20 | Mistakes

1.3K 201 76
                                    


Suami Upahan | PJM
Chapter 20

Please spam comments!

" Tae, awak pergi mana bila saya bangun tu ?" Soalan teman wanitanya mengundang kerutan pada dahi. Taehyung menumpukan perhatinya kepada Jeon Alice.

" Bangun apa kau ni?" Kini Alice pula yang mengerutkan dahi. Apakah jejaka di hadapannya ini mengalami masalah ingatan? Dia mula mendekati Taehyung. Lengan sasa lelaki itu dipeluk.

" Malam tu kita 'bersama' then pagi esok saya bangun, awak takde. Awak per—"

" Kau cakap apa ni Jeon Alice? Kau curang belakang aku ke apa ni ?!" Lengannya direntap dari pelukan wanita itu. Tubuh tinggi Taehyung kini berdiri.

Wajahnya jelas menunjukkan dia marah.

" T-Tae, sumpah saya tak curang! Memang awak malam tu. Awak mabuk, tapi saya tidak!" Berkali kali Alice menggelengkan kepala. Dia cuba untuk menyentuh teman lelakinya.

Namun tangannya ditepis kuat.

Sakit.

Secara tiba tiba dagunya dicengkam kuat. Mata Taehyung merenung tajam. Dia agak terkejut. Sisi baran lelaki ini tidak pernah dilihat sebelum ini. Taehyung jarang berperilaku kasar terhadapnya.

Tapi kenapa, sejak dua tiga hari ni.. ianya kerap berlaku.

" Jangan menipulah. Aku tak balik malam tu! Kau cakap sekarang, siapa jantan tu ? SIAPA JANTAN YANG KAU BAYANGKAN AKU TU ?!" Dia menjerkah. Air mata Alice mengalir deras.

Sungguhpun wanita itu tidak menipu. Dia tidak mabuk apatah lagi berhalusinasi. Mengapa lelaki ini begitu yakin menafi fakta?

" Kim Taehyung, tetap Kim Taehyung. Takde siapa yang saya boleh bayangkan sebagai awak," Jawapan Alice tetap sama. Cengkaman pada dagu teman wanitanya itu dilepaskan secara kasar.

Terjelepok gadis itu jatuh ke atas lantai.

" Stop lying to yourself. Itu bukan aku,"

" Kenapa awak yakin sangat tu bukan awak? Awak mabuk, Taehyung! "

" Sebab aku.. aish,"

" Awak apa Tae ?"

" Aku ada sentuh perempuan malam tu, tapi bukan kau !" Taehyung menutup matanya. Dia sedar perbuatannya salah. Tetapi, jika Alice juga berbuat sedemikian.. lebih baik dia jujur sahaja.

Wanita itu diam. Otaknya cuba berfikir dengan lebih rasional tanpa mengakibatkan sebarang kehilangan. Dia tahu, Taehyung mungkin berhalusinasi sehingga otaknya mencipta memori yang salah.

" Saya bagi awak masa. Saya yakin lelaki pada malam itu awak. Dan perempuan malam itu adalah saya. "

" Macam mana kalau aku bangun pagi tu dan berada di sisi dia?" Taehyung melemparkan pandangan tidak puas hati. Dia sakit hati. Dia tidak mahu kalah. Dia yakin Alice curang dan cuba menutupi kesalahannya.

" Mungkin awak buat round two dengan dia?" Jeon Alice membalas dengan renungan tanpa perasan.

" Mungkin awak buat round two dengan dia?" Jeon Alice membalas dengan renungan tanpa perasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
 [OG] Suami Upahan | 15+ | 지민Where stories live. Discover now