26 | Father

1.4K 191 103
                                    


Suami Upahan | PJM
Chapter 26

110 votes and 70 comments

.・゜゜・


Matanya mengamati setiap wajah disebuah potret besar yang tergantung megah. Kenapa dia juga turut berada di situ dan tersenyum gembira? Jimin dalam dilemma. Ianya terlalu cepat dan menyerabutkan fikiran.

Selama mana pun potret itu ditatap, tiada langsung memori yang menerjah. Park Jimin melepaskan keluhan berat.

" Sudahlah. Jangan paksa diri kamu. Suatu hari nanti ingatan tu akan kembali. Tapi terpulang nak percaya atau tak, appa tak kisah," Tuan Park menepuk bahu Jimin.

" Atas punca apa aku hilang ingatan? Dan bagaimana?" Soal jejaka muda itu. Dia inginkan jawapan. Semuanya harus diketahui dengan pantas. Tidak mahu bazir masa.

Kepercayaan lelaki tua di hadapannya juga turut diragui. Semuanya bercampur baur.

" Manalah aku tahu! Ask your mum what have she did. Takkan boleh dimaafkan lagi," Tuan Park bersuara dengan perasaan marah yang ditahan tahan. Cuba bersikap rasional.

Jimin diam. Sejak awal lagi hatinya selalu menyoal, kenapa ibunya terlalu lain? Kenapa terlalu kejam dan langsung tidak menunjukkan sifat kasih? Kenapa lebihkan cinta hati dari anak sendiri?

Persoalannya, kenapa?

Cukuplah semua ini! Dia takkan maafkan wanita itu lagi. Alasan kukuh atau tidak, saat Jimin dijual dengan rela hati masih lagi kekal utuh diminda dan tak akan dilupakan. Pada awalnya, dia cuba berlembut. Tapi tidak pernah berhasil.

Perilaku wanita itu selalu menaikkan darah.

" Forget about her. Let's celebrate our meet after 6 years. Let's have some champagne. Kamu akan suka. Rasanya sedap," Pelawaan Tuan Park hanya dibalas anggukan.

Langkah Jimin terhenti mengejut. Dia lupa tentang Aera yang menunggu di hospital. Baru sahaja dia membuka mulut, terus katanya dipotong laju.

" Jangan risau. Appa tahu pasal Aera. Dah diuruskan, Aera baik baik je sampai rumah nanti," Hujung katanya kedengaran hembusan nafas lega dari Jimin.

" Nah, enjoy your drink." Gelas kaca dihulur.

Hairannya, Jimin langsung tidak menerima huluran itu. Tubuh lelaki itu kelihatan kaku. Tangannya pula bertindak menolak gelas itu jauh dari wajahnya.

" Kenapa muka kamu pucat ni, Jimin?" Tuan Park menyoal risau. Jejaka muda itu langsung tidak menjawab.

Dan kini Jimin mula menekup mulutnya.

" Eh, Jim. Kamu kenapa ni? Busuk ke baunya.. Eh, okay je! Kenapa kamu ni?" Soalan Tuan Park masih lagi dihiraukan. Mulutnya masih lagi ditekup tangan sendiri.

" A-aku nak muntah...urp," Tanpa berlengah, pantas kakinya menapak masuk ke dalam tandas berdekatan.

.・゜゜・

" Jimin pergi mana, Yoongi?" Soalan dari Aera dibalas ketawa kekok. Dia juga bingung sebenarnya. Entah apa yang jejaka itu sedang buat sekarang. Kepala yang tidak gatal digaru. Fokus beralih pada Aera.

 [OG] Suami Upahan | 15+ | 지민Where stories live. Discover now