Bab 18 : Sunyi

961 82 2
                                    

“Syaza! Ima!” panggil Shasya Edrina apabila kelibat dua sahabatnya itu hilang dari pandangannya.

Shasya Edrina berhenti berlari di sebuah pokok ru yang besar. Nafasnya yang tercunggap-cunggap cuba dipulihkan menjadi normal semula.

“’Coolaf’ ! Saya tahu kamu dengar apa yang saya katakana ni. Saya nak kamu lepaskan semua kawan-kawan saya sekarang juga. Biar mereka keluar dari alam ini . Sebagai balasan, saya akan menemani awak di sini! Awak dengar tak , ‘Coolaf’ !” lantang suara Shasya Edrina.

Dia mula gelisah apabila kakinya mula beku. Kedua-dua kakinya tidak dapat bergerak. Badannya pula semakin menggigil kesejukkan.

“’Coolaf’ ! Awak boleh lakukan apa sahaja pada saya. Tetapi, tolong lepaskan kawan-kawan saya. Mereka masih mempunyai keluarga yang menanti mereka. Sedangkan saya, ada ibu bapa pun, mereka tidak pernah menghiraukan saya. Saya janji yang saya tidak akan meninggalkan tempat ini. Saya akan sentiasa berada di sisi kamu, ‘Coolaf’! Tolong lepaskan mereka,” merayu Shasya Edrina.

Air mata yang mengalir dibiarkan sahaja.

Tidak lama kemudian, pokok di sisi gadis itu mula bergerak. Tersentak Shasya Edrina apabila melihat pokok ru itu berubah menyerupai sesumpah gergasi. Mungkin itulah rupa sebenar penjaga di kawasan bersalji itu.

“Kenapa kamu sanggup melakukannya demi kawan-kawan kamu, wahai manusia? Sedangkan mereka, tidak pernah perdulikan kamu?” bersuara makhluk gergasi itu.

Air liurnya ditelan dengan kasar. Matanya masih terbeliak melihat makhluk gergasi yang berada di hadapannya.

“Kamu silap, ‘Coolaf’. Mereka sentiasa mengambil berat tentang saya. Malah, hati kami sentiasa bersatu. Disebabkan itu, kami berjaya menjejakkan kaki di kawasan kamu, ‘Coolaf’,” serius muka Shasya Edrina memandang mata makhluk gergasi itu.

“Kenapa kamu buat begitu, wahai manusia? Mereka hanyalah kawan dan bukannya keluarga kamu,” bersuara penjaga kawasan bersalji itu.

“Kamu salah, ‘Coolaf’. Walaupun kami langsung tiada pertalian darah, namun, bagi saya, mereka adalah ahli keluarga yang saya sayangi. Mungkin kami baru sahaja bertemu di alam aneh ini. Tetapi, mereka amat penting bagi saya kerana merekalah sahabat pertama yang pernah saya jumpa dan menerima saya seadanya,” ujar Shasya Edrina.

Dia mula tersenyum apabila mengingati sahabat-sahabatnya. Walaupun dia sering bergaduh dengan Nik Akhil dan Tengku Ehsan, namun, merekalah penceria suasana ketika mereka jauh daripada keluarga. Jejaka yang bernama Ismail Razak pula sentiasa mengambil berat tentang keadaannya.

Siti Syazanah dan Nur Halimah sering memujuk dan sentiasa memberi semangat di kala dia dibelenggu rasa takut dan berputus asa. Merekalah sahabat pertama yang setia bersama-sama dengannya dan bertahan dengan perangainya.

Melihat wajah tekad Shasya Edrina menyebabkannya kembali ke kisah silamnya di mana dia berjumpa dengan seorang jejaka yang berusaha melindungi seorang gadis walaupun dia hampir terkorban kerana kesejukan.

Ribut salji yang sedang melanda kawasan itu mula berhenti. Salji yang mengeras pada kaki Shasya Edrina mula cair. Kakinya boleh digerakkan semula. Kemudian, mata dialihkan memandang makhluk itu.

“Jadi, kamu setuju untuk melepaskan mereka?” tanya Shasya Edrina.

“Baiklah. Saya akan melepaskan kawan-kawan kamu. Tetapi, ingat janji kamu, wahai manusia,” balas ‘Coolaf’ .

“Jangan risau, ‘Coolaf’ . Saya seorang yang pegang pada janji,” kata Shasya Edrina.

“Saya tak benarkan perjanjian ini dilaksanakan!” tersentak mereka apabila terdengar suara yang serak basah.

[C] Adventure to the Strange WorldWhere stories live. Discover now