2⃣2⃣ - What's Happen?!

327 39 21
                                    

Daripada jauh kelihatan seorang pelajar sedang termenung , menghiraukan suasana sekelilingnya yang mulai bising dengan bunyi lonceng yang berbunyi. Dia tidak mempedulikan bunyi lonceng tersebut , kerana dia sudah berada di sana selama dua jam. Sesekali dia mengeluh semasa termenung jauh.

Kreakk!

Bunyi pintu yang dikuak daripada luar diabaikan. Langsung tidak memandang ke arah gerangan orang yang membuka pintu tersebut. Seketika kemudian dia tersentak apabila benda sejuk menyentuh pipinya , dengan serta merta wajah di paling untuk memandang ke arah orang yang kini ada di sebelahnya.

"Sejuk lah" kata nya sedikit geram kepada orang itu. Orang itu , felix yang bergelar adik kembarnya hanya tersengih lalu menghulurkan satu tin minuman sejuk kepadanya.

"Kenapa kau tak masuk kelas tadi?" Soal felix. Orang itu , Jisung hanya mengambil tin minuman tersebut.

Tak!

"Malas" jawab Jisung ringkas sambil membuka penutup tin minuman tersebut. Air yang sejuk dan manis itu , melegakan tekaknya yang terasa haus itu.

"Haih. kalau imo tahu kau ponteng , aku taknak tolong kau fikir alasan" kata felix sambil mendengus kecil.

"Kenapalah aku dapat adik kembar macam ni?" Kata Jisung , bergurau. "tapi macam mana kau tahu aku ada kat sini?" Soal Jisung tiba tiba.

"Eric bagitahu aku tadi" jawab felix selamba. Kemudian dia meneguk minuman sejuk yang daripada tadi berada di dalam genggamannya.

"Ohhh" balas Jisung. Kemudian keadaan menjadi sunyi , kedua duanya hanyut di dalam fikiran masing masing.

Semenjak mereka mengetahui bahawa mereka ialah adik beradik , hubungan mereka menjadi semakin rapat tetapi entah mengapa hari ini hubungan mereka sedikit tenang. Padahal sebelum ini , mereka berdua amat heboh apabila mengetahui hubungan mereka.

Tetapi malangnya , Jisung masih tidak dapat mengingati kenangan masa lalu nya. Perkara itu tentu menyebabkan dirinya sedih dan felix faham akan perkara itu. Sebab itulah dia tidak memarahi Jisung apabila , Jisung ponteng pada hari ini. Jisung pasti berasa kecewa kerana gagal mengingat memorinya yang terpadam akibat kemalangan yang menyebabkan dia koma dan kehilangan ingatannya.

"Huh" Jisung mengeluh. Felix melirikan matanya ke arah abang kembarnya itu.

"Masih tak ingat?" Soal felix. Jisung hanya menggeleng.

"Haih kalau chan hyung ada kat sini mesti dia tahu apa nak buat" kata felix yang menyebabkan Jisung teringat akan sahabatnya iaitu hyunjin. Jika hyunjin berada bersama mereka , pasti lelaki itu tidak akan berhenti untuk menghiburkan hatinya.

"Kan , kau rasa-" belum sempat Jisung menghabiskan ayatnya tiba tiba , telefon felix berbunyi.

Jisung hanya memandang felix yang sedang memegang telefon itu. Felix kelihatan terkejut dan kemudian wajahnya mengukirkan senyuman yang lebar. Jisung hanya menggaru kepalanya , hairan dengan riak wajah felix yang tiba tiba berubah.

"Weyh! Weyh!!" Kata felix sambil melompat lompat kecil dihadapan Jisung.

"Kenapa?" Soal Jisung.

"Kau ingat tak exam hari tu?" Soal felix dengan raut wajah teruja. Jisung hanya memaparkan raut wajah hairan , tetapi dia tetap menganggukkan kepalanya.

"Kau lulus weyh! Kau dan hyunjin dapat masuk kelas 1!! Wahhh! Aku tak sangka aku dan seungmin berjaya!! bangga jap" kata felix sambil tersenyum bangga.

"Hah!? B-betul ke?" Soal Jisung terkejut kerana dia tidak pernah menyangka bahawa dia akan lulus kerana sebelum ini hampir keseluruhan markahnya adalah gagal.

[C] Tell Me || Stray KidsWhere stories live. Discover now