Jimin terus melangkah laju keluar dari rumah.

" Suka hati kau lah. Degil,"

.・゜゜・

" Aduh, kenapa pulak tak angkat ni," Jimin mengeluh. Nombor Jung Aera didail beberapa kali. Namun, hasilnya masih sama. Cappucino diteguk sekali.

" Park Jimin. Pesanan anda sudah sedia,"

Terus jejaka itu bangun dan melangkah ke arah kaunter. Kotak kecil berisi pencuci mulut dicapai. Senyuman tipis sempat diukir pada si penjaga kaunter.

Dia meletakkan telefon pada telinga.

" Yoongi, aku balik lewat sikit kot. Settle apa yang patut,"

" Go on. Aku baru dapat emergency call dari hospital. Kena stay sana, " Jawapan Yoongi mengundang senyuman Jimin.

Yes! Ada alasan untuk tidur rumah Aera.

" Okay, kau bawaklah kunci rumah sekali," Tawa penuh maksudnya kedengaran pada hujung ayat. Yoongi menggulingkan mata di hujung talian.

" Ha buatlah projek secara sedar pulak,"

" WOI APA—"

Tut! Laju sahaja panggilan terputus.

Jimin berdecit geram.

" Buat kerap kerap buat apa tah, hasil sekali pun dah kebaboom, "

Belum sempat dia menyambung langkah, mulutnya ditekup menggunakan sesuatu dari belakang. Yang pasti, ianya kain hitam. Tubuhnya didorong masuk ke dalam satu lorong.

Dia meronta-ronta.

Kotak manisan terlepas dari tangan Jimin. Dia menggunakan sepenuh tenaga dengan mencengkam tangan lelaki itu lalu menariknya jauh dari mulut.

Laju sahaja tubuhnya sedikit menunduk lalu menyepak kedua belah betis lelaki itu. Automatik tubuh itu jatuh.

Bukk!

Namun tidak disangka, seseorang telah melayangkan pukulan pada belakang kepala Park Jimin.

Semuanya gelap dengan begitu pantas.

 [OG] Suami Upahan | 15+ | 지민Where stories live. Discover now