1⃣5⃣ - New Friendship

351 47 67
                                    

Seungmin tersenyum melihat pelbagai makanan yang terhidang di atas meja. Dirinya berasa gembira kerana setelah sekian lama keadaan rumah yang sunyi tidak lama lagi akan menjadi riuh semula. Ya walaupun hanya seketika tetapi perkara itu cukup untuk mewujudkan perasaan gembira di dalam hatinya. Hal ini kerana rakan rakannya akan berkunjung ke rumahnya untuk parti kecil yang akan mereka adakan nanti.

Dirinya tersenyum simpul apabila terfikirkan nasibnya. Walaupun hidup bersama keluarga yang utuh tetapi perasaan gembira bersama keluarga amat sukar untuk dirasainya. Hal ini kerana kedua orang tuanya yang begitu sibuk dengan kerja sehingga jarang menjejakkan kaki di rumah. Kadangkala seungmin hanya mampu bersama mereka pada hujung minggu sahaja dan semestinya dalam tempoh masa yang terhad.

Walaupun begitu , keluarganya tetap menyayanginya kerana apabila ibu bapanya memiliki masa terluang mereka pastikan menghantarkan mesej kepadanya sekadar untuk bertanya khabar. Perkara itu sudah cukup menggembirakan seungmin walaupun hanya sekadar mesej yang pendek.

Ting! Tong!

Lonceng yang berbunyi mengejutkannya daripada lamunan singkatnya. Dengan segera langkah kaki diatur menuju ke arah pintu. Dia sudah dapat meneka siapa yang akan datang , kerana orang tersebut hampir setiap hari datang ke rumahnya untuk menemani dirinya belajar atau sekadar bersembang dan bermain permainan video.

Pintu di kuak memaparkan wajah seseorang yang sedang tersenyum. Tanpa banyak kata seungmin mempersilakan orang itu untuk masuk.

"Hi hyung" sapa orang tersebut

"Hi jeong! Jemputlah masuk" kata seungmin sambil memberikan laluan agar jeongin boleh masuk ke dalam rumahnya.

"Wahhh! Banyaknya makanan , ni betul ke parti kecil? Dah macam parti besar je?" Kata Jeongin sambil meneliti setiap makanan yang telah terhidang dihadapan matanya.

"Hehe mestilah parti kecil , lagipun kalau aku tak sediakan makanan yang banyak mesti ada yang cerewet dan membebel sebab makanan sikit" kata seungmin sambil tertawa kecil.

"Hahaha yang membebel tu mesti changbin hyung dan minho hyung kan?" Kata jeongin meneka siapa orang yang dimaksudkan oleh seungmin. Manakala seungmin hanya menahan tawanya , tidak sangka bahawa jeongin boleh meneka siapa orang yang dia maksudkan.

Ting! Tong!

Belum sempat seungmin membalas soalan jeongin , tiba tiba lonceng pintu kedengaran. Dengan segera seungmin menuju ke arah pintu untuk membuka pintu tersebut. Sebaik sahaja pintu terbuka wajah felix , chan , Jisung dan hyunjin kelihatan dihadapan pintu. Seungmin mempersilakan mereka untuk masuk.

"Eh! Jisung hyung ngan hyunjin hyung pun ada kat sini? Wahh sejak bila korang rapat ni kenapa aku tak tahu? Terasa diri ini ketinggalan huhu" kata jeongin sambil berpura pura membuat wajah sedih.

"Memang ketinggalan pun , kitaorang dah rapat sejak seminggu yang lalu" jawab seungmin selamba.

"Lah kenapa aku tak tahu?" Soal jeongin

"Takpa jeong , hyung pun baru je tahu tadi. Itu pun sebab terserempak ngan diorang ni kat tengah jalan" jawab chan sambil menepuk bahu jeongin.

"Jangan berdrama please , hyunjin ngan Jisung dah pandang korang pelik tau tak" kata felix yang mengundang tawa seungmin.

Ting! Tong!

"Tu mesti Woojin , changbin ngan minho" teka chan

"Takpa seungmin biar hyung yang buka" sambung chan , menawarkan dirinya untuk mempersilakan tetamu yang baru sahaja tiba masuk. Setelah mendapat kebenaran daripada seungmin , chan melangkahkan kakinya menuju ke arah pintu.

