Bab 8 : Tugasan Kedua

1.1K 82 0
                                    

“Apa dah berlaku sebenarnya?” tertanya-tanya Ismail Razak.

“Kau buat apa tadi, Syaza?” soal Tengku Ehsan dengan nada yang tegas.

“Ma..maaf. Saya ternampak sesuatu berkelipan di dinding ni. Jadi, saya pegangnya. Tiba-tiba saja berlaku gempa bumi tadi. Maafkan saya,” kesal Siti Syazanah.

Shasya Edrina memeluk Siti Syazanah dengan erat sambil mengusap belakang badan sahabatnya itu. Kurang sikit gigilan gadis itu. Mata Nik Akhil tajam menikam mata Tengku Ehsan.

Tengku Ehsan mula gerun terus mengalihkan pandangannya.

“Korang tak rasa panas ke? Berpeluh dah saya ni,” kata Ismail Razak sambil mengesat peluhnya yang mengalir.

“Saya rasa sesuatu telah berlaku di luar walaupun di dalam ni tiada kerosakkan yang berlaku akibat gegaran tadi. Saya ada firasat yang tidak baik sekarang,” luah Nur Halimah.

“Kalau benar apa yang dikatakan Ima, saya rasa lebih baik kita berehat dulu. Selepas tu, baru kita keluar dari lubang ni,” cadang Ismail Razak.

“Saya setuju,” serentak yang lain.

Mereka kembali baring di tempat masing-masing. Kawasan lelaki dan kawasan perempuan agak jauh supaya tiada perkara buruk yang berlaku.

*****

Nik Akhil terjaga dari lenanya. Dia bingkas bangun dari pembaringan. Dia memeluk lututnya sambil memandang wajah bersih Siti Syazanah yang sedang dibuai mimpi. Tersenyumnya melihat wajah lena itu.

Dia pun tidak sedar dia sudah mula jatuh sayang pada gadis itu. Buat pertama kalinya dia mempunyai perasaan itu kepada seseorang yang bukan darah dagingnya.

“Erm?” Ismail Razak mengeliat sebelum bangun dari pembaringannya.

“Sedapnya tidur. Eh? Awal Akil bangun,” sapa Ismail Razak apabila melihat Nik Akhil yang bersebelahan dengannya sudah terjaga dari tidur.

“Tak awal mana pun. Ini pun baru bangun je,” balas Nik Akhil sambil mengemas tempat tidurnya.

“Kenapa macam ceria je muka Akil?” pelik Ismail Razak melihat wajah ceria Nik Akhil yang sedang melipat jaketnya.

“Mana ada ceria. Memandai je Raz ni,” balas Nik Akhil.

“Bangun-bangun terus tengok wajah kesayangannya. Mestilah dia ceria, Raz,” terkejut mereka mendengar suara yang serak basah itu.

“Kau dah bangun ke, Izan? Ke kau mengigau?” pelik Ismail Razak sambil memandang Tengku Ehsan yang masih memejamkan matanya.

“Bangun dah,” Tengku Ehsan terus bangkit dari pembaringannya.

Dia memandang Nik Akhil sambil tersenyum sinis.

“Sempatlah juga melihat wajah jatuh cinta sorang tu,” ejek Tengku Ehsan.

“Apa maksud kau, Izan?” pening Ismail Razak.

Wajah Nik Akhil dan Tengku Ehsan dipandang bersilih ganti.

“Nak kena kau ni!” jaket yang dilipatnya terus dilempar pada muka Tengku Ehsan.

Tengku Ehsan sempat menyambut jaket itu sebelum membalingnya kembali kepada Nik Akhil. Jaket tersebut disambut kasar oleh Nik Akhil.

“Main-main pula korang ni,” Ismail Razak hanya menggelengkan kepalanya.

“Apa yang bising-bising ni?” terjaga Shasya Edrina kerana suara sang jejaka yang mengganggu lenanya.

“Sesi senaman panas,” serentak Nik Akhil dan Tengku Ehsan menjawab.

“Hahaha. Ada-ada je korang berdua ni,” geli hati Ismail Razak dengan sikap dua sahabatnya itu.

[C] Adventure to the Strange WorldWhere stories live. Discover now