2⃣3⃣ - Why Does it Happen?!

333 45 13
                                    

Langit memaparkan cahaya yang berwarna perang mengantikan cahaya langit yang berwarna biru. Angin bertiup sepoi sepoi bahasa , menerbangkan daun daun kering yang terletak di atas tanah. Suasana yang tenang tersebut memberi impak yang baik kepada dua orang adik beradik tersebut , tidak salah mereka memilih untuk melakukan perkara yang menjadi kegemaran mereka selama ini iaitu bersiar siar pada waktu petang.

"Wahh best lah kat sini" kata Jisung sambil merentangkan tangannya. Matanya ditutup lalu wajahnya diangkat sedikit bagi menikmati suasana nyaman petang itu.

"Oh ya! Kau tau tak apa sebab eomma ngan appa bagi kita keluar waktu petang? Maksud aku kau kau rasa pelik ke? Dahlah petang , aku on je kalau lama tapi ni kejap je. Tak ke pelik tu?" Soal Jisung sambil menatap felix yang kini sedang berfikir mengenai soalannya. Sebelum ini felix ada memberitahunya bahawa mereka berdua hanya dibenarkan keluar pada waktu petang tetapi hanya sekejap sahaja.

"Hmmm , entah aku tak tahu. Seingat aku eomma ngan appa takda kata apa apa. Yang aku tahu kita selalu main waktu petang je dan ye itu pun kejap je" jawab felix. Sebenarnya dia turut tertanya tanya akan perkara itu tetapi dia tidak mengambil peduli kerana dia berfikir selagi dia memiliki abangnya segala akan baik baik sahaja.

"Pelik" kata Jisung perlahan tetapi masih boleh didengari oleh felix.

"Hah apa kata aku cerita semua kenang kita sebelum ni , entah entah kau boleh ingat" kata felix secara tiba tiba. Manakala Jisung hanya mengangguk sahaja. Felix tersenyum lalu mulai menceritakan kisah mereka semasa kecil.

Seperti biasa pada waktu petang , dua orang adik beradik sedang bermain main di halaman rumah mereka. Mereka berdua berkejar kejaran antara satu sama lain. Tanpa sengaja yang lebih muda iaitu felix berhenti ditepi pagar rumah mereka. Dia melihat beberapa orang sedang berbincang sesuatu disebalik dinding tersebut. Orang orang tersebut berada diseberang jalan rumah mereka.

Jisung yang berasa hairan melihat adiknya yang tiba tiba berhenti , turut berhenti dan menuju kepada adiknya. Jisung mendekati adiknya lalu menepuk bahu kecil milik adiknya itu.

"Kenapa tu?" Soal Jisung.

"Hyung siapa tu?" Soal felix sambil jari kecilnya menunjuk ke arah sekumpulan orang tersebut. Jisung mengerutkan dahinya melihat orang orang tersebut. Dia tidak pernah melihat mereka sebelum ini.

"Entah. Mungkin sesat kot" jawab Jisung sambil mengangkat bahunya lalu memberi sembarangan sebab kepada felix.

"Ohh kalau macam tu kita kena tolong" balas felix pula. Baru sahaja dia ingin keluar daripada halaman rumah secara tiba tiba ibu mereka memanggil agar mereka masuk ke dalam rumah.

"Biarlah orang tu , jom masuk nanti eomma marah" kata Jisung lantas menarik tangan kecil adiknya itu. Manakala felix hanya mengangguk dan mengikut abangnya itu.

"Jap! Siapa orang tu?" Soal Jisung yang menghentikan cerita felix.

"Entah aku tak tahu , waktu tu aku ingat nak tolong diorang sebab kau kata diorang sesat" jawab felix menyebabkan jisung menepuk dahinya sendiri.

"Tapi berapa umur kita waktu tu?" Soal Jisung tiba tiba menyebabkan felix terpaksa berfikir semula untuk mengingat bila peristiwa tersebut berlaku.

"8 tahun kalau aku tak silap" kata felix

"Patutlah" kata Jisung sambil menggelengkan kepalanya.

Pada waktu itu mereka baru berumur 8 tahun , jadi tidak pelik jika mereka tidak mengetahui apa apa. Yang ada di fikiran mereka ialah main pada waktu itu. Tapi jujur apabila Jisung mendengar cerita tersebut tadi dia berasa pelik terdapat sekumpulan orang tersebut. Tetapi sayangnya dia tidak boleh mengingat perkara tersebut. Nampaknya dia harus meminta felix agar lebih giat menceritakan masa lalu mereka selepas ini.

💎💎💎💎

Hyunjin , chan , seungmin , Woojin dan changbin menjerit panik melihat dua orang rakan mereka yang terbaring ditepi jalan. Dengan segera mereka berlari mendekati dua orang rakan mereka itu. Jika boleh mereka ingin mengejar pelaku yang hampir melanggar dua orang sahabat mereka tetapi malangnya apabila dia gagal dengan segera orang tersebut meninggalkan mereka.

"WOI! BUTA KE?! SIAL!" Tengking hyunjin kepada penunggang motosikal tersebut tetapi nampaknya penunggang tersebut tidak mempedulikan tengkingan hyunjin dan hanya mempercepatkan enjin motosikalnya.

"Dah hyunjin jangan peduli kan orang tak guna tu" kata chan menepuk bahu hyunjin yang sedang berasa geram dan marah itu.

"Jeongin! Minho Hyung! Korang ok?!" Soal seungmin yang panik melihat dua sahabatnya itu.

Dua orang itu bernasib baik kerana sempat mengelak. Tadi sebelum penunggang motosikal tersebut ingin melanggar mereka , minho berpaling dan melihat motorsikal itu meluncur laju ke arah mereka. Dengan segera dia menolak dirinya dan jeongin ke tepi.

"Aku ok , jeongin kau ok tak ni?" Soal minho sambil merintih kerana sikunya yang bergesel dengan jalan itu kini terluka.

"Aku ok tapi lutut aku sakit" kata jeongin sambil menujukkan lututnya yang kini cedera akibat terhiris dengan jalan raya tersebut. Cecair merah mengalir perlahan daripada luka tersebut. Sesekali jeongin merintih akibat sakit.

"Baguslah korang tak apa apa" kata Woojin bernafas lega kerana mereka berdua tidak memiliki cedera yang serius , hanya cedera kecil sahaja.

"Tak guna betul orang tu! Kalau aku jumpa orang tu lagi , aku takkan maafkan orang tu!" kata seungmin yang geram terhadap penunggang tersebut. Hampir sahaja dia kehilangan sahabat yang sudah dianggap sebagai keluarganya itu.

"Aku pun" kata hyunjin dan changbin serentak. Kedua duanya memaparkan riak wajah dengan amarah yang membuak buak.

"Takpa sekarang ni kita kena bersihkan luka jeongin ngan minho dulu" kata chan yang tidak ingin suasana menjadi lebih teruk apabila dia melihat seungmin , hyunjin dan changbin yang kelihatan amat marah seperti hendak membunuh orang.

"Betul tu , jeongin kau boleh berdiri tak ni?" Soal Woojin. Jeongin hanya mengangguk , dia masih boleh berdiri walaupun terluka kerana luka tersebut hanya luka kecil dan tidak terlalu parah.

"Baiklah jom pergi kat farmasi terdekat" ajak Woojin. Dia memapah jeongin agar mereka boleh tiba di farmasi terhampir dengan segera.


TBC

[C] Tell Me || Stray KidsWhere stories live. Discover now