Bab 7 : Tugasan Pertama Selesai

1.2K 81 2
                                    

“Alaa..nama Betty lagi best,” sedih muka Shasya Edrina.

“Nama Kitty tak best ke?” soal Ismail Razak.

“Dia bukan kucing, Raz,” geli hati Nur Halimah.

“Apa yang susahnya. Panggil dia ‘A’ dan dia ni ‘B’. Habis cerita,” selamba Tengku Ehsan.

“Kenapa ni?” pelik Siti Syazanah apabila melihat situasi yang agak tegang itu selepas tiba di kawasan tersebut.

Nik Akhil turut tiba di situ. Dia turut pelik melihat rakan-rakannya sedang bertikam lidah. Bukan tadi dia dan Siti Syazanah kena marah sebab bertikam lidah ke? Fikirnya di dalam hati.

“Kami sedang fikirkan nama untuk dua makhluk ni,” ujar Nur Halimah.

“Syaza, sedapkan nama Betty, kan?” soal Shasya Edrina pada Siti Syazanah.

“Nama Kitty pun sedap juga, kan, Syaza?” celah Ismail Razak.

“Alaa..panggil si ‘A’ dan si ‘B’ jelah,” bidas Tengku Ehsan pula.

“Err..,” teragak-agak Siti Syazanah untuk menjawab.

Matanya dilemparkan memandang Nik Akhil untuk meminta pertolongan.

“Nak senang kita gabungkan je nama tu. Sekor Akitty dan sekor lagi Bbetty,” cadang Nik Akhil yang enggan menambahkan pertelingkahan itu.

Semua diam mendengar cadangan Nik Akhil.

“Bagus juga tu. Sedap nama tu,” ceria muka Shasya Edrina.

“Boleh tahan juga,” sokong Ismail Razak.

“Saya pun setuju dengan nama tu,” setuju Tengku Ehsan.

“Akitty dan Bbetty? Comel je nama tu,” senyum Nur Halimah sambil memandang wajah dua makhluk yang sedang berguling di atas daun-daun kering itu.

Siti Syazanah tersenyum sambil menaikkan ibu jari tangan kanannya pada Nik Akhil. Geli hati Nik Akhil melihat kecomelan gadis idamannya itu.

“Korang dah berbaik ke?” soal Tengku Ehsan apabila melihat wajah ceria Nik Akhil dan Siti Syazanah.

“Kami tak bergaduh pun,” balas Nik Akhil yang kembali bermuka dingin.

“Maafkan kami sebab menyusahkan semua tadi,” sesal Siti Syazanah.

“Tak apa,” serentak yang lain.

Nik Akhil mendekati makhluk yang dinamakan Akitty. Kepala makhluk itu diusap dengan lembut. Seronok Akitty dapat dibelai oleh Nik Akhil.

“Maafkan saya sebab tertumbuk awak tadi,” perlahan suara Nik Akhil sambil senyuman di bibir.

Siti Syazanah yang terdengar suara halus Nik Akhil turut tersenyum. Tidak sangka Nik Akhil pegang pada janjinya.

“Kenapa tersenyum ni, Syaza?” pelik Shasya Edrina melihat gadis itu.

“Tak ada  apa-apa. Jadi, apa tugasan kita?” sengaja dia menukar topik.

“Ini yang kami nak mulakan cerita kami. Mari kita duduk dulu,” bersemangat Tengku Ehsan.

“Akil!” panggil Ismail Razak sebelum Nik Akhil menyertai bulatan itu.

“Tadi, semasa kami mencari buah-buahan yang boleh dimakan, kami terjumpa kawasan yang lapang. Pokok-pokok di situ ditebang dengan menggunakan alat yang tajam. Kami syak, Akitty dan Bbetty yang lakukan semua tu,” cerita Tengku Ehsan.

“Kami pun jumpa kawasan lapang juga tapi ada beberapa anak-anak pokok baru tumbuh je kat situ,” celah Shasya Edrina.

“Kat mana Ed nampak?” terkejut Ismail Razak kerana tidak menyedari perkara itu.

[C] Adventure to the Strange WorldWhere stories live. Discover now