Bab 11

3.8K 194 4
                                    

Qai yang terbaring lemah hanya memerhati Zack yang mengatur langkah kearah Adria,Ari,Arsh, dan Zaril. Hatinya berasa tidak sedap apabila melihatkan Zack yang menarik Ari dan memaksanya untuk berdiri ditengah-tengah gudang tersebut.

ARI P.O.V

Aduh!! Mamat sial ni nak apa heret aku ni? Tak nampak ke aku ni sakit ishh!!

“Kau nak buat apa ni?!!”

Zack diam tidak membalas, mukanya mempamerkan riak sinis. 

Badan aku dipaksanya untuk berdiri dihadapan Qai, ditengah gudang. Zack bergerak ketepi Qai dan mengambil rantai besi yang digunakan lalu menghampiri aku.
Satu je terlintas dalam otak aku, Redha..

“Qai aku nak kau tengok show ni, special for you” sinis Zack bersuara sambil tangan membelai sedikit pipi Qai disebalik mask.

Qai menggeleng perlahan tanda tidak bermaya. Mata Qai memandang sayu ke arah aku.

Zapp!!

Tanpa kata, Zack terus melibas rantai besi di badan ku..“ARGHHHH” badan aku yang sudah dipenuhi darah bertambah luka.

“STOPP!!! Please...” rayu Qai. Manakala aku sudah jatuh terbaring di lantai, kaki tak larat nak berdiri dalam keadaan macam ni.

Zack menghiraukan rayuan Qai, dia meneruskan membelasahku dan melibas besi itu berulang kali.

Uhuk!!uhukk!!ukk! 

Aku batuk kuat, darah tersembur keluar selepas dilibas Zack dibahagian perut. Senak!! Jantan ni memang tak gentleman langsung!!!

Zaril,Arsh, dan Adria tidak dapat membantu disebabkan keadaan mereka yang lemah dan terikat dihujung gudang, dikawal pula oleh anak buah Zack. Hanya pandangan simpati dapat diberikan. Aku memandang mereka bertiga, aku gagahkan diri untuk melorek senyuman dibibir walau hakikatnya teramat lah sakit dan tak bermaya untuk itu.

Aku pandang pula Qai, dia hanya senyap dan memejam mata, mukanya tidak kelihatan jelas disebabkan rambut yang menutupi bahagian muka. Rasa risau bertandang dalam hati, Qai okay ke tidak? Dia pengsan ke? Baru aku ingin mengesot mendekati Qai, kaki ku ditarik dari bawah oleh Zack. Aku meronta sedikit minta dilepaskan.

“Kau nak lari mana hah betina?! Aku dengan kau belum settle lagi!!”

“Lepas lah sial!” aku jerit..perit dipinggir bibir aku tahan.

“Diam bodoh!!” Zack melepaskan kaki ku lalu menyepak kaki ku kuat.

Sial jantan ni sepak kaki aku macam sepak kayu. BODOH!! mampu menjerit dalam hati, mata dipejam menahan rasa.

Zack berdiri menghadap aku yang terbaring dikakinya, dan membelakangkan Qai yang tidak sedarkan diri dibelakang.

END P.O.V

Tanpa Zack sedar, Qai bangun perlahan-lahan menghampiri dirinya. Anak buah Zack yang lain sudah cedera dan tersandar lemah, tetapi ramai yang mati.. yang tinggal hanya anak buah Qai yang terbaring akibat cedera.

Zack mencangkung dan tangan bergerak menarik rambut Ari untuk mendongak. Berkerut muka Ari menahan sakit. Dia terpandangkan Qai yang menunduk dibelakang Zack, pelik asal muka tak nampak? Mata pun sama.

Baru sahaja Zack mengangkat tangan mahu menampar Ari, badannya ditendang kuat dari arah belakang sehingga tubuhnya terseret jauh dari Ari.

“Erghhh” erangan Zack kedengaran. Dia melihat hadapan di tempat dia mencangkung tadi...tiada siapa-siapa pun yang berdiri disitu, kecuali Ari yang terbaring..

5NGirls ;The Boys {Hiatus}Where stories live. Discover now