"Hmmm nak tanya boleh?" Tanya jeongin kepada Jisung.

"Tapi kau bukan dah tanya ke?" Tanya seungmin

"Isshh hyung ni" kata jeongin kesal terhadap seungmin. Manakala seungmin hanya tertawa , Jisung turut tertawa.

"Kenapa?" Soal Jisung.

"Macam mana korang berempat boleh berkawan ni? Setahu aku seungmin hyung tak suka dengan pembuli sebab tu lah aku hairan" kata jeongin dengan jujur.

"Panjang ceritanya" kata Jisung yang mendapat anggukan daripada hyunjin dan felix.

"Pen-" belum sempat jeongin menghabiskan ayatnya seseorang memotong.

"Yayaya siapa dua orang baru tu?!" Kata seseorang tiba tiba dengan teruja. Dia berhenti apabila melihat dua orang yang kelihatan asing di matanya.

"Oh ni ke dua orang baru tu? Eh jap! KAU!" kata orang tersebut sambil menunding jari ke arah Jisung. Manakala Jisung hanya menatap orang tersebut dengan pelik.

"Kenapa ngan minho hyung tu?" Tanya felix kepada Woojin yang baru sahaja tiba.

"Entah , mental kot" teka Woojin yang masih boleh didengari oleh minho.

"Yah aku tak pekak lagi lah" balas minho dan mendapat sengihan daripada Woojin.

"Kau kenal ke?" Soal hyunjin kepada Jisung sambil berbisik. Manakala Jisung hanya mengangkat bahu tanda bahawa dia tidak mengenali minho.

"Kau kan yang langgar aku hari tu? Yang tak reti nak minta maaf?" Kata minho kepada jisung.

Manakala Jisung yang baru teringat akan perkara itu hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak menyangka bahawa minho masih mengingati perkara tersebut. Sedangkan dirinya hampir sahaja melupakan perkara tersebut. Entah bagaimana minho masih mengingati perkara tersebut.

"Wow tak sangka kau masih ingat" kata Jisung

"Mestilah , lagipun muka kau ni senang nak ingat" kata minho

"Haah macam tupai betul tak?" Kata hyunjin tiba tiba

"Betul tu" balas minho yang kini mengundang tawa semua orang.

Manakala Jisung yang menjadi bahan tawa hanya memasang wajah datar. Malas melayan karenah mereka , dia mencebik dan memalingkan wajahnya.

"Ha ha tak tahu , korang buat Jisung merajuk" kata felix , jeongin dan seungmin bersama.

"Err Jisung" kata hyunjin tetapi tidak dihiraukan oleh Jisung.

"Aku tak terlibat dengan perkara ni" kata changbin lalu dengan segera melarikan diri daripada minho apabila minho mula memandang ke arah nya.

"Aku pun" balas chan dan melarikan diri diikuti woojin.

"Weyh Jisung sorry lah , hyung tak bermaksud pun. Hyung cuma nak pastikan yang kau lah orang yang langgar hyung hari tu. Dia ni yang buat aku ter-ejek kau" kata minho sambil menunjuk ke arah hyunjin.

Manakala Jisung masih tidak menghiraukan hyunjin dan minho yang masih mencuba untuk memujuknya.

"Weyh Jisung jomlah makan , biarkan hyunjin ngan minho hyung tu" kata felix tiba tiba

"Okay" balas Jisung lalu berjalan mendekati felix dan mula memakan makanan yang tersedia di atas meja.

"Ni salah kau lah , tak pasal pasal aku pun terlibat" kata minho kepada hyunjin.

"Lah yang hyung setuju ngan aku tadi tu pahal" balas hyunjin tidak ingin kalah.

"Sebab tu memang betul pun" balas minho pula.

"Habis tu ni salah siapa?" Soal hyunjin pula. Manakala minho hanya mengangkat bahu.

"Yang korang berdua termenung kat sana tu dah kenapa? Jangan salahkan kitaorang kalau makanan ni habis" kata changbin tiba tiba yang menarik perhatian hyunjin dan minho yang memikirkan siapakah yang bersalah.

"Yah janganlah aku tak makan lagi ni" kata minho lalu menuju ke arah meja makan diikuti hyunjin.

TBC

[C] Tell Me || Stray KidsHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin