Bab 21

3.4K 146 9
                                    

Cuaca pada malam itu tidak berapa baik...Hujan turun dengan sangat lebat, menjadikan suasana agak malap.

Dalam rumah agam yang besar itu berkumpulnya lima orang gadis di dalam sebuah bilik.

“Kau tak ada gosip ke Elly?” tanya Rihana

Ellynda yang sedang duduk termenung di meja belajar itu tersentak apabila namanya disebut.
Segera kerusi berpusing itu dipusingkan menghadap katil tidurnya.

“Ada” ringkas sahaja dia membalas.

Adelia dan Jemima yang khusyuk melayan drama korea itu terus sahaja bangkit daripada baring meniarap kepada duduk bersila ditengah-tengah katil Queen Ellynda kerana tidak sabar mahu mendengar apa gosip yang bakal dikongsikan oleh Ellynda.

Melihat rakannya yang tertarik mahu mendengar gosip tersebut langsung sahaja dia mengheret kerusi beroda itu bergerak kehadapan katil.

“You guys mesti terkejut dengar apa yang I nak cakap ni!” Ellynda memandang satu persatu wajah rakannya.

“What is it?” balas Haneesha.

“Si Aisy dengan kawan-kawan dia yang tak guna tu dapat sandang jawatan dalam sekolah kita!!” kuat Ellynda bersuara, tanda tidak suka dengan apa yang berlaku.

“WHAT!!” jerit mereka berempat, Ellynda menutup telinganya kerana sudah dapat menjangka respon daripada mereka.

“Kenapa diorang boleh dapat sandang jawatan?!” soal Haneesha sambil merenyukkan plastik keropok ditangannya.

Ellynda hanya memandang tanpa sedikit pun rasa gerun. Sudah menjadi kebiasaan melihat Haneesha bersikap baran seperti itu.

Manakala Rihana agak seriau dengan sikap Haneesha itu. Ini kerana dia baru sahaja rapat dengan Haneesha 3 tahun yang lepas, masa ditingkatan 2. Berbeza pula dengan Ellynda, Jemima, dan Adelia yang sudah berteman dengannya sejak darjah 6 lagi.

“Sepatutnya kita yang dapat jawatan-jawatan tu! Diorang baru je pindah tapi ramai yang dah suka!!” merah padam muka Haneesha.

“Biarlah diorang dapat sekalipun jawatan tu, that's not our problem okey.” usul Ellynda, dia sebenarnya tidak kisah langsung akan jawatan-jawatan yang disandang oleh 5Ngirls itu. Yang dia risau, mereka akan semakin berpengaruh disekolah tersebut dan sudah tentu kumpulannya bakal terjejas.

“Yes, kita tak terjejas apa pun. Kalau dekat sekolah kita tak boleh apa-apa kan diorang, kat luar boleh apa Hahaha!” sambung Jemima pula.

Haneesha yang mendengar cadangan Jemima itu terus menarik senyum sinis. Rihana hanya mendiamkan diri, tidak mahu memberi sebarang idea, nanti kalau ideanya tidak berguna, dia juga yang bakal dimarahi.

“Babe, asal senyap je ni?” soal Ellynda sambil menepuk perlahan bahu Rihana. Tersentak Rihana daripada termenung.

“Tak ada apa, cuma tak sedap perut je” Rihana memberi alasan sambil tersenyum kelat.

🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀

Suasana didalam kelab malam itu sungguh membingitkan. Namun tidak bagi mereka yang sudah lali dengan keadaan tersebut. Lelaki dan perempuan terkinja-kinja menari bagai tiada penghujungnya. Segala batas pergaulan dilupakan.

Di sudut hujung kelab itu, terdapat beberapa orang lelaki sedang berdiri tegak disamping seorang lelaki yang sedang duduk disofa sambil menghisap rokok. Asap dihembus keluar dari mulut dan hidungnya.

“Rony, macam mana dengan perempuan tu, ada perkembangan?” soal lelaki itu tanpa nada.

“Beberapa minggu yang lepas, dia ada keluar dengan seorang lelaki di Cafe, Boss” Rony yang berdiri disisinya itu membalas.

5NGirls ;The Boys {Hiatus}Where stories live. Discover now