Bab 14 : Tugasan Selesai?

958 78 2
                                    

Riak muka Nik Akhil dan Siti Syazanah sukar untuk ditafsir ketika itu apabila mereka melihat situasi yang tidak pernah terlintas di dalam fikiran mereka yang ianya akan berlaku. Mata mereka terbeliak dengan situasi yang berlaku di depan mata mereka.

Kelihatan Ismail Razak yang sentiasa bersikap rasional dan Nur Halimah yang agak pemalu sedang melutut sambil mengangkat kedua-dua belah tangan mereka ke atas. Wajah masing-masing muram memandang lantai pokok. Seperti seorang murid yang didenda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Ismail Razak melutut di hadapan Tengku Ehsan manakala Nur Halimah melutut di hadapan Shasya Edrina. Tengku Ehsan dan Shasya Edrina pula sedang mencekak pinggang beserta muka mereka seperti sedang memarahi manusia di hadapan mereka.

“Raz, dah kenapa kau tiba-tiba nak terkam Ed tadi? Mana sikap kau yang dulu? Mana Raz yang sentiasa bersikap rasional, berkepimpinan dan bijak mengatur strategi?” tengking Tengku Ehsan semasa memandang Ismail Razak sebelum mengalihkan pandangannya pada gadis yang sedang melutut itu.

“Kamu pun sama, Ima. Mana Ima yang berfirasat kuat dan penakut? Sejak bila jadi berani ni? Dah berani sangat ke sampai kucing hitam yang duduk di atas bangku pun kamu takut?” bongkar Tengku Ehsan tentang kejadian pertama kali mereka bertemu di mana Nur Halimah melarikan diri sebelum merempuh tubuhnya gara-gara takut dengan haiwan comel itu.

“Betul tu, Ima. Antara kami, Imalah satu-satunya yang paling bersikap tenang semasa Akitty pernah menyerang kami. Kamu juga, Raz. Kami perlukan Ima dan Raz yang dulu. Kembalilah pada kami. Jangan biarkan alam ini menguasai korang. Kita dah janji nak keluar dari sini sama-sama, kan?” sebak Shasya Edrina.

Mengalir air matanya apabila mengakhiri kata-katanya. Pandangan dilemparkan pada lantai pokok. Air mata Ismail Razak dan Nur Halimah turut mengalir.

“Err…Syaza, baik kita cepat sembuhkan mereka sebelum ianya melarat nanti,” tersentak Nik Akhil apabila melihat gadis di sebelahnya turut menangis.

Siti Syazanah membalas dengan anggukan sebelum mendekati Shasya Edrina. Manakala, Nik Akhil mendekati Tengku Ehsan. Bahu sahabat mereka dipeluk sebentar dengan erat.

“Akil,” Tengku Ehsan memandang Nik Akhil apabila jejaka itu memberi semangat kepadanya.

“Syaza!” Shasya Edrina terus memeluk tubuh sahabatnya itu apabila menyedari kehadiran sahabatnya itu.

Mencurah-curah air mata mereka mengalir.

“Mari kita sembuhkan mereka,” senyum Nik Akhil dan Siti Syazanah sebelum duduk di atas lantai.

Cendawan berbentuk hati berwarna biru didekatkan pada hidung Ismail Razak dan Nur Halimah sebelum mereka berdua pengsan di dalam dakapan Nik Akhil dan Siti Syazanah.

“Kejap lagi mereka akan terjaga dan akan menjadi seperti sedia kala semula,” ujar Siti Syazanah sambil membaringkan kepala Nur Halimah di atas jaket gadis itu.

Manakala, Nik Akhil membaringkan kepala Ismail Razak di atas beg galas Tengku Ehsan kerana lebih dekat daripada beg yang lain.

Tidak lama kemudian, Ismail Razak dan Nur Halimah mula sedarkan diri masing-masing.

“Emm? Apa dah terjadi?” serak suara Ismail Razak sambil bangun dari pembaringan.

Kepalanya dipegang sebelum memandang wajah Tengku Ehsan dan Nik Akhil yang berada berdekatan dengannya.

“Kenapa mata awak merah, Izan?” pelik Ismail Razak.

“Ma..mana ada. Masuk habuk tadi,” tipu Tengku Ehsan tanpa memandang jejaka di hadapannya itu.

[C] Adventure to the Strange WorldWhere stories live. Discover now