Bab 11 : Kemalangan

1K 79 0
                                    

“Lamanya korang dating. Penat kami tunggu,” usik Nik Akhil apabila Ismail Razak dan Shasya Edrina tiba di tepi sungai.

“Hehehe,” tersengih Shasya Edrina sebelum berjalan ke arah dua orang gadis yang sedang duduk di atas tanah.

“Maaf kami lambat. Ini talinya. Boleh kita mulakan sekarang?” ujar Ismail Razak sambil menunjukkan beberapa gulung dahan pada bahunya.

Dahan yang berupa tali itu diletakkan di atas tanah. Tengku Ehsan membelek dahan tersebut.

“Kita gabungkan kesemua dahan ni dulu. Lepas tu, kita ikat dahan ni pada badan pokok di tengah-tengah tu. Hujung dahan ni akan ditarik di seberang sungai ni manakala hujung satu lagi akan ditarik di sini,” Tengku Ehsan menerangkan strategi mereka kepada Ismail Razak dan Shasya Edrina.

“Kita tarik pokok tu mengikut aliran arus sungai tau,” sambung Nur Halimah.

“Ada satu benda saya tak setuju,” semua memandang wajah Nik Akhil apabila dia berkata begitu.

“Saya tak setuju jika perempuan dan lelaki dipisahkan. Kekuatan lelaki dan perempuan tidak sama. Jadi, dua lelaki dan sorang perempuan akan tarik dahan ni di seberang sana. Yang lain akan tarik di sini,” sambung Nik Akhil.

“Saya nak membantah,” lawan Siti Syazanah.

“Mungkin benar apa yang dikatakan awak tu. Tapi, jika kami bertiga perempuan menarik dahan ni dengan jarak yang lebih dekat dengan ‘pendinding’ tu, dan yang jejaka-jejaka pula menarik dahan ni dengan jarak yang agak jauh sedikit dari kami, kekuatan kita akan sama. Jadi, adil, kan?” hujah Siti Syazanah.

Nik Akhil memandang tajam ke arah mata Siti Syazanah. Geram dia kerana ada sahaja kata-kata yang bijaksana dari mulut gadis itu. Yang lain hanya memandang Nik Akhil dan Siti Syazanah yang saling berpandangan bersilih ganti.

“Ok ok. Jadi, kita ambil idea Syaza memandangkan Akil sudah kehilangan kata-kata,” bersuara Tengku Ehsan.

Nur Halimah menahan ketawanya apabila mendengar kata-kata jejaka itu. Mereka berdua tahu bahawa Nik Akhil enggan berpisah dengan Siti Syazanah. Disebabkan itu berlakunya perbalahan tadi.

Nik Akhil mendengus dengan kasar sebelum mengambil dahan yang sudah berupa tali yang panjang itu. Dia terus bergerak ke arah longgokan pokok-pokok yang berada di tengah sungai tersebut.

“Dia marah ke?” risau Siti Syazanah apabila menyedari wajah merajuk Nik Akhil sebentar tadi.

“Pandai-pandailah kau pujuk dia nanti. Jom, Raz,” balas Tengku Ehsan.

“Hati-hati ye, korang,” pesan Ismail Razak sebelum mengekori langkah Tengku Ehsan.

“Lelaki memang macam tu, Syaza. Ego mereka terlalu tinggi. Tidak boleh terima kekalahan,” pujuk Nur Halimah apabila melihat wajah muram sahabatnya itu.

“Ima, Syaza, mereka sudah siap ikat pokok tu. Bersiap sedia untuk tarik tali ni,” panggil Shasya Edrina yang memegang hujung dahan itu.

Mereka berdua mendekati Shasya Edrina. Sang jejaka sudah berada di seberang sungai selepas menyeberang dengan melalui ‘pendinding’ itu. Tengku Ehsan memberi isyarat sebelum mereka menarik dahan tersebut.

Pokok yang berada di tengah ‘pendinding’ itu mula bergerak. Dengan bantuan arus sungai, pokok tersebut bergerak. Sungai mula memenuhi kawasan yang kering-kontang itu. Lega mereka kerana berjaya menyelesaikan tugasan kedua.

Namun, kegembiraan mereka tidak lama apabila Shasya Edrina ditarik masuk ke dalam sungai kerana dahan yang dibelit pada tapak tangannya tidak dileraikan.

[C] Adventure to the Strange WorldWhere stories live. Discover now