1⃣2⃣ - Dream Again?!

383 49 18
                                    

"Hyung ,hiks hyung nak pergi mana?" seorang kanak kanak menangis teresak esak melihat abangnya di bawa pergi oleh sepasang suami isteri. Ingin sahaja kanak kanak itu berlari dan memeluk abangnya seerat eratnya. Tetapi dia ditahan oleh seorang pengasuh.

"Janganlah nangis , nanti hyung datang lagi" kata yang lebih tua kepada adiknya. Dia meminta kebenaran kepada ibu bapa barunya untuk memeluk adiknya untuk kali yang terakhir.

Dia berjalan ke arah adiknya dan memeluk adiknya erat. Adiknya tetap menangis dan memeluk abangnya erat menyebabkan yang lebih tua turut mengalirkan air matanya.

"Janganlah nangis , hyung janji hyung akan datang lagi" kata nya kepada adiknya sambil mengusap belakang milik adiknya.

Adiknya mengangguk sambil mengelap air matanya. Dia tersenyum. Kemudian melepaskan pelukan tersebut dan berlari ke arah sepasang suami isteri yang kini menjadi orang tua barunya. Ingin sahaja dia memujuk pasangan suami isteri itu untuk turut mengambil adiknya tetapi adiknya sudah memiliki orang tua baru seperti nya.

Sebaik sahaja dia berlari dan memasuki kereta. Kereta itu mula bergerak meninggalkan kawasan tersebut. Adiknya mengejar daripada belakang dengan air matanya yang mengalir deras di pipinya.

"Hyung!! Hyung mesti tunaikan janji yang hyung akan datang balik! Hiks!" Jerit yang lebih muda , dia menjerit dengan kuat agar abangnya boleh mendengar suaranya.

"Hyung janji" kata yang lebih tua walaupun adiknya tidak boleh mendengar suaranya lagi

"Han! Oi! Han!"

"Weyh! Bangunlah"

"Pahal kau nangis ni?!"

"Jangan buat aku takut lah , kau sakit ke?"

"Han squirrel bangunlah"

Hyunjin tidak henti henti menggoncang tubuh Jisung yang sedang tertidur. Hari ini adalah hari cuti , oleh itu dia bangun sedikit lewat dan kemudian suara tangisan seseorang mengejutkannya. Pada mulanya dia mengira suara tangisan itu adalah suara hantu dan hampir saja dia melarikan diri

Tetapi kemudian dia menyedari suara itu adalah milik sahabatnya iaitu han Jisung. Dengan segera dia memasuki bilik sahabatnya itu dan terkejut melihat sahabatnya yang sedang menangis sambil tidur. Jika di lihat Jisung seperti sedang bangun dan menangis tetapi sebenarnya dia sedang tertidur. Maksudnya dia menangis dalam tidur.

Dengan keadaan Jisung yang menangis dan berpeluh peluh , hyunjin mulai panik. Dia risau jika sahabatnya ini sedang sakit. Oleh itu dengan segera dia menggoyangkan tubuh Jisung agar sahabatnya itu segera bangun.

"Huh? Apa? Kenapa?" Jisung terjaga daripada tidurnya akibat hyunjin yang tidak henti henti untuk mengejutkannya.

"Yang kau nangis ni kenapa?" Tanya hyunjin sebaik sahaja Jisung terjaga.

"Sejak bila pula aku nangis ni?" Tanya Jisung. Dia menggosok matanya yang mengantuk dan terkejut apabila dia mendapati matanya berair.

"Eh?!"

"Kau mimpi apa hah?" Tanya hyunjin. Dia yakin Jisung pasti memimpikan sesuatu dan dia berharap mimpi tersebut memiliki hubungan dengan masa lalu jisung.

"Nanti aku cerita , sekarang aku nak mandi" kata Jisung lalu bangkit dan menuju ke bilik mandi.

Hyunjin hanya mengangguk lalu berjalan keluar daripada bilik Jisung.

