Bab 54 - Keluarga baru

1.5K 92 9
                                    

" Arghhhhh! "

Tengku Azra yang sememangnya sedari tadi menunggu anaknya keluar dari bilik air terjungkit bahunya terkejut dengan jeritan Aisy dari dalam bilik air. Segera pintu diketuknya.

Tok! Tok!

"Aisy! Kamu okay ke tu? Bukak pintu cepat jangan buat mama risau!" Tengku Azra menguatkan suara dia. Risau tidak dengar saja Aisy didalam tu.

Klak! Pintu dibuka dari dalam. Muncul wajah muram Aisy. Kedua belah tangan nya berada dibelakang badan. Tengku Azra yang melihat wajah suram anaknya itu seperti sudah dapat meneka jawapan nya apa. Dia turut tersenyum tawar, bahu anaknya diusap lalu ditarik masuk kedalam pelukan nya.

"Takpelah Aisy, mungkin belum rezeki kamu... Mama aje yang berfikir jauh, maafkan mama ye kalau keputusan dia buat kamu kecewa... " pujuk Tengku Azra, rasa bersalahnya mengganda apabila anak perempuannya itu hanya diam didalam pelukannya.

"Aisy? " Tengku Azra melepaskan pelukan lalu mencari wajah Aisy yang menunduk itu. Jelas kelihatan ada air mata mengalir, melihatkan anaknya menangis lagi lah dia rasa bersalah!

Ya Allah apa aku dah buat ni!

"Aisy janganlah sedih... Kamu buat mama rasa bers-"

"Nenek..." suara Aisy itu mematikan percakapan Tengku Azra sebentar tadi.

Tengku Azra berkerut, apa yang anaknya sebut tadi? Nenek? Siapa....

Aisy menahan senyum apabila melihat wajah mamanya yang kebingungan itu.

"Mama akan jadi nenek sekali lagi! Yeay! " teruja Aisy sambil menggoncang lengan Tengku Azra.

Tengku Azra terkedu dalam masa yang sama dia terkejut, dia sangkakan jawapannya sebaliknya setelah melihat wajah muram Aisy itu. Oh! Dia nak kenakan aku rupanya!

Pap! Lengan Aisy ditampar lembut.

"Kamu sengajakan buat mama rasa bersalah! Ish merajuk kang baru tahu! " geram Tengku Azra.

Aisy menunjukkan pregnancy test ditangan, jelas menunjukkan dua garisan disitu.

Alhamdulillah! Mengucap syukur Tengku Azra melihatnya.

"Jom kita turun bagi tahu yang lain, perkara baik tak boleh lambat-lambat. Jom! " Tengku Azra menarik lembut tangan anaknya keluar dari bilik tersebut.

Aisy hanya mampu tersenyum gembira, dia punya rasa happy itu tidak akan cukup jika diluahkan dengan kata-kata.

"Hati-hati Aisy turun tangga" pesan Tengku Azra ketika mereka berdua menuruni anak tangga mahu ke tingkat bawah.

Ruang tamu dituju dua beranak itu, apabila mereka semua yang ada sedang santai berborak diruang tamu rumahnya.

"Sayang!!" jerit Aisy dari belakang, semua yang ada diruang tamu berpaling kearah Aisy.

Tanpa buang masa, Aisy berlari anak mendekati suami terchenta!

"Jangan berlari Aisy! Bahaya! " tegur Tengku Azra... Haish risau dia dibuatnya melihat anak perempuannya berlari, buatnya tersepak kaki kerusi ha! Minta jauh!

"Kenapa awak jerit-jerit ni? Anything happen?" soal Raid setelah Aisy duduk disebelahnya.

"Cuba teka apa ada dalam tangan saya ni? Hehe" kedua belah tangannya menggenggam pregnancy test .

Tengku Azra mengambil tempat disebelah Tengku Amrin. Suami nya itu mengangkat kening padanya seakan bertanya "kenapa ni"...

"Abang tengok jelah apa anak perempuan abang tu nak bagitahu " senyum misteri diberi Tengku Azra.

5NGirls ;The Boys {Hiatus}Where stories live. Discover now