Bab 10

4K 178 0
                                    

ARGHH!!

Senyuman sinis terukir apabila pisau rambo yang digunakan berjaya menumbangkan lebih sepuluh orang pihak musuh. Walaupun dirinya sudah cedera dibahagian lengan dan juga peha, akibat terhiris dengan pisau lipat pihak lawan.

PAP!PAP!PAP!

Bunyi tepukan yang datang dari tingkat atas itu menarik tumpuan semua yang ada. Kelihatan si ketua pihak musuh menuruni tangga besi tersebut dengan perlahan. Tidak lupa juga senyuman sinis nya. Huh! Ingat aku takut la tu dengan senyuman tak berapa hensem dia tu. Okay!! Aku tipu, dia memang hensem tapi perangai je tak hensem huh!!

Zack berjalan setapak demi setapak ke arah aku. Aku hanya berdiri statik disitu tanpa gentar langsung! Never!!

“Kesian kau kan? Anak buah dah ramai cedera, kawan² kau mana? Tak tolong?” senyuman mengejek terukir diwajah Zack. Aku menggempal penumbuk, wajah Zack dipandang benci.

Segera penumbuk dilayangkan ke wajah Zack. Dia yang tidak bersedia hanya menerima tumbukan dari aku.

Darah yang mengalir, dilap menggunakan hujung ibu jari, “Huh! Ini je kau mampu? Hahahah” Zack sengaja ingin menaikkan kemarahan dalam diri Qai.

“Mana kawan² ak--” belum sempat ditanya, Zack memotong terlebih dahulu,

“Dalam genggaman aku!!” tergelak kuat Zack apabila melihat muka Qai yang terkedu apabila mengetahui kawan²nya ada dalam genggaman pihak musuh mereka.

“Sial!!! Kau buat apa hah dengan diorang!!!” jeritku lantang.

“Kau nak tahu? Meh aku persembahkan!!” tangan ditepuk 2 kali oleh Zack dan pintu gudang terbuka., Kelihatan beberapa orang pengikut Zack mengheret masuk Arsh, Adria, dan Zaril. Mereka kelihatan lemah, dengan darah sana sini, Zaril pula sudah lebam teruk di muka.

Badan mereka ditolak masuk lalu dicampak atas lantai berhadapan Ari yang tersandar lemah disudut gudang.

“Arshh!!Riaa!! Zaril!!” aku melaungkan nama mereka, tapi mereka tidak menyahut akibat terlalu lemah.

“Kurang ajar kau setan!! Berani kau buat kawan aku macam tu!! Kau belum kenal aku sape!!” jerkah aku dihadapan wajah Zack, dia hanya tersenyum sinis.

Tanpa membuang masa, aku mengeluarkan sebilah lagi pisau rambo dari kasut but yang dipakai, jadi sekarang kedua-dua genggaman aku ada sebilah pisau rambo. Aku menyerang Zack dengan melibas-libaskan pisau dihadapan wajahnya.

Zack cekap mengelak, dia juga mengeluarkan rantai besi lalu dibelit ditangannya. Aku tidak mengalah, pisau di tangan kanan diacukan ditepi wajahnya, dan bila dia berpaling ketepi untuk menangkis serangan, segera pisau ditangan kiri aku hunus ke perutnya. Tapi sempat dia mengelak, muncung pisau hanya dapat menghiris sedikit perut nya.

“KAU INGAT SENANG NAK KALAHKAN AKU?! BETINA LEMAH!!” jerit Zack suka apabila dirasakan dirinya hebat berbanding aku yang cedera sana sini dibadan. Aku tersenyum sinis. Pergelutan diteruskan.

******

Manakala disudut tepi gudang, kelihatan Ari mengesot menghampiri Arsh,Adria dan Zaril. Tangan menolak perlahan bahu mereka bertiga, beberapa minit kemudian, Adria sedar dengan dahi yang berkerut, aku menilik kepalanya, setompok darah kering kelihatan dibelakang kepalanya, mungkin dipukul dengan objek tumpul.

“Riani mana? Korang ada nampak?” tanya ku separa berbisik, tidak mahu pengikut Zack yang menjaga mendengar perbualan kami. Kepala digeleng mereka tanda tidak tahu keberadaan Riani.  Aku mengeluh perlahan. Ingin meminta bantuan, pergerakan pula terbatas.

Mata memandang Zaril, dia juga memandang kearah aku, “Mana headhunter yang lain? Diorang okay ke tak?” tanya ku pada Zaril.

“Di--iorang kene i-kat dekat l-luar” tersekat-sekat suara Zaril..

5NGirls ;The Boys {Hiatus}Where stories live. Discover now