❇❇❇❇


"Hyung can i ask you something?" Felix menuju ke arah abangnya iaitu chan yang kini sedang menonton televisyen sambil memakan makanan ringan

"Yeah sure btw kenapa nak cakap english pula ni kita bukan kat australia la" kata chan

"Hohoho sengaja nak acah speaking" kata felix sambil tersengih. Chan hanya menggelengkan kepalanya

"Nak tanya apa?" Tanya chan sebaik sahaja felix mengambil tempat di tepinya.

"Aku ada family ke selain eomma dan appa aku?errmm macam imo(aunty) atau samchon (uncle)" tanya felix.

Chan berfikir sebentar. Dia seperti pernah mendengar ibu bapanya menyebut tentang
Ibu dan bapa saudara felix tetapi dia tidak pasti. Chan tertanya tanya , apa tujuan felix bertanya kepadanya kerana sebelum ini felix tidak pernah bertanya mengenai perkara ini.

"Hyung rasa ada tapi tak pasti. Kenapa?" Tanya chan.

Felix mulai berasa teruja. Chan mengangkat sebelah keningnya , hairan dengan tingkah felix.
Lalu felix berdiri dan menuju ke biliknya meninggalkan chan yang terpinga pinga melihatnya pergi. Dia juga belum menjawab pertanyaan chan tadi. Chan mengangkat bahunya lalu menyambung aktivitinya menonton televisyen.

Tidak lama kemudian kedengaran seseorang berlari turun daripada tingkat atas. Itu ada felix. Dia sedang berlari turun ke bawah sambil membawa telefonnya dengan tergesa gesa.

"Hyung!" Panggil felix sambil berlari ke arah chan

Lalu dia melompat ke arah sofa yang kini di duduki chan. Menyebabkan makanan ringan chan hampir sahaja terjatuh di atas lantai. Tanpa sempat chan ingin memarahi perbuatan felix , sesuatu menyapa pandangannya. Felix menunjukkan sesuatu daripada telefonnya kepada chan menyebabkan chan membatalkan niatnya dan mengambil telefon tersebut.

Rupanya felix telah menerima sebuah e-mel daripada seseorang. Dia membaca e-mail yang di terima oleh felix itu.

From : LeeYoungjin11
To : FelixLix00
Subject : Your family

Annyeonghaseyo , maaf mengganggu ni lee felix kan? This is your aunty. How are you? I hope you and your brother in a pink of health btw Sorry for not keep in touch with you and your brother for a long time. Please reply my e-mail as soon as possible when you has receive this e-mail. I really miss my nephews. I'll wait for your reply 😊

❇❇❇❇

Hyunjin mendengar dengan teliti cerita daripada Jisung mengenai mimpi yang di alami oleh Jisung. Daripada apa yang hyunjin dengar dia dapat mengetahui bahawa mimpi tersebut bukanlah mimpi biasa tetapi mungkin adalah sebuah memori. Kerana jika itu adalah mimpi biasa Jisung tidak akan menangis apabila mengalami mimpi itu.

"Aku rasa tu adalah memori kau yang hilang" kata hyunjin. Jisung terdiam , dia memikirkan kata kata hyunjin.

"Tapi siapa sorang budak dalam mimpi aku tu?" Tanya Jisung.


"Tadi kau kata sorang budak tu kau dan sorang lagi kau tak kenalkan" Jisung mengangguk setelah mendengar kata kata hyunjin

"Aku rasa dia tu adik kau lah" kata hyunjin

Jisung mengangguk lagi apabila mendengar kata kata hyunjin kerana hyunjin betul mungkin juga itu adalah memori dirinya bersama adiknya. Tetapi yang membuatnya tertanya tanya ialah di mana ibubapa mereka? Mengapa mereka di ambil oleh orang lain? Dan mengapa segala memorinya yang hilang datang kembali sekarang? Mengapa Memori yang telah hilang selama 5 tahun itu datang sekarang?

Kini dia ingin sekali mencari siapa kanak kanak di dalam mimpinya. Jika kanak kanak itu adalah adiknya dia akan memastikan mereka akan bersama semula. Tetapi entah mengapa dia berasa tidak sedap hati. Mungkin itu hanya perasaannya sahaja , yang pasti dia ingin mencari adiknya itu.

TBC

[C] Tell Me || Stray KidsWhere stories live. Discover now