0⃣1⃣ - The Begining

2K 103 81
                                    

4.00 pm

Suasana pada petang itu agak dingin tetapi perkara itu bukanlah penghalang untuk dia pergi ke suatu tempat. Walaupun terpaksa memakai pakaian yang tebal tetapi dia sanggup demi membeli makanan kegemarannya pada petang itu. Ya , Tujuan nya untuk keluar pada petang itu ialah dia hanya ingin membeli makanan kegemarannya iaitu ramyeon.

Walaupun makanan itu tidak terlalu menyihatkan , dia tidak peduli kerana dia telah kehabisan stok makanan itu. Jika dia tidak pergi ke kedai untuk membeli makanan itu , pastinya dia akan kelaparan sepanjang hari. Inilah kekurangannya jika tidak pandai memasak makanan sendiri.

Hoodie berwarna hitam itu dikemaskan olehnya apabila hoodie itu di tiup angin. Dengan segera dia mencapai pagar rumahnya dan menutup pintu sebagai tanda berjaga jaga. Selesai menutup pintu dia mula mengatur langkah menuju ke arah kedai yang selalu menjadi tempatnya untuk membeli makanan itu.

Sesekali dia menendang batu batu kecil yang berada di hadapannya ke tepi. Sambil berjalan dia memandang ke arah langit sebentar , dia menyedari langit hari ini terlihat cantik. Dia tersenyum , dalam diri dia berkata alangkah bagusnya jika dia boleh menikmati hari ini bersama keluarganya.

Tetapi selepas berfikir sedemikian dia menggelengkan kepalanya lalu tersenyum nipis. Dia benci akan perkara itu , dia benci akan fakta dirinya yang kini berumur 17 tahun tidak memiliki keluarga. Ya , dia tidak memiliki keluarga. Tetapi yang menyakitkan hatinya dia tidak mengenali siapa orang tuanya , dia juga tidak tahu sama ada dia memiliki adik beradik ataupun tidak.

Tapi nasibnya tidak terlalu buruk kerana dia bertemu dengan seseorang yang kini dia anggap seperti keluarganya sendiri. Iaitu sahabatnya , dia sudah menganggap orang itu sebagai keluarganya sendiri. Dia juga terhutang budi kepada orang itu , jika bukan kerana orang itu dia pasti tidak memiliki tempat tinggal sekarang.

Setelah beberapa minit berjalan kaki menuju ke kedai itu , langkah nya terhenti ketika terdengar sesuatu. Kedengaran seperti beberapa orang sedang bersuara keras. Mereka kedengaran seperti sedang memeras ugut seseorang. Pada mulanya dia ingin terus pergi daripada tempat itu , tetapi panggilan meminta tolong daripada seseorang mendorong dirinya untuk menolong orang itu.

Perlahan lahan dia berjalan mendekati ke arah sebuah lorong itu. Dapat dia melihat tiga orang lelaki dewasa sedang memeras ugut seorang pelajar lelaki yang kini sedang ketakutan. Terbit perasaan ingin membantu setelah dia melihat pelajar itu sedang ketakutan. Dia tidak dapat melihat wajah pelajar tersebut kerana pelajar itu memakai topeng muka. Nampak nya pelajar itu sedang sakit kerana kelihatan pelajar itu sesekali terbatuk batuk.

Dia mulai berasa geram terhadap tiga orang itu apabila mereka mula merampas beg pelajar tersebut. Dapat dia pastikan pelajar itu sedang berusaha agar begnya tidak dirampas oleh tiga orang tersebut. Dia merapikan hoodie nya agar menutupi seluruh wajahnya , dengan segera dia mencapai sebatang kayu yang terletak di tepi lorong itu.

Dia memukul orang yang kini sedang sibuk menyelongkar beg pelajar itu.

PAK!!

Lelaki itu tersungkur jatuh ke atas tanah , dua orang rakannya terkejut melihat ketua mereka yang kini terbaring di atas tanah. Mereka ingin menyerang kembali orang yang telah memukul ketua mereka tetapi gagal. Dia telah menghayunkan kayu itu dan mengenai kedua orang itu sehingga mereka berdua terjatuh.

Dengan segera dia membuang kayu itu ke tepi dan mencapai sebuah beg yang kini terletak di atas tanah. Lalu dia menarik tangan pelajar itu dan membawa pelajar tersebut pergi dari situ. Pelajar tersebut hanya mengikutnya sahaja sambil sesekali terbatuk. Apabila berasa selamat akhirnya mereka berdua berhenti daripada berlari.

[C] Tell Me || Stray KidsWhere stories live. Discover now