Bab 18

3.4K 171 4
                                    

Pandangan terhala ke arah cermin kafe disebelahnya, jelas kelihatan rintik-rintik hujan yang jatuh perlahan melalui cermin itu.

Tangan mencapai secawan hot chocolate yang masih kelihatan wap-wap haba panas keluar dari minumannya itu... Diminumnya perlahan-lahan, lalu diletak semula keatas meja.

Selepas pulang dari sekolah, dia membuat keputusan untuk keluar mengambil angin dipetang hari berseorangan daripada terperuk dirumah tanpa ada perkara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan bosan.

Mata memandang sekeliling, tidak ramai pengunjung di kafe tersebut kerana cuaca sedang hujan, lagipun sekarang waktu berkerja.., Masing-masing sibuk dengan kerja mereka. Jam ditangan dipandang, 3p.m.

“Huh” bibir melepaskan keluhan perlahan.

Telefon dihidupkan, simbol muzik dibuka setelah memilih lagu yang mahu didengarnya, dia menyandarkan tepi kepalanya dicermin kafe itu. Mata dipejam.

Bait-bait lagu yang didengarnya dia ikut perlahan. Sekadar mengisi rasa kosong.

Kcing!!

Bunyi loceng diatas pintu masuk kafe yang berbunyi tanda pintu dibuka diabaikan. Dia masih memejam mata menghayati lagu yang terpasang. Tanpa dia sedar, ada seseorang mengambil tempat duduk dihadapannya dan memerhatikan dirinya itu.

Seketika, dia tersentak dengan gegaran di meja yang didudukinya itu. Mata dibuka, apa yang dia nampak ialah seorang lelaki sedang duduk dihadapannya manakala seorang gadis meletakkan segelas air diatas meja. Dia menjemput lelaki itu minum lalu pergi meninggalkan meja kami...Atau sepatutnya meja aku?

“Eh kau dah bangun?” soal lelaki tersebut.

“Bangun apa kau ni? Bila masa pula aku tidur?” soalku kembali dengan kening yang terangkat tanpa membalas pertanyaan nya.

“I thought you were sleeping.” jawabnya. Aku hanya menggeleng sambil tangan bergerak mengacau air hot chocolate aku yang sudah hilang panasnya.

“Kenapa kau tiba-tiba je muncul ni?”
Minuman diteguk menghilangkan rasa kering ditekak. Hmm dah suam kuku rasanya.

Dia menyedut minumannya sebelum membalas,

“Oh aku lalu sini tadi, lepastu singgah nak beli air. Aku nampak kau sorang, So why do not I join you?”

“Can i?” sambungnya lagi. Aku hanya mengangguk perlahan.

Apa salahnya kalau aku lepak dengan dia kan? Lagipun tak adalah aku bosan sangat kat sini.

“Oh ye, kau nak cakap apa dekat sekolah tadi sebelum diorang datang?” tanya Raid.

Ya, orang dihadapannya ialah Raid. Sebab itu dia tidak kisah apabila nampak wajah Raid yang duduk dimejanya. Kalau orang yang tak dikenali nya mungkin dia sudah menghalau orang itu atau dia sendiri yang akan angkat punggung dari situ.

“That's the thing I want to say about that new boy.”

“Why with that boy?” Soal Raid sambil merenung dalam mata ku.

"Actually he's my ex boyfriend" ucap ku perlahan.

“What?!” balas Raid diiringi hentakan telapak tangannya diatas meja.

Aku memandang sekeliling lalu tersenyum paksa. Raid dihapan aku jeling. Nak terkejut sangat tu dah kenapa?!

“So-sorry aku terkejut” katanya dengan riak bersalah, sambil tangan mengusap belakang tengkuknya.

“Buat malu aku je customer lain pandang!”

Dia memandang sekeliling, semua sudah membuat hal masing-masing tidak lagi memandang kearah kami.

5NGirls ;The Boys {Hiatus}Where stories live. Discover now